Polis tidak akan terima lagi surat MITI untuk tujuan rentas negeri bermula 18 Julai sehingga ke tarikh ini. Sekali Polis tampil dedah punca yang berlaku.

Dokumen yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak dibenarkan diguna untuk merentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan peningkatan kenderaan di lebuh raya bagai tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebenaran surat MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Aidiladha, semua anggota di sekatan jalan raya di sempadan diarah untuk tidak menerima dokumen berkenaan. Dokumen berkenaan tidak diterima sebagai kelulusan yang sah bagi pergerakan rentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi dibolehkan.

“Mana-mana pihak yang didapati mengingkari larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi. Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya.

Sumber :hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini pihak miti wajibkan kilang Pkpd di Selangor untuk buat saringan covid 19. Kos ditanggung oleh pihak Syarikat.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengumumkan prosedur dan SOP bagi sektor perkilangan yang beroperasi di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) Selangor.

Menerusi pengumuman dibuat di Twitter itu, Miti menyatakan ujian harus dilakukan dengan menggunakan alat ujian cepat (RTK) dan hanya pekerja yang diuji negatif akan diizinkan bekerja.

“SOP Sektor Pengilangan & Pembuatan PKPD terkini (7 Jul 2021) mewajibkan ujian ???? ??? ??? ???? ???????? bagi kesemua pekerja. “Langkah ini selain dapat mengenalpasti kes COVID-19 akan memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan ke tempat kerja,” kata pengendali akaun tersebut.

Tambah Miti, syarikat juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya menanggung kos saringan tersebut. Malah, syarikat juga mesti melaporkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat jika lebih daripada

lima peratus tenaga kerja mereka tidak bekerja kerana demam atau gejala Covid-19 yang lain. Sekadar info, kluster tempat kerja merangkumi 16 peratus dari semua kes Covid-19 di Malaysia dari 1 Jun hingga 1 Julai.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang tak puas hati bila hampir 256 pekerja kilang Ayer Keroh disahkan positif covid 19. Rupanya ini punca buat ramai yang terkedu.

 

Kes Covid-19 membabitkan sektor perindustrian masih belum reda dan terbaru seramai 256 pekerja di lima buah kilang di Ayer Keroh Melaka disahkan positif. Difahamkan, jumlah itu membabitkan lima kluster di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) negeri, Ramli Mohd. Ali, daripada jumlah tersebut, seramai 180 adalah pekerja warga asing. Jelasnya, susulan itu keseluruhan lapan buah kilang terlibat telah diarahkan ditutup selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“Sehingga kini seramai 256 pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh ini didapati positif Covid-19 selepas tercetusnya kluster baharu di kawasan itu pada Mei lalu. “Seramai 180 daripada merupakan pekerja warga asing, manakala baki adalah penduduk tempatan,” katanya menerusi laporan Kosmo Online, semalam.

Tambahnya, kesemua semua pekerja yang positif telah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta yang ditetapkan. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang bengang dengan isu berkenaan kerana syarikat masih enggan menghentikan

operasi buat sementara waktu. “Lagi kes kilang, sekali kena ratus-ratus” “Tak tahu nak cakap apa, sekali kena terus 256 weh” “Apa nak jadi kalau macam ni, bila nak ke fasa 2,” tulis beberapa warganet.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.