Ramai yang tak puas hati bila hampir 256 pekerja kilang Ayer Keroh disahkan positif covid 19. Rupanya ini punca buat ramai yang terkedu.

Kes Covid-19 membabitkan sektor perindustrian masih belum reda dan terbaru seramai 256 pekerja di lima buah kilang di Ayer Keroh Melaka disahkan positif. Difahamkan, jumlah itu membabitkan lima kluster di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) negeri, Ramli Mohd. Ali, daripada jumlah tersebut, seramai 180 adalah pekerja warga asing. Jelasnya, susulan itu keseluruhan lapan buah kilang terlibat telah diarahkan ditutup selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“Sehingga kini seramai 256 pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh ini didapati positif Covid-19 selepas tercetusnya kluster baharu di kawasan itu pada Mei lalu. “Seramai 180 daripada merupakan pekerja warga asing, manakala baki adalah penduduk tempatan,” katanya menerusi laporan Kosmo Online, semalam.

Tambahnya, kesemua semua pekerja yang positif telah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta yang ditetapkan. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang bengang dengan isu berkenaan kerana syarikat masih enggan menghentikan

operasi buat sementara waktu. “Lagi kes kilang, sekali kena ratus-ratus” “Tak tahu nak cakap apa, sekali kena terus 256 weh” “Apa nak jadi kalau macam ni, bila nak ke fasa 2,” tulis beberapa warganet.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.