Adik perempuan Benjy kongsikan abangnya dah selamat diuruskan. Terkejut sekali ini pihak pnjra buat untuk Benjy.

Benjy yang pergi menghadap illahi pada Ahad selamat diuruskan di Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin. Upacara urusan pelakon yang juga anak kepada aktres Azean Irdawaty itu selesai sekitar pukul 11.45 tengah hari (waktu Indonesia).

Urusan Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim dikendalikan oleh  Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan. Keluarga Benjy yang terdiri daripada ayahnya Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi dan anak tunggalnya, Firdaus Juan Benjamin, 16, turut berkesempatan melihat proses urusannya menerusi panggilan video dengan kakitangan pnjra. Tidak ketinggalan dua adiknya, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty juga berpeluang melihat saat-saat terakhir abang kesayangan mereka diuruskan.

PIHAK PNJRA TANGGUNG SEMUA KOS, ALHAMDULLILAH

Menurut Inessa Irdayanty, keluarganya dimaklumkan segala kos pembiayaan pengurusan Benjyitu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pnjra. “Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menawarkan bantuan untuk pembiayaan pengurusan Benjy.

“Sekiranya, masih ada yang mahu berbuat demikian (memberi sumbangan), kami minta anda untuk salurkan sumbangan kepada mana-mana pihak yang memerlukan atas nama Ben (panggilan buat Benjy) dan sedekahkan Al-Fatihah,” kata Inessa dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diwakili Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut berkesempatan menyaksikan proses urusan Benjy menerusi siaran langsung video bersama keluarga dan anaknya.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah dia lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” kata Hafiz lagi. Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan, Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun di sebuah hospital di Medan.

Berita duka pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar. “Ben (panggilan buat Benjy) pergi menghadap illahi di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” kata Khairil Anwar menerusi kiriman mesej kepada Astro AWANI.

Sumber : ASTRO AWANI

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Ellie Suriaty kali ni Wardina pula dedahkan yang Benjy hubunginya sebelum ni. Rupanya Benjy luahkan ini yang berlaku masa dia ditahan.

Personaliti Wardina Safiyyah, 42, bersyukur dapat membantu dan tidak sisihkan pelakon, Benjy Ibrahim , 43, sewaktu arwah menghubunginya sebelum ini. Turut terkesan dengan pemergian Benjy, Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mendedahkan dia sedih dengan kesusahan menanggung deritanya sendirian dalam tahanan.

“Memang waktu dia hubungi saya untuk bantuan, saya ada was-was sikit. Takut dia beli bahan terlarang. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warga negara.

“Tak banyak pun sebenarnya. Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar ikut masa, dia dikasari. Dia sangat terdesak. Bukan mudah nak mengemis pada orang. “Saya taklah terkilan sangat kerana saya dapat juga bantu Benjy dan tidak sisihkan dia.

Disebabkan itulah, dia cakap terima kasih kerana tidak sisihkan dia seperti orang lain. Sedihnya. Dia pergi menghadap illahi sendirian tanpa keluarga di negara lain. Moga Benjy tenang di sana,” katanya.

Terdahulu, pelakon sitkom Spanar Jaya itu berkongsi cebisan rasa tulisan Benjy yang disifatkannya begitu menyentuh. “Cebisan rasa Benjy dalam tahanan. Dia menulisnya dengan begitu baik. Penguasaan bahasa inggerisnya cemerlang. Itulah saya memilih untuk kekal mengingatinya.

“Saya kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telefilem Kepulangan arahan Subaimi Baba. Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahummafirghlahu warhamhu wa’afini wa’fuanhu,” katanya.

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian Benjy yang pergi menghadap illahi di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit asma. Pada 2017 lalu, Benjy dijatuhi hukuman tahanan 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup bahan terlarang. Difahamkan juga, segala urusan Benjy akan dilakukan di Medan, hari ini.

Kredit:HMetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas pemergian Benjy Ellie Suriaty tampil bongkarkan petanda yang Benji akan tinggalkan semua.

Hari ini industri hiburan tanah air menerima berita duka apabila pelakon berbakat besar, Benjy Ibrahim dilaporkan pergi menghadap illahi di hospital di Medan, Indonesia. Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty amat bersedih di atas pemergian rakan baiknya itu namun reda Allah lebih menyayanginya. Bagaimanapun, Ellie sedih tidak dapat menghulurkan bantuan kepada Benjy sejak kebelakangan ini.

“Benjy beritahu saya keadaannya batuk hingga keluar cairan merah. Jadi, saya mengirimkan sedikit bantuan kewangan setiap bulan, cuma saya tidak dapat membantu sejak kebelakangan ini. Ini kerana saya tidak mempunyai banyak ‘job’ sejak pandemik COVID-19 menular, tahun lalu.

“Saya sedih, apatah lagi, memikirkannya Benjy akan diuruskan di Medan, Indonesia sekiranya pergi menghadap illahi. Mendengar berita pemergiannya membuatkan hati saya rmuk.

“Benjy menghubungi saya, minta ampun dan minta halalkan segala-galanya, minggu lalu. Saya tidak sangka itu petanda Benjy akan pergi,” katanya kepada BH Online. Sudah menganggap Benjy sebagai adik, Ellie berkata dia sudah berjanji dengan Benjy akan menjemputnya di Medan untuk dibawa pulang ke Malaysia apabila dibebaskan kelak.

“Benjy seperti adik saya. Bagaimana saya menyayangi ibunya, begitu juga sayang saya pada Benjy. Ibunya banyak membantu membentuk saya dalam menghidupkan karakter lakonan. “Besar harapan saya melihat Benjy memulakan kehidupan baharu apabila dibebaskan. Saya juga mahu Benjy membuat kemunculan semula dalam industri lakonan, namun, hasrat saya tidak kesampaian,” katanya.

Menurut Ellie lagi, dia sentiasa memberikan kata semangat kepada Benjy yang sudah menjalani dnda tahanan tiga tahun. Ujarnya, Benjy banyak habiskan masa dengan melakukan amal ibadah di sana.

“Alhamdulillah, Benjy banyak berubah dan menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT. Benjy beritahu sudah khatam al-Quran, bersolat, berpuasa dan sebagainya,” katanya.

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit asma di Hospital Royal Prima, Medan, jam 11 pagi tadi. Benjy sedang menjalani denda selama 11 tahun, tiga bulan di Tanjung Gusta atas kesalahan memiliki bahan terlarang sejak 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Adik perempuan Benjy dedahkan perbualan terakhir mereka bersama. Sebak rupanya seminggu sebelum dia pergi menghadap illahi ini yang Benjy bualkan.

Kuala Lumpur: Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 43, yang pergi menghadap illahi akibat penyakit asma, jam 11 pagi tadi, dikatakan sudah mengkhatam Al-Quran pada 17 Februari lalu.

Ia berikutan tular di media sosial mengenai surat difahamkan daripada panitia khatam Al-Quran dari Masjid At Taubah Lapas Kelas 1 Medan yang menunjukkan nama Benjy tersenarai bersama enam peserta lain.

Ditanya mengenai perkara itu kepada  adik dikenali Inessa Irdayanty, dia meminta maaf kerana tidak dapat mengesahkannya. “Saya minta maaf kerana kami tak pasti berkenaan perkara ini. abang pun tidak beritahu kami mengenainya. Namun, syukur alhamdulillah sekiranya perkara tular itu benar,” katanya ringkas.

Terdahulu, Benjy dimaklumkan pergi mengadap illahi akibat penyakit asma dihidapinya di Royal Prima Hospital, Medan, Indonesia, jam 11 pagi tadi. Inessa juga memaklumkan Benjy pelakon drama Kerana Cintaku Saerah itu akan diuruskan di Tanah Tanjung Gusta Medan, Indonesia esok.

Ujarnya, berita tentang Benjy diketahui mereka sekeluarga selepas kakaknya, Elza  menerima panggilan daripada pihak pnjra di Medan pagi tadi memberitahu Benjy tidak dapat bernafas akibat penyakit asma.

“Sekitar jam 11 pagi (waktu Malaysia), kami diberitahu Benjy sudah tiada. Dia pergi menghadap illahi ketika dibawa ke rumah sakit di Medah, tapi tidak dapat diselamatkan. “Benjy telah lama mengalami penyakit teruk asma dan penyakit paru-paru lain. Benjy juga dilapor banyak masuk dan keluar hospital dengan kerap untuk beberapa tahun ini,” katanya.

Inessa berkata, pihak keluarganya juga sudah memberi kebenaran kepada pihak pnjra Medan untuk uruskan Benjy di sana, esok. Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan abangnya ialah kira-kira seminggu lalu.

“Dia hubungi saya dan mengucapkan selamat harijadi. Apapun, dengan kakak saya tak pasti tapi, mereka kerap juga berhubung setiap bulan. “Manakala, dengan bapa pula kalau tak silap abang ada hubungi pada Hari Bapa baru-baru ini untuk beri ucapannya, ” katanya.

Pada 2017 lalu, Benjy yang juga anak kepada seniwati Azean Irdawaty dijatuhi hkmn ditahan 11 tahun di Indonesia. Benjy pernah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Lee pada Februari 2004 dan berpisah pada 2013. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Firdaus Juan Benjamin, 16.

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kini adik kepada Benjy dedahkan wasiat terakhir abangnya. Rupanya Benjy pernah cakap macam ni sampai buat keluarga redha.

Pelakon Benjy Ibrahim telah tinggalkan wasiat kepada ahli keluarganya untuk dia dikebumikan di Medan, Indonesia sekiranya dijemput Ilahi di negara seberang itu. Jasad Benjy Ibrahim akan diuruskan di Medan, Indonesia esok selepas diberi keizinan oleh keluarga Allhyrh4m.

“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara di Medan uruskan jasad (Benjy) di sana. Urusan akan dijalankan esok,” kata keluarga Allhyrh4m Benjy dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi. Berkongsi cerita lagi, adik Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty berkata, abangnya yang mesra dipanggil Ben tidak mahu ahli keluarga atau mana-mana individu berdepan kesulitan untuk membawa jasadnya pulang ke tanah air. Sejak dahulu lagi, sebelum C0VID 19 bermula lagi, Ben sudah lama pesan, kalau apa-apa jadi dekat kepada dia di sana, tak perlu bawa balik jasad ke Malaysia. Dia minta sedekahkan Al-Fatihah, biar kebumi di sana. Jadi dia (Benjy) memang wasiatkan dekat kami sejak dari dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menjelaskan situasi selepas dimaklumkan berkenaan kehilangan abangnya itu, Inessa berkata, mereka sekeluarga masih lagi berbincang sebelum membuat kata putus berkenaan proses pengurusan Benjy.

Sumber : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *