Kes positif covid 19 di Selangor semakin tak terkawal. Ramai yang persoalkan kuasa penutupan dilang di bawah kerajaan negeri atau pusat. Sekali ini respon warganet.

Tidak dinafikan, keberkesanan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu semakin dipersoalkan dalam kalangan rakyat. Mana tidaknya, sudah sebulan lebih mereka ‘berkurung’ di dalam rumah, namun kes Covid-19 tetap ‘mencanak’ seolah-olah tiada penghujungnya.

Jika dilihat berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lebih 4,000 kes positif Covid-19 dicatatkan pada setiap hari sekali gus ibarat mimpi ngeri bagi rakyat yang mahu melihat negara mencapai objektif di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagi mereka yang peka mengenai isu semasa, pasti sedar bahawa di kawasan Lembah Klang terutama di Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan kes baru Covid-19 yang tinggi berbanding di negeri-negeri lain.

Operasi kilang membabitkan pelbagai sektor dikenal pasti menjadi antara penyumbang utama dalam peningkatan kes harian sehingga tercetus kluster di tempat kerja selepas dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Berbekalkan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sektor tersebut terus beroperasi yang boleh berlaku jangkitan dalam kalangan pekerja sekiranya tidak dipantau dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Berikutan itu, warganet mula mencari jawapan mengapa kilang masih ‘bebas’ beroperasi walaupun MITI telah didesak untuk menutup sektor berkenaan. Rata-rata warganet di laman Twitter berdebat sesama sendiri mengenai kuasa bagi menutup kilang ini, adakah ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor ataupun pusat (persekutuan)?

Terdapat segelintir individu mengkritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa tidak bertindak sewajarnya dalam menangani permasalahan kluster kilang di negeri terbabit.

Malah menurut kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, tindakan boleh diambil di bawah akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menarik lesen operasi kilang sekiranya gagal mematuhi SOP sehingga berlaku peningkatan kes Covid-19.

Tiada tindakan?

Bagaimanapun, ada juga individu mendakwa bahawa kerajaan pusat yang menentukan kuasa penutupan sektor kilang dan tidak perlu menyalahkan kerajaan negeri.

Jadi apa pendapat anda? Namun dalam sibuk mempersoalkan bidang kuasa berkenaan, kita semua ‘digemparkan’ dengan kes positif Covid-19 hari ini sebanyak 11,079 iaitu kes harian tertinggi sejak pandemik melanda negara ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular seramai 204 petugas ppv idcc Shah Alam disahkan positif covid 19. Ini kata kata dari Khairy Jamaluddin.

Seramai 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam disahkan positif Covid-19. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata keputusan diperolehi selepas saringan beramai-ramai pada 10 Julai lalu.

Katanya, orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksana kawalan kendiri selama 10 hari. IDCC Shah Alam ditutup hari ini berikutan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugasnya.

Mereka yang hadir mendapatkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksanakan kawalan kendiri selama 10 hari.Ini susulan seramai 204 petugas di PPV tersebut dijangkiti Covid-19 selepas ujian saringan beramai-ramai dibuat ke atas kesemua petugas di situ pada 10 Julai.

Video:

WHO selar negara kaya ‘tamak’ vaksin

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam ‘ketamakan’ negara kaya yang mempertimbangkan pemberian vaksin penggalak Covid-19, namun pada masa sama masih banyak negara lain yang terus diancam virus itu.

Dengan nada yang tegas, WHO mengatakan negara berkenaan perlu malu jika membuat keputusan untuk tinggal-kan negara yang lemah dalam menghadapi wabak ini. Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga mengingatkan pengeluar vaksin supaya tidak mengutamakan dos ketiga sebagai penggalak.

Sebaliknya, ia perlu memberi keutamaan kepada pengeluaran dos pertama dan kedua kepada petugas kesihatan dan warga emas di negara miskin. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata demikian dalam sidang media ketika ditanya mengenai tempoh pandemik ini akan berakhir. “Kita akan akhiri pandemik ini tidak lama lagi kerana kita sudah memiliki kaedah untuk mengatasinya,” katanya.

Kredit:metro/KiniTVBM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.