Baru sahaja minggu lepas Zahid Hamidi umum tarik balik sokongan UMNO. Sekali ini tindakan bernas Jemaah Menteri

Tidak sampai seminggu Umno meminta Muhyiddin Yassin berundur “secara terhormat” daripada jawatan perdana menteri, hari ini kabinet yang termasuk ahli parlimen Umno  menyatakan sokongan kepada Presiden Bersatu itu. Dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, jemaah menteri berkata mesyuarat kabinet yang berlangsung hari ini sebulat suara kekal dengan sokongan mereka kepada Muhyiddin.

“Keutamaan kerajaan ketika ini ialah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Ngeara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu.

Pada 8 Julai lalu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan majlis tertinggi (MT) parti berkenaan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin serta-merta. Kata Ahmad Zahid keputusan itu dibuat MT Umno berpandukan kepada tujuh kegagalan kerajaan PN sebelum ini.

Justeru ahli parlimen Bagan Datuk itu mendesak Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad. Untuk rekod, di sebalik pendirian Umno tidak menyertai PN, ada sembilan ahli parlimen mereka menyertai kabinet Muhyiddin, dengan seorang daripada mereka, Ismail Sabri Yaakob, dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Lapan lagi ahli parlimen Umno yang menyertai kabinet ialah: Annuar Musa (Ketereh) Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) Noraini Ahmad (Parit Sulong) Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas) Hishammuddin Hussein (Sembrong) Khairy Jamaluddin (Rembau) Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi) Dr Adham Baba (Tenggara)

Pelantikan Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri juga menyaksikan seorang lagi ahli parlimen Umno, Hishammuddin, dijadikan menteri kanan. Dengan pendirian itu juga menunjukkan semua ahli parlimen Umno itu tidak mematuhi pendirian dan ketetapan dibuat MT Umno pada minggu lalu.

Menurut kabinet, setiap keputusan kerajaan diambil secara kolektif dan selepas mengambil pandangan semua pihak. Bagaimanapun jumlah sebenar ahli parlimen Umno yang enggan mengikut pendirian parti itu dan terus memberikan sokongan kepada Muhyiddin belum dapat dipastikan setakat ini.

Menurut Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan seseorang perdana menteri yang dilantik perlulah pada hemat Yang di-Pertuan Agong mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu. Ketika ini pengkritik mendkwa Muhyiddin sudah kehilangan sokongan majoriti namun kedudukan itu – atau sebaliknya – tidak pernah diuji di parlimen.

Tajuddin beritahu MT banyak kesilapan dilakukan Umno

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan banyak kesilapan dibuat oleh kepimpinan Umno pada masa lalu dalam kerjasama strategiknya. Perkara itu dinyatakan menerusi rakaman audio ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung baru-baru ini.

Audio berkenaan disahkan sebagai tulen oleh sumber dalaman Umno, manakala Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa turut berkongsi rakaman itu pada hantaran di Facebooknya.

“Banyak keputusan yang kita buat yang lepas semuanya silap. Masuk PN (Perikatan Nasional), silap. Muafakat Nasional (MN) kita tubuhkan, kita tak jaga baik-baik, silap. Kita nak bekerjasama dengan Anwar pun silap, ‘so many things’ silap,” kata Tajuddin ketika mesyuarat itu.

Tajuddin berkata, dia tidak boleh menerima keputusan Umno untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) pada masa yang tidak sesuai kerana akan merosakkan parti. “Jangan keputusan kita nanti mewujudkan kehancuran kepada Umno,” katanya.

Mesyuarat MT Umno sebelum ini membuat ketetapan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta merta. Ketika mengumumkan keputusan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta Muhyiddin supaya berundur secara terhormat kerana telah kehilangan sokongan.

Sebelum ini, Umno dikaitkan dengan spekulasi kerjasama parti itu dengan Anwar bagi membentuk kerajaan baru. Bahkan Anwar pernah mengesahkan bahawa dia mendapat sokongan majoriti bagi menerajui kerajaan.

Annuar juga sebelum ini mendedahkan surat sokongan Umno terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri yang ditandatangani Ahmad Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Malah, spekulasi kerjasama dua parti itu diperkukuhkan lagi setelah tular audio memaparkan perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip dengan suara Anwar dan Zahid. Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk itu semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-duanya menafikan ketulenan video berkenaan namun setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mereka. Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Umno itu, Umno membuat keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Anwar, DAP dan Bersatu. Dalam pada itu, Tajuddin berkata keputusan Umno kali ini untuk menarik sokongan daripada PN akan menghancurkan parti itu.

“Kali ini bahananya kehancuran bagi Umno, jadi saya harus bercakap secara terbuka. Kalau nak marah, marahlah saya ulang dengan tegas iaitu keputusan untuk membawa kita keluar (PN) sekarang akan membawa masalah. Minta maaf Datuk Seri presiden saya tegaskan sekali, tiada (soal) peribadi di sini. Saya sokong anda, bekerja kuat untuk anda, tapi untuk kali ini saya mohon berbeza dengan anda,” kata Tajuddin.

Makan sedulang semasa PKP, Zahid dan Saifuddin didakwa l4nggar SOP

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution

Ismail dengan menikmati hidangan di sebuah restoran ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pendedahan itu dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui satu kemas kini di akaun Twitter miliknya lewat malam Isnin. Menurut ciapan yang dimuat naik Ahli Parlimen Ketereh itu, makan di dalam dulang memang sedap lebih-lebih lagi apabila menikmatinya di restoran.

“Makan sedulang memang sedap…Lebih-lebih lagi kalau dapat dining di restoran musim PKP,” tulis Annuar.Pada masa sama, gambar yang dikongsi oleh Annuar turut memaparkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyertai sesi tersebut.

Terdahulu, Annuar pada Isnin telah dikompaun RM2,000 selepas polis mendapati beliau melanggar SOP kerana berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *