Akhirnya dah terjawab teka teki tentang kesihatan Hafiz Suip. Rupanya ini yang terjadi pada dia sampai kurus sangat.

KEADAAN kesihatan Hafiz Suip terus menjadi tanda tanya apabila foto terbaharunya memperlihatkan bentuk badan penyanyi itu semakin susut. Menyedari kebimbangan peminat, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 31, berkata, dia berada dalam keadaan baik dan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Assalamuailakum guys… ni sikit lagi nak kembang, tunggu gim buka sahaja. “Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa yang tentukan termasuk diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, (sebab) itu kita jumpa doktor.

So far, Alhamdulillah okay guys… dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita, ” katanya menerusi Instagram. Perkongsian Hafiz di laman Instagramnya. Bersama kapsyen itu Hafiz berkongsi foto dia di depan cermin sambil menunjukkan otot di bahagian lengannya.

Dalam pada itu penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu turut berterima kasih di atas keprihatinan peminat terhadapnya dan turut mendoakan yang terbaik buat semua. “Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan anda… terima kasih di atas keprihatinan kalian.

“Saya sayang kalian sampai jannah, InsyaAllah, ” tulisnya. Sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu mendapat perhatian apabila memuat naik satu status di laman Instagram, memohon maaf di atas segala kesilapannya.

Hafiz bersama isteri dan dua anak lelakinya.

Menurut anak jati Kuching, Sarawak ini dia berbuat demikian kerana takut dengan azb Allah di hari pembalsan kelak. “Saya minta maaf jika pernah tersalah cakap, terkecilkan hati atau ada dendam yang tersimpan selama ini… maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng… tapi hakikatnya saya takut azb Allah SWT di mana suatu hari nanti apabila saya pergi menghadap illahi saya akan dihisab. “Saya tidak minta lebih, cuma doakan yang baik dan saya minta kalian bermodalkan lima minit sahaja, ada masalah… dua rakaat minta dengan Allah, itu sahaja, ” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen lanjut daripada Hafiz belum berhasil berikutan dia tidak menjawab panggilan.

Sumber : mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tertanya Tanya Tentang Hafiz Suip Gara Gara Nampak Kurus Sangat. Hafiz Suip Tampil Dengan Buat Permohonan Maaf Dan Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.

Perkongsian terbaharu menerusi hantaran foto hitam putih penyanyi Hafiz Suip mencetuskan kerisauan ramai. Malah, ada yang tertanya-tanya keadaan pelantun lagu Awan Nano itu yang kelihatan semakin susut berat badannya. “Kenapa kurus sangat ni?” demikian soalan yang ditulis kebanyakan peminat menerusi ruangan komen Instagram Hafiz.

Pada hantaran terbabit, Hafiz tampil memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azb Allah serta pemergian. “Hafiz Suip betul-betul memohon maaf atas apa yang telah dia lakukan terhadap anda sekiranya ada yang terkecil hati, tersalah cakap dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini. Maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikatnya saya takut azb Allah SWT di mana satu hari apabila saya pergi saya akan dihisab. “Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5 minit ja..ada masalah 2 rakaat mintak dengan Allah itu ja. “Jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Setelah Sekian Lama Berdiam Diri. Kini Hafiz Suip Dedahkan Detik Sukar Apa Yang Terjadi Sebenarnya.

Hampir lima tahun kelibat Hafiz Suip tidak kelihatan dalam gelanggang industri muzik tanah air. ‘Kehilangan’ juara Akademi Fantasi (AF) musim ke-7 ketika namanya gemilang di puncak menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. Apa punca Hafiz menyepii dari bidang seni suara? Benarkah penyanyi berusia 29 tahun itu sudah mula kehilangan pengaruh?

Dalam satu pertemuan dengannya baru-baru ini, penyanyi kelahiran Sarawak itu menjawab persoalan yang diajukan kepadanya. Mengakui namanya agak ‘tnggelam’ dalam lambakan penyanyi baharu, Hafiz berkata, menyepi dari bidang nyanyian bukanlah pilihannya. Sebaliknya, dia yang pernah masyhur dengan lagu Bahagiamu Deritaku dan Awan Nano berkata, sepanjang tiga tahun ‘menghilang’ itu dia melalui jalan yang sukar dalam mencari ilham untuk menulis lagu. Dalam nada yang seb4k dan luluh, Hafiz mendedahhkan bagaimana fasa itu tambah memeritkan apabila beberapa kali lagu yang digubahnya tidak diterima untuk dipasarkan.

“Apabila saya bagi lagu saya (kepada syarikat rakaman) sesetengah pihak mengatakan lagu itu bukan untuk pendengar-pendengar zaman sekarang. Saya tidak tahu apa penyelesaiannya. Namun, saya percaya semua yang berlaku bergantung pada rezeki… ada masa kita berada di bawah dan ada masa kita berada di atas,” kata Hafiz berkongsi perasaan dengan Astro AWANI.

Ketika industri hiburan dibanjiri dengan bintang-bintang baharu yang digelar sebagai ‘Budak Baharu Nak Up’ (BBNU), Hafiz tidak pula gelisah atau berkecil hati hanya kerana golongan itu mengambil alih kedudukannya dan sebilangan rakan-rakannya. Sebaliknya, sebagai seorang yang berfikiran positif, Hafiz yang juga bapa kepada Muhammad Riyadh Zefri, 2, berkata, fenomena BBNU merupakan suatu yang positif untuk perkembangan industri muzik.

“Untuk menaikkan nama memang senang tetapi untuk kekal berada di atas sesuatu yang mencabar dan itu merupakan cabaran besar di dalam industri hiburan pada hari ini” ujar Hafiz lagi. Dalam pertemuan itu, Hafiz turut berkongsi mengenai single terbaharunya berjudul Kisah Cinta Kita yang disifatkannya sebagai buah tangan sempena kemunculan semulanya dalam arena seni suara. Single ciptaan Ayden Ali dan Ikhwan Fatanna itu sudah dua bulan dipasarkan secara digital.

Sementara muzik video lagu berkenaan yang dimuat naik di laman YouTube sehingga kini telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta. Kepada peminat-peminat Hafiz, anda kini berpeluang menonton penyanyi kesayangan anda mencuba nasib sebagai pembaca berita. Di saluran Astro AWANI, Hafiz menyertai rakan-rakan artis popular lain sebagai penyampai berita kisah-kisah masyarakat dalam slot Komuniti AWANI pada setiap malam pada jam 8:15 malam.

Sumber: Astr0awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Ini Terpaksa Ambil Tindakan Kasar Untuk Mendidik Rakan Yang Susah Bayar Hutang. Tapi Mampu Pula Untuk Beli Sesuatu Ini.

Wanita ini berdepan dengan dugaan ketika mahu meminta rakannya melangsaikan hutang yang sudah lama tidak dibayar. Sebaik mana pun hubungan persahabatan dengan seseorang, namun disebabkan hutang, tidak mustahil boleh berakhir dengan ‘putus kawan’.

Mungkin ada yang menganggap meminjam wang daripada rakan sendiri bukanlah isu besar kerana boleh saling bertolak ansur. Namun dalam keadaan tertentu ia boleh bertukar menjadi masalah apabila si peminjam culas untuk melunaskan hutangnya, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar.

Menerusi coretan di laman IIUM Confession, pelayar berkenaan berkongsi betapa dia serik untuk memberikan pinjaman kepada rakan selepas satu peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu. Pelayar tersebut juga menceritakan betapa sukarnya dia menagih kembali hutang daripada rakan yang pernah bersahabat baik, sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk dilunaskan.

“Tahun 2016, saya baru sahaja habis degree. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama saya dapat bekerja di sebuah retail company terkenal. Berkenalanlah dengan colleagues dari semua department di sini. Mungkin sebab ini ialah perkerjaan pertama saya seumur hidup waktu tu jadi perasaan ingin disenangi oleh semua orang tu membuak-buak. Ada seorang akak ni yang saya agak rapat juga kerana sama perangai gila-gila, saya gelarkan ‘Kak A’. Ringkasnya, Kak A ada tiga orang anak yang masih bersekolah waktu tu. Perwatakan sangat friendly dan riuh-rendah; saya mula rapat sebab ciri-ciri kami sama,” ceritanya sambil menambah, wanita tersebut juga bukan seorang yang kedekut atau berkira dengan rakan-rakan.

Namun pada penghujung 2016, rakan yang digelar Kak A itu terlibat dengan kejadian yang tak diingini di jalan raya dan bermula dari detik itulah, kepercayaan terhadap rakannya itu mula terhakis. Menurut pelayar berkenaan, Kak A menyuarakan hasrat untuk meminjam wang bagi membaiki kerosakan kereta akibat kejadian tersebut.

“Disebabkan sehingga perkenalan kami di situ saya lihat Kak A ni jenis yang saya kira bertanggungjawab, saya pun percaya dan beri pinjam wang sebanyak RM1,500. Kak A berjanji akan selesaikan dalam dua kali bayaran (RM750 setiap kali) bermula Januari 2017. Awal Januari 2017, branch kami perlu dibubarkan sementara dan kakitangan dihantar ke outlet-outlet yang berlainan. Disebabkan kecoh dengan pertukaran dan penempatan inilah, saya terus terlupa mengenai bayaran yang sepatutnya saya terima dari Kak A. Kami tidak ke outlet yang sama, bahkan semakin jauh terpisah,” ceritanya.

Namun ujarnya, dia masih bertolak ansur dan memberi peluang kepada Kak A, malah menyedapkan hati sendiri berkemungkinan wanita itu memerlukan wang untuk perbelanjaan anak-anak bersekolah.

Mungkin cara saya kasar, tapi saya nak tutup chapter ini cepat-cepat. Bila dah digertak macam ni, baru dia mula bank-in duit saya.

“Februari 2017, Kak A tiba-tiba bank-in kepada saya RM500. Separuh hati saya mencebik sendirian; janji RM750 dengan dua kali bayaran. Syukurlah ada juga nampak inisiatif Kak A nak membayar. Waktu ni saya dah mula dengar cerita kurang enak mengenai Kak A. Malas nak ambil pusing sangat kerana saya rasa saya kenal bagaimana dirinya; asalkan dia bayar duit yang dia pinjam, saya okay,” kongsinya.

Namun selepas membuat pembayaran pertama, langsung tiada khabar berita daripada wanita berkenaan sehinggalah penghujung tahun 2017. Menurutnya, Kak A sering memberikan alasan setiap kali dia menghubungi untuk bertanyakan mengenai bayaran hutang yang masih berbaki. Tambahnya, memandangkan ketika itu juga dia mengalami masalah kesihatan, maka hutang Kak A dilupakan seketika untuk memberi tumpuan kepada proses penyembuhan.

“Awal 2018, saya masih dalam proses recovery. Mak bawa saya keluar makan di sebuah restoran yang agak jauh dari rumah kami. Restoran ini unik kerana pelanggan dibolehkan untuk menulis nama mereka menggunakan pen marker khas yang disediakan.

“Tiba-tiba, saya terpandang nama yang seiras nama Kak A. Tapi, kebetulankah kalau nama yang tertera adalah nama Kak A, suami dan ketiga-tiga anak mereka? Terus teringat akan hutang dia dengan saya. Seringkali beritahu saya tak ada duit, tapi makan dengan satu family boleh pula? Restoran itu pun harga makanannya boleh tahan. Pulang saja ke rumah, saya terus hubungi Kak A dan bertanya baki hutang saya RM1,000. Dia balas mesej saya dengan ‘oh ada lagi ke?’. Allahu,” luahnya yang jelas kecewa.

Enggan diri terus diperkotak-katikkan, pelayar ini akhirnya mengambil keputusan untuk membawa perkara tersebut ke Mahkamah Tuntutan Kecil. “Saya hantar screenshot borang tersebut serta butiran dan hantar pada Kak A. Mesej saya mudah; bayar atau saya bawa ke mahkamah. Bahan bukti mesej dan penyata bank saya ada.

“Mungkin cara saya kasar, tapi saya nak tutup chapter ini cepat-cepat. Bila dah digertak macam ni, baru dia mula bank-in duit saya. Bank in RM100 je. ‘Ni je akak mampu’ katanya.

“Saya beri peluang RM100 setiap bulan. Akhirnya saya selamat menagih kembali wang saya sepenuhnya pada Disember 2018. Lepas sahaja saya confirmkan bank-in Kak A yang terakhir, saya terus block nombornya. Penat dan sedih, betapa susahnya nak tuntut kembali hak saya. Dan dia yang saya anggap macam kakak sendiri tergamak buat macam tu. Peribahasa Melayu lama itu betul; buat baik berpada-pada. Harap kita semua lebih berwaspada pada masa akan datang,” tulisnya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *