Ramai yang tampil puji usaha Frontliner sampai sanggup redah banjir hanya untuk ambil stok vaksin. Siap bawa guna ini lagi.

Orang Ramai Puji Frontliner Sanggup Redah Banjir Untuk Ambil Stok Vaksin Dari Helikopter

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang giat dijalankan bagi membentuk imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Malaysia. Sejak seminggu yang lalu, negara kita mencatatkan pemberian dos vaksin sehingga menghampiri setengah juta dos sehari.

Bagi meneruskan hasrat negara untuk membentuk imuniti kelompok, pelbagai usaha dijalankan terutamanya barisan frontliners yang bertungkus-lumus merealisasikannya. Dalam satu video yang min nak kongsi kali ni, kita boleh tengok sekumpulan frontliners sanggup redah banjir untuk dapatkan bekalan vaksin yang dibawa menggunakan helikopter. Korang boleh tengok video @datukhensem yang dikatakan berlaku di Sarawak kat bawah ni.

Terima kasih frontliners!

Rata-rata warganet memberikan ucapan terima kasih kepada barisan frontliners yang sanggup redah banjir untuk ambil stok vaksin. Dah lah dibawa guna helikopter, air banjir tu kena tiup dengan angin helikopter tu confirm basah habis baju dorang kan. Min pun harap macam tu. Dah 2 tahun dorang bertungkus-lumus nak pastikan negara kita selamat. Apa salahnya bagi dorang cuti pulak lepas Covid semua ni dah habis.

Itu lah, dekat sungai-sungai Sarawak ni dah lah banyak buaya. Risau pulak kot ada yang terlepas time banjir tu. Frontliners kita ni memang sanggup buat apa saja. Hebat dan power betul!

Min memang tabik spring lah kat frontliners kita ni. Apa pun cabaran sanggup dorang tempuh demi nak pastikan semua rakyat selamat. Respect! Terima kasih frontliners. Jasa anda terhadap negara tidak terbalas. Korang memang hero sebenar!

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kini Dr Adham Baba umum individu 60 tahun ke atas boleh terus walk in di PPV untuk dapatkan vaksin. Sekali ianya diperkenalkan di 2 tempat ini dahulu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bercakap ketika temu bual mengenai Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. INDIVIDU berusia 60 tahun ke atas boleh menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara ‘walk in’ sahaja tidak lama lagi.