Disebabkan banyak luahan dari pelajar. Kini Ismail Sabri umum jenis jenis kedai ini boleh dibuka mulai hari ini.

Kerajaan bersetuju membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa hari ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar selain memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan Pengajian dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa gangguan.

“(Ini kerana) P.andemik C0vid 19 ini sudah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian. Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan P.erintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Task F.orce O.perasi Pematuhan melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check pemeriksaan mengejut C0vid 19 di seluruh negara dengan kekuatan 19,029 anggota.

“Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja. Dari jumlah itu, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana g.agal mematuhi S0P yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau turut mengulangi bahawa peningkatan k.es C0vid-19 mendadak ini adalah disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar yang dilakukan di kawasan PKPD terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Katanya, semalam, seramai 134,569 individu menjalani ujian saringan, manakala di Selangor sahaja seramai 50,646 individu disaring, yang mana 6,120 kes positif C0vid 19 direkodkan.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=346949486833146

“Trend peningkatan k.es positif C0vid 19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara jiran seperti Indonesia juga mencatatkan 56,757 k.es positif pada hari ini. Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 k.es positif,” katanya.

Kredit : HMetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pakai sut serba biru. Terkejut Ismail Sabri mulakan tugas sebagai pemimpin nombor 2 dalam pentadbiran kerajaan dengan benda ni.

Selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Rabu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Bersut serba biru, Ismail memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan. Difahamkan, Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4.

Beliau kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad. Ismail Sabri kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk makluman, Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentadbiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara. Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan beberapa pelantikan baru.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Sumber : Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akan ada 3 negeri dijangka beralih fasa. Sekali Ismail Sabri beritahu ada sesuatu yang nak umukan.

KUALA LUMPUR: Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan. Keputusan untuk menamatkan total lockdown di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai ambang di negeri-negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, perincian mengenai peralihan di negeri-negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa hari lalu.

“Langkah ini bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes C0VID 19 yang masih tinggi di negeri Selangor.

“Langkah ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all,” kata sumber itu di sini hari ini. Berdasarkan kerangka PPN di peringkat pusat, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan kerana ks C0VID 19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya.

Tambah sumber itu lagi, langkah lebih khusus ini akan membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa sekali gus melonggarkan sekatan pergerakan dan aktiviti ekonomi. Menurut sumber itu, kerajaan juga dijangka mengambil langkah khusus untuk memperketat kawalan pergerakan di negeri Selangor.

Akan Ada Pengumuman Esok

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan perincian mengenai negeri-negeri yang telah mencapai nilai ambang pada Sabtu. Dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya, Ismail Sabri menjelaskan pihaknya sedang menyiapkan penelitan mengenai perkara tersebut

“Hampir lengkap penelitian minggu ini berkaitan negeri-negeri lain yang telah mencapai nilai ambang. Masih ada yang perlu disiapkan. “Insya-Allah saya akan mengumumkannya dalam sidang media esok. Nantikan,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini, menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ atau dikenali juga sebagai nilai ambang untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.