Lepas je Ismail Sabri umum soal Fasa 2. Kini Tengku Zafrul pula yang tampil umum sesuatu buat ramai lega.

Semalam timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan peralihan fasa di seluruh negara dilakukan pada awal ogos itu berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus.

Jelas beliau, negeri-negeri lain boleh mengikut jejak Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa Dua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.

“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok. Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” demikian katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul Tampil Beritahu Tentang Peralihan Fasa

Negeri yang beransur pulih daripada Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua tidak akan berpatah balik ke Fasa Satu, kata Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata adalah tidak mampan bagi negara untuk buka dan tutup sesebuah negeri dan PPN merupakan pelan perancangan khusus bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal.

“Sekiranya angka jangkitan C0vid 19 di negeri yang telah beralih fasa adalah tinggi, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan Pe.rintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bukannya seluruh negeri. Kalau kita beransur pulih dari Fasa Satu PPN ke Fasa Dua sebagai contoh, kita tak boleh balik ke Fasa Satu dan kembali ke Fasa Dua.

Sebaik sahaja beralih ke Fasa Dua, kalau ada kes (Covid-19) di kawasan atau lokasi tertentu, ia akan ditutup atau (dikenakan) PKPD, bukan lagi seluruh negeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kiosk D’Harmoni 9 dan Medan Selera Presint 9, di sini, hari ini.

Lapan negeri telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Tengku Zafrul berkata negeri-negeri lain juga bakal menuruti langkah untuk beralih ke Fasa Dua dan seterusnya ke Fasa Tiga. Menurutnya, p.rosedur o.perasi standard (SOP) di kawasan PKPD perlu dipertingkatkan kerana terdapat juga kilang dalam kategori e.ssential yang dibuka.

“Contohnya, ujian s.aringan C0vid 19 perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Yang penting, kita kena kurangkan k.es di kawasan PKPD yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan k.es C0vid 19 dalam negara,” katanya.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau mengadakan sesi libat urus berkenaan PPN dengan beberapa parti p.olitik dan pihak berkepentingan pada minggu ini dan akan meneruskan sesi berkenaan dalam masa terdekat. Katanya sesi libat urus berkenaan amat produktif dan pelbagai input diterima khususnya berkaitan aspek kesihatan dan bantuan untuk mereka yang terjejas di kawasan PKPD.

Menurutnya, perbincangan mengenai PPN telah diadakan dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), U.MNO, P.as, G.abungan Parti Sarawak (GPS) dan seterusnya dengan Parti A.manah Negara (Amanah), P.KR, D.AP, B.ersatu, M.CA dan M.IC.

Kredit : HMetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pakai sut serba biru. Terkejut Ismail Sabri mulakan tugas sebagai pemimpin nombor 2 dalam pentadbiran kerajaan dengan benda ni.

Selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Rabu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Bersut serba biru, Ismail memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan. Difahamkan, Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4.

Beliau kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad. Ismail Sabri kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk makluman, Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentadbiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara. Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan beberapa pelantikan baru.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Sumber : Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akan ada 3 negeri dijangka beralih fasa. Sekali Ismail Sabri beritahu ada sesuatu yang nak umukan.

KUALA LUMPUR: Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan. Keputusan untuk menamatkan total lockdown di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai ambang di negeri-negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, perincian mengenai peralihan di negeri-negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa hari lalu.

“Langkah ini bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes C0VID 19 yang masih tinggi di negeri Selangor.

“Langkah ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all,” kata sumber itu di sini hari ini. Berdasarkan kerangka PPN di peringkat pusat, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan kerana ks C0VID 19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya.

Tambah sumber itu lagi, langkah lebih khusus ini akan membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa sekali gus melonggarkan sekatan pergerakan dan aktiviti ekonomi. Menurut sumber itu, kerajaan juga dijangka mengambil langkah khusus untuk memperketat kawalan pergerakan di negeri Selangor.

Akan Ada Pengumuman Esok

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan perincian mengenai negeri-negeri yang telah mencapai nilai ambang pada Sabtu. Dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya, Ismail Sabri menjelaskan pihaknya sedang menyiapkan penelitan mengenai perkara tersebut

“Hampir lengkap penelitian minggu ini berkaitan negeri-negeri lain yang telah mencapai nilai ambang. Masih ada yang perlu disiapkan. “Insya-Allah saya akan mengumumkannya dalam sidang media esok. Nantikan,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini, menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ atau dikenali juga sebagai nilai ambang untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.