Adik ipar dedah perangai sebenar kakak ipar sampaikan sanggup burukkan dia. Sekali tak sangka terus dibalas sampai macam ni sekali.

Gambar sekadar hiasan.

Nama aku Hani (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun. Seperti yang korang baca tajuk tertera, mesti korang fikir aku seorang yang jhat. Ye aku mengaku, aku jhat… cemburu. Tapi itu dulu, sekarang aku sikit sikit berubah ke arah kebaikan. Cerita aku bermula dengan abang No 2 aku yg aku gelar sebagai Naim mula mendirikan rumah tangga. Akak ipar aku cantik, ada master, lemah lembut, sedikit pendiam tapi ramah, pembersih dan rajin.

Mula mula akak ipar aku ni ok tapi nampak la sedikit kekok bila masuk ke dalam keluarga baru, cakap pun tak banyak tapi bukan sombong ye. Sentiasa senyum. Aku ok je dengan akak ipar aku ni tapi bukan bagi mak aku. Buat pengetahuan korang, mak aku ni cerewet, level maksimum. Tak mahu mengalah dan fikir sentiasa betul. Bagi mak aku, cara dia je betul dan orang kena ikut cara dia. Tak boleh dimarah, malah kalau ayah aku marah mak aku atas sebab sebab tertentu, mak aku akan lepaskan kemrahan geram dia kepada anak anak.

Aku sebagai anak dah lali, kalau aku rimas, aku keluar rumah termasuk abang, kakak dan adik aku. Kakak ipar aku ni yang aku nampak dia jenis berterus terang dan dan sebab sifat terus terang dia lah mak aku tak boleh terima. Kejadian bermula akak ipar aku ajak kemas rumah sebab banyak barang dan bersepah. Kakak ipar aku cakap dekat kakak aku seorang lagi tapi mak aku terdengar. Bagi mak aku, kakak ipar aku orang yang kuat sindir. Mak aku tak boleh terima dan cop dia kurang ajar.

Tapi hmmmm bagi aku memang betul pun. Rumah aku bukan takat bersepah, nak pijak lantai pun geli. Buat pengetahuan semua, kami adik beradik dah biasa hidup dalam keadaan macam tu. Mak tak suka barang teralih jadi kami tak kemas rumah. Tunggu raya baru kemas. Setahun sekali la kan?aku bukan nak burukkan mak aku tapi manusia tidak ada yang sempurna kan. Tiap kali akak ipar aku datang rumah, mak aku masam muka, tak bercakap, tak tengok muka akak ipar aku sebab terasa dengan dia. Aku rasa kakak ipar aku perasan tapi dia senyap je tak layan.

Apa yang kakak ipar aku buat memang semua tak kena dimata mak aku. Kakak ipar aku tak ada dirumah, sebakul sumpah untuk dia mak aku hadiah kan. Kami tadah je telinga. Bila mak aku macam tu. Tah la aku pun terikut sekali benci kat kakak ipar aku. Tak tahu kenapa. Jhatkan aku? Padahal kakak ipar aku layan aku elok. Bila aku dah tak tahan bebelan mak aku, aku stresss, aku WhatsApp kakak ipar aku, cakap macam macam. Akak ipar baca dan respon ok je siap emoji Senyum.

Apa yang kakak ipar aku post di media sosial, aku sampaikan pada mak aku cakap dia habiskan duit abang aku pergi sini sana, macam2 aku buat. Bila mak aku berubah muka, aku rasa puas. Puas sangat. Jhatkan aku? Kerja jhat aku setahun lamanya, setahun tu juga akak ipar aku bersabar. Datang rumah berlagak macam tiada apa yang jadi. Senyum siap bawa buah atau makanan lagi. Abang kandung aku? Dia macam tak tahu apa apa. Aku syak kakak ipar aku pandai simpan rahsia. Bijak kan dia.

Bila aku kahwin, Allah balas sebijik dengan apa yang aku buat dekat akak ipar aku dulu. Adik ipar semua tak hormat aku. Suami aku pulak rajin herdiik aku sebab benda yang remeh. Dia panas baran rupanya, aku baru tahu lepas kahwin dengan dia,hempas barang, menj3rit tak tentu pasal, nafkah tak diberi alasan sebab aku bekerja. Mak mertua aku? Langsung tak kisah pasal aku. Tiap malam aku menangis seorang seorang. Lagi lagi dalam bilik air atau dalam tandas. Di tempat kerja aku berlakon jadi seorang yang happy.

Aku menyesal.. Menyesal yang teramat. Mak aku pulak dapat pnyakit str0k sebelah badan kiri. Yang jaga mak aku tahu siapa? Kakak ipar yang selalu jadi bahan umpatan. Dari mak aku bangun tidur sampai mak aku masuk tidur, kakak ipar aku yang settle kan. Dia sanggup berhenti kerja sebab nak jaga mak aku, dia anak yatim piatu dan ada abang di luar negara. Hebatkan balasan yang aku dapat..kalau aku boleh putar waktu, aku nak kembali di masa lalu. Ubah apa yang aku dah lakukan.

Kredit: rentas asia

Sumber : Info Terkini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.