Tular ibu ini sanggup angkat sepanduk jual tisu dan mask. Sekali rupanya ada yang lebih menyedihkan.

Penutupan beberapa sektor disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya membuatkan ramai rakyat Malaysia mulai gelisah kerana tidak dapat keluar bekerja. Sudah tentu ramai juga hilang punca pendapatan sehingga ada yang terpaksa mengangkat ‘bendera putih’ mengharapkan bantuan makanan kerana sudah terputus bekalan untuk keluarga dirumah.

Angkat sepanduk jual tisu & mask

Namun, masih ada yang berusaha sehabis daya bagi mendapatkan sedikit wang untuk belanja harian walaupun terpaksa mengenepikan perasaan malu berdiri di tepi jalan menjual tisu. Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Instagram menggunakan nama Dura_inlove apabila memuat naik video seorang wanita membawa anak yang diletakan di dalam stroller sambil mengangkat sepanduk menjual tisu dan pelitup mulut.

Video :

https://www.instagram.com/p/CRQ9wHgje75/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Anak yang tak tahu apa2 hanya melihat

Walaupun video tersebut berdurasi beberapa saat sahaja, namun apa yang ditunjukan begitu menyentuh hati kerana wanita itu dan anaknya hanya berpayungkan langit berdiri ditepi jalan mengharapkan jualan mereka dibeli. Anak yang tidak tahu apa-apa itu juga hanya melihat ke kanan dan kiri situasi yang berlaku.

 

Tular dan dikongsikan semula

Rakanam video yang dimuat naik oleh Dura_inlove itu juga telah dikongsikan semula Instagram radio Suria FM dan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @calmefye sehingga mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Ramai yang nak bantu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan mengakui sebak melihat apa yang berlaku ketika ini disebabkan pandemik yang melanda. Disebabkan penularan Covid-19 yang semakin ‘menggila’ di Malaysia, sektor-sektor yang bukan essential terpaksa ditutup demi mengelakan penularan yang lebih dasyat berlaku.

Sumber: Instagram Dura_inlove, Suria FM, Twitter @callmefye

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nak minta bantuan lampin tapi hanya mahu jenama mahal ini sahaja. Sekali ini yang dia cakap bila NGO terbabit tak dapat tunaikan.

Dah bagi betis nak paha pula. Itulah reaksi balas orang ramai susulan satu tangkap layar perbualan seorang wanita memohon bantuan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Menerusi perbualan yang dikongsi seorang pengguna Facebook, wanita yang juga seorang suri rumah telah memohon bantuan lampin pakai buang untuk anaknya berusia lima tahun daripada NGO terbabit.

Bagaimanapun keadaan sedikit tegang apabila wanita itu mula menunjukkan ‘perangai mengada-ngada’nya apabila meminta lampin pakai buang berjenama dan mahal. Namun, NGO terbabit dengan sopan membalas ‘permintaan’ wanita itu dengan memberitahu stok bantuan lampin pakai buang hanya boleh diberikan berdasarkan dana penyumbang.

Ekoran ‘permintaan’ itu tidak ditunaikan wanita terbabit telah membalas perbualan itu dengan bahasa kasar dan turut memarahi pihak NGO tersebut.

“Anak aku kan, aku punya sukalah, takde duit nak bagi pampes brand yang anak aku pakai cakap jela. Aku tak mainlah pakai pampes brand cap ayam, nanti menggerutu pula kulit anak aku. Tak mampu bagi cakap siang-siang banyak lagi NGO mampu bagi. Bagi jela pampes bu.ruk tu untuk rakyat yang selayaknya, sikit pun aku tak heran,” balas wanita itu kepada NGO tersebut.

Tangkap layar perbualan seorang wanita dengan wakil sebuah NGO tular baru-baru ini. Susulan tangkap layar yang tular itu, orang ramai telah ‘menyr4ng’ wanita itu dengan rata-ratanya tinggalkan reaksi marah pada hantaran masing-masing.

“Dah susah buat laa cara susah, orang dah bagi pampers kau sibuk nak yang branded (berjenama). Sedarlah diri tu dah susah, kalau nak yang branded, pergi beli sendiri, sedar diri tu kak,” tulis Raihana Aiman. Pada masa sama, pengguna Facebook dikenali sebagai Farah Farah turut menasihat wanita itu agar melatih anaknya supaya tidak memakai lampin pakai buang lagi memandangkan usia anaknya sudah mencecah lima tahun.

“Saya mampu beli pampers anak, tapi seawal 3 tahun dah ajar anak kencing berak kat tandas. Ini ada kemahiran hidup dan kita kena latih anak. Memang ambik masa, 2 bulan untuk elakkan terkucil, dan stress bila kencing sana sini. Tapi kita sebagai ‘parents’ kena bantu anak untuk berdikari cuma waktu malam ja masih belum berjaya, kena pakai pampers,” nasihatnya. Berikut lagi kes yang melibatkan mereka yang suka ambil kesempatan

Tak Menepati Selera, Penerima Jual Semula Barang Bantuan

Kuala Lumpur: Jual beras bantuan RM5 sekampit. Itu antara perbuatan individu tidak bertanggungjawab menggunakan barangan sumbangan untuk kepentingan peribadi. Alasan diberikan adalah beras yang diterima sudah banyak selain tidak menepati selera seperti yang dibeli sendiri.

Mendedahkan perkara itu, sukarelawan bebas Ainul Farina Hussin, 35, berkata, pihaknya mengesan kegiatan itu dilakukan oleh seorang penerima bantuan baru-baru ini. Katanya, lelaki berkenaan sebelum itu memohon untuk mendapatkan bantuan kerana kesempitan hidup.

“Apabila bantuan sudah diberikan, saya dimaklumkan jiran mengenai tindakannya menjual semula beras yang disumbangkan. Mulanya saya fikir mungkin kerana dia susah tetapi bila ditanya, dia memberikan jawapan yang mengejutkan iaitu beras sudah terlalu banyak dan tidak menepati selera seperti yang pernah dia beli sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Beliau berkata, semakan mendapati beras lima kilogram berkenaan dijual kepada penduduk berdekatan pada harga murah. Menurutnya, lelaki itu juga mendakwa dia memohon untuk mendapatkan pelbagai bantuan yang disediakan sejak beberapa bulan lalu.

“Bukanlah kita hendak mengungkit apa yang sudah diberikan tetapi dalam konteks berkongsi rezeki, kita ada penyumbang yang mengharapkan bantuan sampai kepada orang susah. Di luar sana ramai yang bergelut untuk hidup dan jika ada yang mengambil kesempatan begini, bagaimana dengan orang lain yang lebih memerlukan,” katanya.

Ainul berkata, dia bergerak sendiri dengan dibantu rakan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan. Sebelum ini, katanya, bantuan diberikan di seluruh negara, namun disebabkan jarak yang jauh, dia kemudian memilih untuk hanya memfokuskan kawasan Pasir Gudang dan sekitarnya.

“Pengajaran daripada kes ini, saya perlu lebih berhati-hati dengan maklumat yang diterima. Sebelum ini ramai juga yang memberikan maklumat diri palsu atau masih memohon walaupun hidup tidak terjejas. Satu peringatan kepada saya dan rakan badan bukan kerajaan lain untuk memastikan individu yang dibantu adalah mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Sumber : trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan. Terkini Khairy Jamaluddin dedahkan Pm akan umumkan pakej bantuan covid 19 berskala besar tak lama lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan covid-19 dalam skala besar. Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

“Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini,” katanya memetik laporan The Star. Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya pada Khamis.

Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pandemik COVID-19.

Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh. Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Hospital Sg Buloh kali ni Hospital Ampang pula dijadikan Hospital khusus untuk covid 19 di Selangor. Rupanya ini punca.

Meskipun selepas 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, kes harian masih 4 angka dan tidak menunjukkan penurunan yang banyak. Makin membimbangkan lagi apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi terus meningkat sekali gus membuatkan kadar penggunaan katil untuk merawat pesakit Covid-19 melebihi 100 peratus.

Terbaru, Hospital Ampang dilaporkan telah diubah menjadi hospital khusus Covid-19 berkuat kuasa semalam, 23 Jun dan menjadikan ia hospital Covid-19 penuh yang kedua di Selangor selepas Hospital Sungai Buloh.

Menurut Malaysiakini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar status hospital itu daripada Hospital Hybrid Covid-19 kepada Hospital Covid-19 bermula serta merta semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata, “Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang tinggi terutamanya yang melibatkan pesakit kategori 3 dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.”

Jumlah kes harian yang tinggi di Selangor menyebabkan purata penggunaan katil hospital sedia ada melebihi tahap maksimum. Keadaan itu turut menyebabkan pusat kuarantin berisiko rendah MAEPS sukar untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Dengan penukaran status Hospital Ampang itu, kini semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari kemudahan lain ke hospital berkenaan harus dihentikan buat sementara waktu. Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh terlebih dahulu dijadikan hospital khusus Covid-19 utama di Selangor pada bulan Mac 2020, ketika awal penularan wabak ini.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.