Kini adik kepada Benjy dedahkan wasiat terakhir abangnya. Rupanya Benjy pernah cakap macam ni sampai buat keluarga redha.

Pelakon Benjy Ibrahim telah tinggalkan wasiat kepada ahli keluarganya untuk dia dikebumikan di Medan, Indonesia sekiranya dijemput Ilahi di negara seberang itu. Jasad Benjy Ibrahim akan diuruskan di Medan, Indonesia esok selepas diberi keizinan oleh keluarga Allhyrh4m.

“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara di Medan uruskan jasad (Benjy) di sana. Urusan akan dijalankan esok,” kata keluarga Allhyrh4m Benjy dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi. Berkongsi cerita lagi, adik Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty berkata, abangnya yang mesra dipanggil Ben tidak mahu ahli keluarga atau mana-mana individu berdepan kesulitan untuk membawa jasadnya pulang ke tanah air. Sejak dahulu lagi, sebelum C0VID 19 bermula lagi, Ben sudah lama pesan, kalau apa-apa jadi dekat kepada dia di sana, tak perlu bawa balik jasad ke Malaysia. Dia minta sedekahkan Al-Fatihah, biar kebumi di sana. Jadi dia (Benjy) memang wasiatkan dekat kami sejak dari dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menjelaskan situasi selepas dimaklumkan berkenaan kehilangan abangnya itu, Inessa berkata, mereka sekeluarga masih lagi berbincang sebelum membuat kata putus berkenaan proses pengurusan Benjy.

Sumber : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Benjy dikatakan telah pergi buat selamanya di Medan. Sekali ini punca sebenar kehilangannya.

Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad. Berita kehilangan Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) telah pergi buat selamanya di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi. Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu telah pergi buat selamanya akibat sakit Asma.

Karl yang diuji dengan penyakit str0k ketika dihubungi berkata, pengurusan terakhir Benjy akan dilakukan di Medan. “Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben telah pergi selamanya pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dd4h jenis sy4bv. Berikut khabar terakhir dari Benjjy

Benjy oh Benjy… Apa khabar di sebalik tirai besi

Penularan wabak COVID-19 telah menjarakkan lagi hubungan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan pelakon, Benjy yang menjalani hukuman di Indonesia. Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata walaupun mereka tidak dapat menziarahi Benjy di Penjara Tanjung Gusta, Medan, namun mereka masih saling berkomunikasi sama ada menerusi panggilan telefon atau aplikasi WhatsApp. Beliau akui, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi moral.

“Ramai sedia maklum yang dia (Benjy) mengalami masalah asma. Alat sedut (inhaler) yang dia perlukan kosnya agak mahal di sana. Sebelum ini kami pernah belikan, harganya sekitar RM300. Ubat ini tidak disediakan pihak penjara, perlu dibeli kerana jenis yang digunakan itu bukan seperti biasa. Jadi selalunya, dalam komunikasi antara saya dan dia lebih kepada masalah kesihatan dan keperluan wang untuk menampung kos ubat-ubatannya,” katanya ketika dihubungi Astro

Pada Disember 2018, Presiden Seniman, Zed Zaidi pernah melawat Benjy di penjara berkenaan. Ini disusuli kunjungan Mohd Hafiz yang memberi sumbangan kepada pelakon terbabit, April tahun 2019. Mohd Hafiz pada masa sama akui khuatir akan kesihatan mental Benjy yang telah lebih tiga tahun menerima hukuman di penjr4 itu.

“Apa yang kami (Seniman) dengar menerusi perbualan, dari segi kesihatan mental itu boleh saya katakan dia agak tertekan. Penjr4 di sana sangat berbeza jika dibandingkan dengan fasiliti, keselesaan, cara layanan dan sebagainya di Malaysia ini,” ujarnya.

Mewakili Seniman, Mohd Hafiz mengalu-alukan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dilalui Benjy. Pada April 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ucapan hari bapa dari Elyana buat suaminya bikin sebak warganet. Sampai doa biar diri sendiri pergi dulu.

Sempena Hari Bapa hari ini, Elyana sempat memuat naik sebuah posting ‘khas’ buat suaminya iaitu Khairul Hussin. “Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat dekat ayah. Kalau ayah tak ada, kita orang tak best. Mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero. Semua ayah boleh buat, kecuali pasang-pasang kabinet, katil dan apa sahaja yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu. Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tak best kalau tak ada awak. “

Menurut Elyana, kehidupannya dengan anak-anak tidak akan lengkap sekiranya Khairul tiada di sisi mereka. Ujar Elyana, sepanjang mendirikan rumah tangga dengan Khairul, semua perkara suaminya mampu lakukan. Lebih tersentuh, Khairul sanggup menemaninya di hospital setiap kali menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di hospital. Tambah Elyana, suaminya seorang yang penyabar dan sentiasa menceriakan hari-harinya dan anak-anak. Sehingga satu tahap, Elyana berdoa agar Allah mengambil nyawanya terlebih dahulu berbanding suaminya.

Menerusi posting tersebut juga, rata-rata warganet tidak dapat menahan sebak apabila membaca luahan Elyana. Menurut warganet, Elyana perlu kuat melawan sakit barah demi anak-anaknya. Warganet turut berdoa agar Elyana segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarganya. Ini kerana, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

 

Sumber: Oh Bulan & motifviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lama menyepi Elyana tampil bersuara dedahkan berat badan dia terkini. Rupanya dia tengah jalani rawatan selama 10 hari.

Baru-baru ini, peyanyi Elyana memuat naik perkembangan terbarunya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital. Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Sentiasa berfikiran positif

Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya. Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan cairan merah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
“>Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek cairan merah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram. “Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan cairan merah. Ini baru first bag cairan merah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chmo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya. Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.

“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu. Terdahulu, Elyana mengesahkan dirinya menghidap sakit limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  :  http://trendingkini.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.