Permohonan i citra akan diawalkan ke tarikh ini. Ini cara permohonannya.

Permohonan bagi pengeluaran i-Citra mula dibuka esok, tiga hari lebih awal dari tarikh ditetapkan. Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit. i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai Ogos nanti. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli. Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, pencarum boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-89224848.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru semalam perdana menteri umumkan tentang bantuan i citra. Tapi hari ni nama Bcl pula yang trending. Rupanya ini punca boleh jadi trending.

Pada petang Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu buat rakyat Malaysia khususnya ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini dibenarkan untuk membuat pengeluaran baharu, i-Citra.

Nama BCL Jadi Sebutan

Selepas memperkenalkan dua pakej bantuan iaitu i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini, i-Citra diperkenalkan bagi meringankan beban mereka yang terkesan ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Bagaimanapun, sejurus memperkenalkan pakej bantuan terbaharu itu, nama pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL pula menjadi trending di media sosial berikutan menjadi bahan gurauan warganet.

Kebetulan Sama 

Nama balu kepada pelakon Ashraf Sinclair itu dikaitkan dengan nama dua pakej yang diperkenalkan, i-Lestari dan i-Citra yang secara kebetulannya mempunyai kaitan dengan nama pelantun 12 Tahun Terindah itu, Bunga Citra Lestari.

Sekadar info, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: murai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas je Perdana Menteri umumkan tentang i citra. Sekali tiba tiba pihak kwsp tampil beritahu apa yang rakyat perlu buat nanti.

Kuala Lumpur: Bagi meringankan beban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terje.jas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM 5,000 dengan kadar bayaran tetap RM 1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM 30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. “Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di laman web kwsp mulai 15 Julai depan, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan E.konomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

KWSP Tampil Dengan Kenyataan

Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik

dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di laman web mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM 5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM 1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM 50.

Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

I-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.

Kredit : HM/KWSP Via OM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang mengharapkan duit kwsp. Alhamdulillah akhirnya Tengku Zafrul dedahkan sesuatu tentang moratorium dan duit isinar.

Semalam KWSP telah menganjurkan Sesi Zoom dengan beberapa orang influencer di kalangan rakyat bagi mendengar secara terus suara rakyat tanpa sebarang tapisan. Saya dimaklumkan oleh KWSP bahawa selain para influencer mereka turut menjemput peserta dari FB groups yang khusus memfokus kepada i-Sinar, i-Lestari dan bantuan-bantuan Kerajaan.

Saya sebenarnya memang merancang dan teruja untuk turut serta dalam sesi ini tetapi malangnya saya tidak dapat hadir pada saat akhir disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, saya tetap merakam pandangan untuk dikongsi bersama peserta sesi Zoom semalam. Saya juga telah menonton rakaman sesi tersebut kemudian. Banyak idea dan cadangan yang menarik diutarakan.

Pihak KWSP dan kami di Kementerian Kewangan sentiasa mendengar luahan dan keluhan anda. Sesi ini adalah sebahagian usaha kami untuk mendapatkan maklumbalas bagi membentuk dasar dan inisiatif yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Baru kelmarin saya telah bermesyuarat bersama CEO KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, dan pengurusan kanan KWSP bagi memperhalusi bantuan yang sesuai untuk Pelan Pemulihan Negara. Bercakap tentang Pelan Pemulihan Negara, kami sedar bahawa anda memerlukan bantuan bagi mengharungi Fasa 1 dan fasa-fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara.

Ingin saya tekankan bahawa Kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan penyelesaian yang dikemukakan. Salah satu permintaan yang sering kami terima ialah perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari. Kerajaan faham dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat, malah saya juga secara peribadi ada kenalan dan saudara yang memohon i-Lestari dan i-Sinar dalam mereka menghadapi cabaran masa ini.

Pada masa yang sama ada juga pencarum dan pengulas ekonomi yang mengkritik Kerajaan kerana mereka tidak mahu dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan Kerajaan membenarkan pengeluaran secara besar-besaran dari KWSP. Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah ada pelbagai suara menyokong dan membantah. Kami akan cuba untuk mencari penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan semua pihak.

Pengumuman Terkini

Isu Moratorium dan i-Sinar. Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah.

Kredit : FBTengkuZafrul

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.