Kecoh pasal artis yang sibuk tolak vaksin. Sekali Eyra Hazali pula tampil beri komen padu.

Sepanjang minggu ini memang panas dengan kisah vaksin, tambah-tambah lagi apabila muncul beberapa selebriti tanah air dan orang awam yang aktif mempersoalkan keberkesanan vaksin dalam media sosial.

Bagi mereka, vaksin bukan cara terbaik untuk menangani penularan virus Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini, sebaliknya ada lagi ubat lain yang boleh sembuhkan Covid-19. Disebabkan pendapat mereka itu, ramai juga yang kecewa termasuklah golongan artis lain. Salah seorangnya ialah Eyra Hazali yang mempertikaikan mengapa terdapat pihak yang mengeluarkan pendapat berbaur hasvtan mengenai keburukan vaksin.

“Aku tak nak menc4rvt tetapi kes semakin tinggi, kau hasut pula orang supaya jangan ambil vaksin sebab bercuti tidak bawa ibu bapa. Boleh pandai sikit tak? PKP kan? Banyakkan membaca, manusia ramai yang m4t1,” ciap Eyra baru-baru ini.

Kalau nak dikira, Eyra bukanlah siapa-siapa, bukan ada drama tengah meletup-letup pun, itu yang sibuk nak cakap juga pasal vaksin. Tapi Eyra pun rasa bahawa vaksin ini tanggungjawab bersama. Daripada ciapan tersebut, kekecewaan yang dirasai Eyra memang jelas dapat dirasai. Ciapan tersebut mungkin juga sebagai teguran secara umum kepada semua yang menolak vaksin.

Sekarang pula ada varian baharu yang macam-macam bahayanya. Satu hal lagi, orang yang tak nak vaksin ni, sensitif pula. Pantang kena ktvk atau kena jentik teruslah bertubi-tubi keluar dengan fatwa dan dalil. K0yak ke?

“Kvbvr Masing-Masing…”- Isu Vaksin, Lana Nodin ‘Backup’ Rita Rudaini?

Pelakon Lana Nodin meminta agar semua tidak mengkritik rakan artisnya, Rita Rudaini hanya kerana berkongsi pendapat dan pandangan berbeza tentang vaksin Covid-19. Menurut Lana, apa yang penting kini bukan isu vaksin tetapi masalah ekonomi dan kebajikan rakyat yang semakin membimbangkan sejak pandemik ini melanda negara.

“Pro vaksin ke anti vaksin ke sepatutnya bukan isunya sekarang ni. Isu dia bila nak tamatkan darurat ni supaya parlimen buka supaya tak ada orang m4t1 kelaparan tapi pak menteri enjoy pergi overseas…kita melapok duduk umah sampai kematu! Orang dah ambil vaksin tak payah la kritik kalau Rita nak share apa dia rasa dia nak share kalau rasa video tu menghasvt pergi tangkap prof tu sebab dia yang buat video tu plus siapa dah ambil vaksin pun kenapa nak takut dengan orang tak ambil ni?,” katanya.

Lana berkata mengenai isu vaksin itu di ruangan komen Instagram (IG) Rita yang memuat naik video mengenai seorang doktor dipercayai mempunyai gelaran professor bercakap mengenai sejenis ubat antiparasit bernama Invermectin. Terdahulu, KKM dilaporkan tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya. Tambah Lana lagi, sepatutnya setiap orang berhak mempunyai pandangan yang berbeza termasuk isu vaksin.

“Kalau orang bagi pandangan berbeza kata antivax (anti-vaksin) kalau bagi sependapat then korang ke bayar duit api umah kalau orang tu sakit? So kbvr masing-masing biar masing-masing bagi pendapat.. Oksigen pun kita dapat free, freeworld jadi biar la Rita nak post apa bukan hampa bayar internet phone dia rasa video dia post ni menghasvt ramai lagi post video ni. Some people tak ambil vaksin mungkin sebab masih clinical trial orang was-was lagi orang masih menunggu yang betul-betul works yang di approved oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Ubatan (FDA),” komennya lagi.

Sejak beberapa hari lalu, nama Rita menjadi bualan hangat serta kritikan warganet selepas mempertikaikan warga emas kononnya dipaksa mengambil vaksin Covid-19. Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.

Namun Rita tidak pernah mengakui dirinya anti vaksin malah berpendapat golongan yang enggan menerima suntikan vaksin tidak semestinya, mereka seharusnya digelar antivaksin memandang keputusan itu adalah hak masing-masing.

Digelar anti v4ksin, ini reaksi slumber Rita Rudaini

“Kalau tolak vaksin tu digelar anti vaksin la? Anti vaksin ini untuk orang yang taknak dan tolak vaksin daripada kecil. Itu baru boleh kata, dia anti vaksin,” kata pelakon Rita Rudaini selepas menjawab pertanyaan seorang pengikut di Instagramnya yang bertanya adakah dia seorang anti vaksin.

Dihujani kritikan demi kritikan di akaun Instagramnya selepas berkongsi pendapat bahawa golongan yang enggan menerima suntikan vaksin tidak semestinya, mereka harus digelar anti vaksin memandang keputusan itu adalah hak masing-masing.

Tidak melatah dengan pendirian yang dibuat, Rita bagaimanapun cuba menjawab setiap soalan mahu pun kritikan yang diberikan dengan tenang termasuk perkongsiannya mengenai hak dan keterbukaan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Terpulang, hak masing-masing. Macam orang yang dah vaksin buat hantaran, orang yang masih tolak vaksin tiada pula nak suruh jangan muat naik apa-apa. Kita positif.. hak masing-masing. Kawan saya pun ramai dah ambil vaksin, tapi kami tak bermsvh. Tidak mak1 h4mun sesama sendiri kerana itu hak masing-masing. Tiada nak puak-puak atau tiba-tiba taknak kawan atau ktvk. Nak tegur boleh, tapi bukan mengh1n4. Cara sebegini tidak sihat,” kata Rita menjawab komen pengikutnya. Menurut Rita lagi, dia juga tidak pernah menghsvt sesiapa untuk tidak mengambil vaksin.

“Saya nak buat apa-apa hantaran itu, adalah hak peribadi. Saya rasa video-video yang boleh bagi semangat dan info untuk saya, jadi saya kongsikan. Posting (hantaran) menghasut? Ada kapsyen saya hasut ‘ woi jangan vaksin’ tiada kan. Kalau tak suka tengok hantaran yang dimuat naik, janganlah tengok. Orang yang tak nak vaksin ini, memang kena tutup mulut dan diamkan diri? Kenapa saya kena ikut cakap orang,” katanya.

Terdahulu Rita dalam Instagram Storynya berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini sudah menjadi berpuak-puak tentang kepercayaan mereka terhadap vaksin. Menerusi hantaran berbeza, Rita turut memberi kenyataan seolah-olah tidak berpuas hati apabila ada dalam kalangan warga emas turut dipaksa untuk menerima suntikan vaksin.

Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan hangat warganet di Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19. Malah, Rita Rudaini juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan.

Dalam pada itu Rita juga tak kisah jika kena sekat job

“I dun care Hak masing2 ….kritikan,kena sekat job? Jgn takut…ALLAH tu kan lg berkuasa dr kita…DIA akn hadirkn rezeki dr mana yg DIA kehendaki…moga ALLAH lindungi kita semua…AAAMINN”

Tak menyesal tolak vaksin sinovac. Terkejut Ifa Raziah sanggup buat benda ni untuk dapatkan vaksin Pfizer.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah mengakui dia tidak menyesal menolak vaksin Sinovac yang kini diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi bagi memasuki negara terbabit untuk tujuan mengerjakan haji dan umrah.

Terdahulu, Ifa sepatutnya mendapatkan suntikan vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Sabtu lalu, namun nekad membatalkan temujanjinya di saat akhir.

Apapun, Ifa berkata dia menyambut baik pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai vaksin Sinovac yang sudah diiktiraf kerajaan Arab Saudi.

“Alhamdulillah, vaksin Sinovac dah dapat masuk ke Arab Saudi. Suami dan anak saya pun ambil Sinovac. Berita ini juga baru diumumkan, lewat petang semalam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ifa yang turut dikenali sebagai Miss Diva sebelum ini dikritik hebat warganet kerana bertindak membatalkan temujanjinya mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di PPV, MITEC itu.

Dia kemudiannya tampil dengan kenyataan memohon vaksin Pfizer kerana mempunyai masalah kesihatan, selain mahu memasuki Singapura untuk urusan perniagaan dan hasrat melakukan ibadah haji.

“Saya tiada masa nak layan dan ambil peduli dengan kritikan mereka (warganet). Nak bukti saya alergik dengan ubat-ubatan, nah saya sertakan surat doktor. “Mereka kata pula, saya propa (menipu). Sekarang, saya beri mereka tengok demi buktikan saya bukan penipu. Artis lain mungkinlah,” katanya.

Ditanya perasaannya apabila dikritik oleh segelintir artis dan penggiat industri, Ifa mengakui kecewa dengan situasi ini.“Kalau mereka itu artis dan kenal siapa saya, lebih baik tanya saya sendiri daripada buat dosa kering.

Sepatutnya kita ini (artis) kena jaga kebajikan artis, tanyakan hal kesihatannya dulu dan bukan nak menghntam serta menghasut warganet. “Bagaimana warganet nak hormat mereka sebagai artis, sedangkan masing-masing pun tak respek pada artis lain,” katanya.

Ifa Raziah tetap nak Pfizer! Sanggup keluar duit poket sendiri beli vaksin – “Doktor PPV sahkan saya tidak sesuai ambil Sinovac”

SAYA sanggup beli! Demikian penegasan selebriti Ifa Raziah berhubung isu dia memilih hanya untuk disuntik vaksin keluaran Pfizer-BioNTech. Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, dia yang berdepan masalah kesihatan mempunyai alergi atau alahan pada ubat tertentu terpaksa menolak vaksin jenis Sinovac yang ditawarkan kepadanya.

“Saya tak kisah sama ada cepat atau lambat asalkan dapat vaksin yang diinginkan.“Lagi pun tak salah jika saya memilih vaksin kerana masih ada niat nak divaksinasi. “Kalau diberi pilihan untuk beli sekalipun, saya sanggup beli,” katanya kepada mStar pada Selasa.

Perkongsian Ifa Raziah di Instastory miliknya. Ifa berdepan kritikan selepas bertindak membatalkan temujanji suntikan vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Sabtu lalu.

Bagaimanapun menjawab mengenai tudhan sengaja berlagak ‘diva’ dengan memilih vaksin, Ifa berkata dia terlebih dahulu mendapatkan konsultasi daripada pegawai perubatan yang bertugas di PPV berkenaan.

“Semasa ke PPV berkenaan pun saya bawa senarai ubat dan checklist yang menyenaraikan jenis-jenis ubat yang tidak boleh dimasukkan ke tubuh saya. “Selepas bercerita dengan doktor yang bertugas, dia sahkan saya tidak sesuai untuk mengambil vaksin berkenaan (Sinovac).

Doktor juga mengeluarkan satu surat pembatalan vaksinasi pada hari tersebut serta perlu ditukar kepada vaksin yang lain. “Doktor juga mengeluarkan satu surat pembatalan vaksinasi pada hari tersebut serta perlu ditukar kepada vaksin yang lain dan menurut kefahaman saya ianya adalah vaksin Pfizer,” katanya lagi.

Tambah Ifa dia pernah berdepan pengalaman ngeri apabila berlaku kesilapan dalam pengambilan ubat. “Pernah terjadi suatu ketika dulu ketika mendapatkan rawatan, doktor tersalah masukkan ubat sehingga seluruh tubuh badan membengkak macam orang kena tmbk di bahagian muka dan block saluran pernafasan,” katanya.

Bercerita tentang vaksin Pfizer yang diinginkannya itu, Ifa berkata dia juga sudah mendapatkan pandangan pegawai perubatan. Ifa Raziah dikritik teruk oleh warganet kerana memilih vaksin.

“Saya memang yakin hanya vaksin jenis Pfizer saja yang sesuai dengan saya. Saya juga dah buat research tentang setiap vaksin yang ada di negara kita. “Saya ada rujuk dengan doktor untuk bertanyakan pendapat. Malah saya juga tahu vaksin jenis lain pun bagus dan tidak mengandungi bahan yang membahayakan tubuh badan dan juga diiktirafkan halal,” katanya.

Dalam pada itu Ifa berkata suami iaitu Mohd Yani Abdul Rahman dan anak perempuannya sudah menerima vaksin jenis Sinovac baru-baru ini. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ifa Raziah teruk dikritik gara gara batalkan janji temu untuk vaksin. Boleh pulak demand nak vaksin Pfizer.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah dikritik hebat warganet gara-gara bertindak membatalkan janji temu vaksinasinya di saat akhir kerana tidak mendapatkan Pfizer.

Video yang tular di media sosial itu, bagaimanapun dinafikan Ifa yang menjelaskan tindakannya itu tiada kena mengena dengan memilih jenis vaksin. Menerusi hantaran di TikTok, Ifa berkata dia membatalkan niat mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya. Pada hantaran lain di Instagram, Ifa berkata dia bukan sengaja bertindak sebegitu tapi memandangkan vaksin jenis Pfizer saja diyakini sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera. “Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac,” katanya.

Bagaimanapun, yang pasti tindakan berani Ifa itu kurang disenangi warganet. Di kala masih ramai orang yang sukar mendapatkan tarikh janji temu vaksinasi, tapi Ifa pula sanggup bertindak sebaliknya. Rata-rata warganet mengkritik tindakan Ifa Raziah

“Ko punya kerenah dah menganggu urusan petugas nak bagi vaksin..1 botol tu kena pecah kepada beberapa bahagian..kalau sorang xdtg atau batalkan diorg kena cari pengganti dgn cepat atau vaksin tu akan rosak..pemergian tu pasti kak..xkira apa vaksin ko ambik..harap kkm dpt ambil tindakan kat minah ni sebab menyusahkan banyak pihak.”

Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca – Apa Bezanya? Kenapa Ada Yang Nak Pilih-Pilih? Betul Ke Faham Atau Hanya Ikut Orang?

Situasi 1 (Pfizer): “Doktor, saya nak cucuk Pfizer saja sebab keberkesanannya paling tinggi.”

Situasi 2 (Sinovac): “Doktor, saya banyak baca di internet, orang cakap vaksin Sinovac ni lebih sesuai untuk orang Asia.”

Situasi 3: “Doktor, saya tak kisah mana-mana pun, janji saya dapat cucuk sekarang.” Begitulah beberapa situasi yang berlaku dalam kalangan masyakarat kita sejak vaksin Covid-19 diperkenalkan di negara ini.

Walaupun pada awalnya terdapat banyak mitos dan pandangan negatif berkenaan vaksin yang dibawa masuk ini, tapi nampaknya ia semakin terhakis apabila peratusan rakyat yang memohon vaksin semakin meningkat.

Cuma yang menimbukan isu sekarang ini apabila terdapat lebih daripada satu jenis vaksin diperkenalkan kerajaan di Malaysia selain Pfizer yang pertamanya dulu. Orang mula berdebat tentang keberkesanan dan risiko setiap satu vaksin yang mahu diambil. Sejauh mana kebenaran adanya perbezaan vaksin-vaksin ini?

Menerusi videonya di Youtube, Dr. Ikram Rauhi, MD berkongsi informasi dan perbezaan antara ketiga-tiga vaksin Covid-19 yang dibawa masuk ke Malaysia. Dr Ikram Rauhi, MD

Imuniti dan Vaksin

Sebelum pergi lebih lanjut tentang vaksin, Dr. Ikram mahu masyarakat fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan imuniti? “Kita perlu faham bagaimana badan melwn virus? Apabila virus masuk ke dalam badan, sistem dalam badan akan berkenalan terlebih dulu dengan virus yang datang untuk memahami jenisnya. Kemudian, ia akan pilih snjta yang sesuai untuk mlwn virus ini.”

Ketika itu, badan akan mula menunjukkan simptom seperti demam, lenguh badan dan sakit urat. Apabila sudah tahu cara untuk mlwn, badan akan mudah untuk melindungi diri daripada virus ini. Inilah yang dipanggil imuniti.

Jelas Dr. Ikram tentang vaksin pula, “ia adalah pemudah cara untuk badan menentang virus-virus dengan merangsang badan menghasilkan antibodi. Jadi, jangka masa yang lama dulu untuk menentan virus akan menjadi pendek dengan adanya vaksin dalam badan.
Kesimpulannya, vaksin meringkas atau memendekkan masa untuk badan menentang jangkitan virus.”

Kenapa Perlu Ada Banyak Pilihan Vaksin?

Ada yang tanya kenapa kerajaan membawa masuk banyak jenis vaksin ke Malaysia? Jawab Dr. Ikram, “kita perlu faham, terdapat banyak lagi negara yang sedang menunggu giliran untuk membeli vaksin ini. Jika kita hanya memesan Pfizer saja, ia akan melambatkan proses vaksinasi untuk seluruh rakyat Malaysia, mungkin boleh menjangkau sehingga 10 tahun.

Jadi, kerajaan memecahkan pembelian ini kepada beberapa jenis seperti Pfizer, Astra Zeneca, Cansinobio dan Sputnik V. Kriteria Dalam Pemilihan Vaksin. Inilah yang menjadi pendebatan dan pertelingkahan segelintir rakyat Malaysia tentang keberkesanan sesuatu vaksin itu.

Ada yang hanya melihat daripada segi effectiveness sahaja tapi sebenarnya terdapat beberapa elemen lain yang membezakan semua vaksin ini yang perlu difahami seperti: Harga, Pengagihan, Penyimpanan, Kesan sampingan, Kekerapan suntikan dos, Kandungan bahan aktif seperti mRna, Inactivated Virus dan Viral Vector

Kenapa ramai hanya memandang pada faktor keberkesanan sahaja? Dikatakan Pfizer mempunyai keberkesanan sebanyak 95%, manakala Sinovac antara 50.4 ke 91.25%. Sebenarnya, lebih tepat lagi keberkesanan itu bergantung pada keturunan dan genetik masyarakat di sesuatu negara tersebut.

Sebagai contoh terbaru di Thailand, dilaporkan selepas rakyatnya menyuntik dos ke dua vaksin Sinovac, selepas dua minggu, keberkesanannya meningkat sehingga 99.4%. Jelas Dr. Ikram, “kita perlu faham standard atau KPI

yang digunakan vaksin itu dan jika sudah lebih 50%, ia telah dikira berkesan untuk digunakan kepada masyarakat.” Cuba lihat contoh vaksin Influenza, keberkesanannya hanya 50 ke 60% sahaja tetapi itu sudah memadai untuk mengekang penularan wabak tersebut.

Kenali Vaksin Pfizer

Ia menggunakan teknologi baru. Perlu diketahui bahawa di luar virus Covid-19 terdapat spike protein yang menjadi salah satu komponen virus ini yang menyebabkan jangkitan. Teknologi mRna bertindak menghancurkan protein virus Covid-19. Protein yang dihasilkan dalam badan ini

akan merangsang badan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan. Ya, mRna lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan namun masalahnya pula daripada segi penyimpanannya, di mana ia memerlukan suhu -70℃, maka ia amat susah untuk diedarkan ke kawasan-kawasan pedalaman dan jauh.

Apa Pula Vaksin Sinovac?

Ia menggunakan teknologi Inactivated Virus di mana virus yang telah mti disuntik dalam badan manusia. Apabila ini berlaku, badan akan menentang virus yang mti itu dan menghasilkan antibodi untuk menentang jangkitan seterusnya.

Teknologi ini sudah lama digunapakai, malah pernah digunakan untuk penyakit Polio dan Rabies sebelum ini. Dan, ya ia terbukti berkesan. Ia hanya perlu disimpan dalam suhu 2 ke 8℃ sahaja.

Bagaimana Dengan Vaksin Astra Zeneca?

Ia menggunakan teknologi Viral Vector di mana virus diubahsuai untuk dipindahkan ke antigen genetic code ke badan manusia yang kemudiannya menghasilkan antibodi untuk menahan srngan virus. Ia berkesan sebanyak 62 ke 90% dan ini sudah memadai untuk menentang virus Covid-19.

Timbul pula spekulasi yang mengaitkan vaksin ini dengan bld clot atau gumpalan cairan merah. Hakikatnya risiko suntikan vaksin ini hanya 0.0004 sahaja berbanding jika terkensa Covid-19 ini, risiko mengalami gumpalan cariran merah adalah lebih 16.5%. Jadi, yang mana lebih berisiko?

Imuniti Berkelompok (Herd Immunity)

Di sinilah matlamat pemberian vaksin yang dilakukan kerajaan sekarang ini yang mana kita mahu mencapai imuniti bekelompok. Herd Immunity/imuniti kelompok ialah keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu.

Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi. Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap Covid-19 bagi membolehkan ‘imuniti kelompok’ dapat dicapai dan penularan virus ini dapat dikawal.

Sebagai contoh lihat negara seperti Amerika dan UK, lebih 60% sudah divaksin dan ia dianggap berjaya apabila jangkitan kes Covid-19 turun mendadak. Jadi, marilah kita sama-sama menyumbang kepada imuniti berkelompok ini untuk lindungi diri, keluarga, msyarakat dan negara.

sumber: astrogempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.