Alhamdulillah PM tampil umum keistimewaan ini buat individu yang dah lengkap 2 dos vaksin. Ini antara kelonggarannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos vaksin C0vid 19 akan mendapat keistimewaan melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka. Perdana Menteri berkata, beliau meminta jawatankuasa pengurusan C0vid 19 untuk menilai semula mereka yang lengkap div.aksinasi itu diberi kelonggaran-kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

Beliau berkata, ini merupakan petanda supaya menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan C0vid 19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti di masa lalu.

“Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun. Jadi bersabarlah, jangan kata k.erajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen k.erajaan gagal, (minta maaf saya tidak bercakap p.olitik di sini) tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi pep.erangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul P.rihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha yang akan diteruskan di samping langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan untuk menguruskan m.asalah C0vid 19.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=4093456194057439

Beliau berkata, usaha itu menunjukkan ada sedikit cahaya di hujung terowong kerana v.aksinasi dengan angka terkini mencapai lebih 421,000 dos sehari dan jumlah pemberian itu akan terus bertahan dalam angka itu.

“Selain itu fokus kita adalah di kawasan Greater Klang Valley iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, bahagian selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang kita lihat k.es masih tinggi. Saya percaya langkah-langkah tumpuan khusus di kawasan ini, maka k.es C0vid 19 dapat diurus baik,” katanya.

Perdana Menteri pada masa sama yakin proses v.aksinasi berjalan agak baik dan mengikut jadual dan berharap dalam tempoh beberapa hari atau bulan akan datang, pembekalan v.aksin akan meningkat dan bertambah. Katanya, jadual yang diunjurkan dalam pelan PPN iaitu sebelum akhir tahun, sebahagian besar rakyat sudah mendapat suntikan.

Sumber : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang dah tak sabar. Akhirnya Perdana Menteri dedahkan bila rakyat boleh balik kampung.

Rakyat Malaysia yang sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa diminta untuk bersabar sedikit masa lagi sehingga negara mencapai tahap immuniti kelompok yang dijangka berlaku selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Berucap dalam perutusan khas mengenai Pelan Pemulihan Negara hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan pada masa kini terarah kepada usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 terlebih dahulu.

Sabar dulu, selewat-lewatnya hujung tahun ini

“Saya sering menerima permintaan supaya acara-acara sukan seperti perlwanan bola sepak dengan kehadiran penonton di stadium dibenarkan, majlis-majlis sosial diadakan dan paling banyak saya terima ialah rayuan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan ahli keluarga tersayang.

“Sabar dulu. “Pada masa ini, perkara-perkara ini masih tak dapat kita lakukan. Kita mesti utamakan usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dahulu,” katanya. Menurut beliau aktiviti-aktiviti ini dijangka dapat dilakukan secara berperingkat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat apabila negara mencapai tahap imuniti berkelompok iaitu apabila memasuki Fasa keempat, pelan pemulihan negara.

Muhyiddin terdahulu membentangkan strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19. Menurutnya peralihan dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan dilakukan secara berperingkat berpaksi kepada data yang bersandarkan kepada tiga indikator ambang utama.

“Indikator pertama ialah keadaan penularan covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian. “Indikator ke dua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katill di wad ICU dan indikator ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Menurutnya fasa keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana masyarakat boleh kembali semula kepada norma kehidupan seharian dan ekonomi akan dibuka serta lebih banyak aktiviti sosial dan pelancongan domestik juga akan dibenarkan.

“Fasa ini dapat dilaksanakan apabila kes Covid19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah capai tahap imuniti berkelompok atau heard immunity selewatnya pada akhir tahun ini,” katanya.

Pelan Pemulihan Negara… ketahui fakta 4 fasa diumum PM

PERDANA Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar secara berfasa dari pandemik Covd-19. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dengan empat fasa itu dirangka secara berdasarkan data dan sains untuk membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan harian biasa.

Fasa 1

– Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4, 000 kes. – Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana. – 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Fasa 2

– Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis. – Hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. – Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor. – Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Fasa 3

– Semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup. – Boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold seperti purata kes harian Covid19 menurun ke paras bawah 2, 000 kes.

– Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi. – 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

– Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021. – Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi.

– Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua. – Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat. – Semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.

Fasa 4

– Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes. – Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi. – 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

– Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021. – Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

– Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat. Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.

sumber: mstar via https://kisahbena.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru je semalam buat perutusan khas plan pemulihan negara sekali ini yang terjadi pada lamanfb Muhyiddin Yassin. Sampai ada yang merayu untuk minta benda ni.

KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bukan sesuatu pertimbangan yang mudah, kata Tan Sri Muhyidin Yassin. Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap kerajaan dapat meringankan beban yang ditanggung indivdu yang terkesan selaras pengumuman pakej rangsangan ekonomi dan b.antuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM 40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM 5 bil.ion ri.nggit.

“Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kes.ihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada kri.sis ini. “Pada hari ini, saya ingin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik C0vid 19,” katanya

sempena perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi. Strategi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan hari ini merangkumi empat fasa dan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada d.ata yang bersandarkan tiga ind.ikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

“Indikator pertama adalah keadaan penularan C0vid 19 dalam komuniti berdasarkan bilangan k.es jangkitan harian manakala indikator kedua adalah keupayaan s.istem kes.ihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit r.awatan rapi.

“Indi.kator ketiganya adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos s.untikan v.aksin, “katanya dalam perutusan khas berhubung s.ituasi semasa C0vid 19 hari ini.

Baru Habis Pengumuman Ramai Tinggalkan Komen Di FB Perdana Menteri

Reaksi Orang Ramai

Moratorium otomatik kan. I sinar I lestari kalau x bagi kluar. Biaq p la. Putus asa dah nak mngemis minta duit sndiri. 5bulan dah gaji d ptong 50 prcent. Msuk June, trus d cutikan tnpa gaji,

d sbbkan PkP d smbung hingga Hujung bulan.Moratarium yg ada skrg, panjangkan tempoh pinjaman, itu sahaja pilihan yg makan diri sndiri balik. Bank loan kreta smua boleh ke kata hold dlu. Tggu gaji bulan depan??? .. kalau keadaan x membaik, apa Pelan Pem.ulihan yg trbaik utk kami yg brkrja swasta???.

I sinar dan i listari di laksana kan semula…tolong …ramai yang kesempitan.I sinar TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Saya sangat terjejas…Tak boleh kerja disbabkan l.ockdown….Saya single mom ada anak..betul trs.epit. Bagi keluar duit kwsp 20k PKPD, Pkp3.0 nk makan ape. gaji hari sale tkde..ramai terjejas…bg b.antuan yg memerlukan yg ade kwsp kasi keluar je.

Kami nk duit kwsp untuk menampung kehidupan harian .tlg paham. Kesimpulan nya apa Abah? Nak Suh duduk rumah, sediakan lah bantuan, kalau Tak mampu bantuan,bagi rakyat keluar duit sendiri melalui I Sinar I Lestari, sementara tunggu ucapan Abah, Ade dapur yang tak berasap tu Bah.

Kredit : Kosmo/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes pemergian akibat positif covid 19 makin meningkat. Terkini hampir 15 jemaah masjid kluster Mahsuri Jitra pergi menghadap illahi dalam masa 2 minggu.

Saban hari berlakunya peningkatan kes positif covid-19 dan pertambahan kes pemergian yang dilaporkan mencecah 63 sehari pada 13 Jun 2021. Di Jitra, Kedah ser4mai 15 jemaah masjid dilaporkan telah sah pergi menghadap illahi akib4t covid-19 ekoran daripada kluster Taman Mahsuri yang merebak pada bulan Mei lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata pemergian tersebut dipercayai berlaku sejak dua minggu lepas susulan jngkitan yang berlaku dalam kalangan jemaah masjid.

“Ya, hingga hari ini sudah 15 orang pergi menghadap illahi, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu.

Kita harapkan virus ini cepat-cepatlah pergi. Kita juga harap orang ramai terus mendaftar untuk mendapatkan suntiikan vaksin seterusnya kita dapat membentuk imuniti berkelompok.

Dr Mohd Hayati menyifatkan c0v1d-19 amat bahaya dan mampu mergut nyw sesiapa sahaja dalam masa yang singkat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan mendadak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra.

KKM bagaimanapun sudah melakukan 207 ujIan saringan di sembilan kawasan zon merah di Jitra dan mendapati 94 daripada ujian saringan itu dilaporkan sah positif covid-19. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber BH Online via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.