KKM akan pertimbangkan untuk guna kaedah ini pula buat rawat pesakit Covid 19 sekiranya ada bukti kukuh. Rupanya dah ramai yang tak puas hati dengan keputusan ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19, sekiranya ada bukti kukuh yang menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara ‘off label’ (ubat di luar indikasi tertera dalam label dan belum atau di luar persetujuan badan atau lembaga bertanggungjawab) sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

“Sekarang ini kita boleh gunakan Ivermectin dalam negara dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah meluluskan penggunaan ‘off label’ seperti digunakan dahulu untuk ubat anti malaria dan HIV. Penggunaannya tidak didaftarkan tetapi dibenarkan sehingga kita ada bukti kukuh,” katanya ketika diundang sebagai panel program ‘The Nation’ bertajuk ‘Covid-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita’ yang disiarkan secara langsung menerusi BERNAMA TV, malam tadi.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga giat menjalankan kajian untuk mengenal pasti keberkesanan dan kesan sampingannya bagi pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima.

“Ivermectin adalah ubat antiparasit yang dikenal pasti dari tahun 70-an, ia ada kesan antiviral. Saya sendiri sekitar empat tahun lepas mengesyorkan penggunannya untuk (merawat) denggi. Saya kemukakan cadangan ini kerana Ivermectin ada kesan antiviral. Kita sudah menjalankan kajian di Thailand dan kajian permulaan menunjukkan untuk mendapatkan kesan antiviral ini, dosnya amat tinggi,” katanya.

Beliau menjelaskan, ada kesan sampingan ivermectin yang tidak dimaklumkan, antaranya Ataxia atau masalah keseimbangan, sawan dan seumpamanya. Mengulas kemungkinan ubat itu akan dipertimbangkan untuk merawat pesakit Covid-19, Dr Noor Hisham berkata perkara itu masih dalam penelitian.

“Insya-Allah, ada yang kita sudah benarkan penggunaan secara off label, tetapi dengan pemantauan rapi petugas hospital,” katanya. Pada awal bulan lalu, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital bawah kementerian itu.

Dr Noor Hisham sebelum ini menjelaskan, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 dalam kajian atau percubaan klinikal sahaja. Bagaimanapun, keengganan KKM menggunakan Ivermectin mengundang ketidakpuasan hati ramai termasuk doktor pakar dan persatuan pengguna.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Ramai yang tak puas hati bila hampir 256 pekerja kilang Ayer Keroh disahkan positif covid 19. Rupanya ini punca buat ramai yang terkedu.

Kes Covid-19 membabitkan sektor perindustrian masih belum reda dan terbaru seramai 256 pekerja di lima buah kilang di Ayer Keroh Melaka disahkan positif. Difahamkan, jumlah itu membabitkan lima kluster di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) negeri, Ramli Mohd. Ali, daripada jumlah tersebut, seramai 180 adalah pekerja warga asing. Jelasnya, susulan itu keseluruhan lapan buah kilang terlibat telah diarahkan ditutup selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“Sehingga kini seramai 256 pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh ini didapati positif Covid-19 selepas tercetusnya kluster baharu di kawasan itu pada Mei lalu. “Seramai 180 daripada merupakan pekerja warga asing, manakala baki adalah penduduk tempatan,” katanya menerusi laporan Kosmo Online, semalam.

Tambahnya, kesemua semua pekerja yang positif telah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta yang ditetapkan. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang bengang dengan isu berkenaan kerana syarikat masih enggan menghentikan

operasi buat sementara waktu. “Lagi kes kilang, sekali kena ratus-ratus” “Tak tahu nak cakap apa, sekali kena terus 256 weh” “Apa nak jadi kalau macam ni, bila nak ke fasa 2,” tulis beberapa warganet.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.