Lepas hampir semua ahli keluarga disahkan positif covid 19. Rebecca tampil bersuara dedahkan ini keadaan terkini suaminya.

“Serius Covid-19 Ini Sangat Bahaya, Suami Saya Dah Pakai Oksigen Sekarang…” – Rebecca Nur Al-Islam. Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan keadaan terkini suaminya Datuk Norazam Sulaiman yang dijangkiti Covid-19.

Rebecca menerusi kemaskini dalam ruangan Instagram (IG) Story memaklumkan, suaminya saat ini sudah menggunakan mesin oksigen untuk bantuan pernafasan. Selain itu, Rebecca tinggalkan pesanan agar pengikutnya di IG tidak memandang ringan penyakit membawa pdh tersebut.

Pelakon berusia 35 tahun itu turut memohon agar mendoakan dia dan seluruh ahli keluarga. “Mari kita berdoa beramai-ramai. Serius, penyakit ini sangat bahaya. Suami saya dah pakai oksigen sekarang ni. Doakan kami sekeluarga ya,” tulisnya.

Sebelum itu Rebecca memuat naik rakaman video menunjukkan mesin oksigen yang digunakan suami. Pada 8 Julai lalu, Rebecca berkongsi berita sedih mengenai suami, enam anak dan tiga pembantu rumah disahkan positif COVID-19.

Dua hari selepas itu, dia pula dijangkiti wabak berkenaan. “Pada awalnya saya negatif, akhirnya saya juga disahkan positif COVID-19 setelah menjaga suami dan anak-anak tercinta.

“Doakan kan saya serta seluruh keluarga sihat seperti sedia kala ya semua, secara jujur saya juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir dengan sekelip mata segalanya dari Sang Pencipta,” katanya. Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru je 10 orang ahli keluarga disahkan positif covid 19. Sekali Datin Rebecca terima lagi satu berita duka. Sedih ini pula yang jadi pada Datin Rebecca.

Selepas suami dan enam anaknya disahkan positif COVID-1.9, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam pula dijangkiti wabak berkenaan. Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya sekitar awal pagi tadi. Rebecca memohon orang ramai untuk mendoakan agar kesihatan dia dan keluarga kembali sihat seperti biasa.

https://www.instagram.com/p/CRD4E46DWYZ/

Assalammualaikum Dukacita Di MakLumkan,pada Hari ni Hari khamis #08072021 Saya MUMMYBECCA Mewakili En Suami Serta SeIsi Keluarga,ingin memberitahu.. Keluarga Kami Di Srngi Penyakit COVID 19 .. Di Dalam keluarga Kami Yg Positive,

Suami ~ Dato Norazam, Anak kami 6 orang Positive, Nor Khayrin (positive), Nor Adam Daniel (positive), Nor Anggun Raverra (positive), Nor Aliff Al Raffael (positive), Nor Ahmet Al Reaggan (positive), Nor Aurora Riana (positive)

Pembantu kami Yg positive 3 orang, Haishatul Akmal (positive), Nur Ain (positive), farrah (positive). Dgn Itu Saya TerSangat La Sedih Sekarang Ni Dan TerLalu BerDuka Cita. Tapi Apa pun Saya BerSYUKUR Alhamdulillah diri Saya sendiri “MUMMYBECCA” Negative..

Dan 2 orang anak Saya Yg negative (Syukur), Nor Arif Qayyum (negative), Nor Anggerik Renesmee (negative) Dan Pakcik Nasir Saya (negative), Tukang kebun (negative). Dan 3 orang pembantu Saya Yg negative Atiqah (negative), tasha (negative), Tg Aziea (negative)

Apa Yg Boleh Saya katakan Buat masa Sekarang ni,tolong DOA Kan utk Kami Sekeluarga. Lebih lebih lagi Kpd Suami Saya Yg Teruk sedikit dari Yg lain (SayaTahuSuamiSayaKuat) (insyaAllah)

Minta Maaf Jika Ada Close contact Yg TerDekat Dalam masa 7 Hari ke belakang. Saya harap Anda Cepat2 buat Swab Test ya. DOA Anda Semua Saya Perlukan #TerimaKasih
#MintaMaafDariKamiSekeluarga

“Pada awalnya saya negatif, akhirnya saya juga disahkan positif COVID-19 setelah menjaga suami dan anak-anak tercinta. “Doakan kan saya serta seluruh keluarga sihat seperti sedia kala ya semua, secara jujur saya juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir dengan sekelip mata segalanya dari Sang Pencipta.

“Terlalu laju, bahaya sangat COVID-19 ini, kesian tengok suami dan anak-anak semua,” kongsinya. Justeru, meskipun negatif pada mulanya, Rebecca tidak sampai hati melihat keadaan mereka lalu terpaksa bercampur dengan suami dan anak-anaknya untuk urusan memberi ubat dan sebagainya.

“Saya tak sampai hati dan terpaksa masuk bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan sebagainya. “Demi anak-anak dan suami yang terlalu lemah, saya cuba kuatkan diri dan akhirnya malam tadi saya juga disahkan positif COVID-19,” kongsinya lagi.

Pada 8 Julai, Rebecca memaklumkan suaminya, Datuk Norazam, enam anak serta tiga pembantu mereka disahkan positif COVID-19. Rebecca ketika itu juga memberitahu bahawa keadaan suaminya agak sedikit teruk berbanding yang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Habis hampir semua ahli dirumah disahkan positif covid 19. Terkejut bila Rebecca dedahkan ini yang berlaku.

PERKARA yang paling ditakuti akhirnya terjadi! Begitulah nasib yang menimpa pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Selain suaminya iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti virus berkenaan.

Rebecca berkongsi perkara itu di Instagram. Bagaimanapun, aktres berusia 35 tahun ini berkata, dia dan dua orang lagi anaknya iaitu Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.

“Keluarga kami kena penyakit Covid-19.. dalam keluarga kami yang positif, suami saya, enam orang anak kami dan tiga orang pembantu rumah. “Saya sangat sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita. Tapi apa-apa pun, saya bersyukur, Alhamdulillah diri saya sendiri negatif.

“Selain saya, dua orang lagi anak saya negatif termasuklah pakcik Nasir, tukang kebun dan tiga orang lagi pembantu rumah yang lain, ” kata Rebbeca. Saya tahu suami saya kuat… Insya-Allah.

Pemilik nama Rebecca Nur Al-Islam Ahmad itu berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis. Rata-rata warganet dan rakan selebriti turut mendoakan Rebecca kuat serta ahli keluarganya yang dijangkiti virus tersebut cepat sembuh.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut gagal apabila aktres tersebut tidak menjawab mesej. Sementara itu Rebecca menambah, keadaan kesihatan suaminya terjejas teruk akibat virus berkenaan berbanding anak-anak dan pembantu rumahnya.

Rebecca turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang menjadi kontak rapat keluarganya dan berharap mereka melakukan ujian calitan dengan segera. “Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit daripada yang lain.

“Saya tahu suami saya kuat… Insya-Allah. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam masa tujuh hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian calitan. “Doa anda semua, saya perlukan. Terima kasih dan minta maaf daripada kami sekeluarga, ” katanya.

Untuk rekod, Rebbeca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat. Sedih tak dapat ziarah raya, Rebecca Nur Al Islam bagi mesej khas kepada PM. Terdahulu PENGUMUMAN kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah raya dilakukan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menyebabkan rakyat berdukacita termasuklah pelakon Rebecca Nur Al Islam.

Rebecca menerusi video yang dimuat naik di Instagram merayu agar kerajaan meneliti semula perlaksanaan SOP bagi membenarkan sekurang-kurangnya ziarah dilakukan antara keluarga pada 1 Syawal.

Pelakon berusia 35 tahun ini turut meluahkan rasa terkilan apabila tidak dibenarkan untuk menziarah kbr saudara terutama bapanya yang sudah pergi menghadap illahi sejak empat tahun lalu.

“Sekurang-kurangnya hari raya pertama bolehlah menziarah saudara mara terdekat tetapi dimaklumkan baru-baru ni kita PKP balik. Kami amat sedih walau kami tahu memang penyakit satu dunia alami ini tengah merebak luas.

Rebecca turut memohon maaf kepada Muhyiddin Yassin jika kata-katanya mengores hati. “Justeru, ada beberapa benda kami rasa tak puas hati dan tak logik kerana mungkin ada keluarga yang sudah membeli barang-barang basah untuk berkumpul dengan keluarga. Kenapa bagi tahu last minit?

“Kita faham rentas daerah dan negeri tidak boleh, sama juga perhimpunan sosial. Okey lagi. Tapi ziarah kbr pun tak boleh? Ziarah kbr ni tak sekali ramai-ramai adik-beradik sampai 100 orang pun, kita jagalah SOP.

“Saya yang sudah hilang ayah sejak 2017 dan ibu saya mungkin rindu ayah pasti ingin menjenguk kbr arwah. Itu satu benda tak logik, kita boleh ziarah dengan pakai mask dan saya yakin jarak kbr pun jauh-jauh,” katanya.

Menerusi video itu, Rebecca mengesyorkan beberapa perkara kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penetapan SOP pada sambutan hari raya Aidilfitri pada Khamis.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan PKP menyeluruh seluruh Malaysia bermula 12 Mei hingga 7 Jun dan sehubungan itu, aktiviti ziarah rumah ke rumah dan kbr sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor. Dalam pada itu, Rebecca juga menyatakan kekeliruan tentang kebenaran operasi beberapa sektor seperti pusat beli-belah dan perkilangan namun melarang untuk menziarahi rumah ibunya yang berdekatan.

“Naik kereta 3 orang boleh pula ke shoping mall? Kalau fikir balik hari raya ziarah rumah mak berdekatan tak boleh, pergi shoping mall boleh, ia satu benda tak logik ya. “Contohnya, jika saya rindu ibu saya dan nak meminta maaf, adakah saya terpaksa call, jumpa kat KLCC sebab saya nak sangat cium tangan ibu. Adakah perlu menipu pihak atasan? Nak jumpa ibu tapi tipu ke shopping mall.

“Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor. Ini kilang boleh buka, construction site boleh buka. Konsepnya sama macam kita lawat kbr kawasan terbuka.

“Bagilah kami beraya satu hari saja untuk menziarahi keluarga. Saya memohon pihak kerajaan tolonglah kami, kami sedar tak boleh rentas negeri dan daerah, tapi tolong fahami kami jiwa rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Rebecca berharap kerajaan akan melonggarkan SOP dengan membenarkan aktiviti ziarah raya pada raya pertama atau melaksanakan sahaja Perintah Berkurang secara keseluruhan.

“Sekurang-kurangnya pada hari raya pertama kami dapat menziarahi saudara berdekatan. Jika tetap dengan keputusan tak boleh menziarahi, tolonglah buat total lockdown semua. “Percayalah situasi ini akan sama tiada perbezaan sampai bila-bila akan jadi macam ni,” tambahnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *