Tak henti henti nak salahkan kerajaan. Kini Zahid Hamidi tampil umum 7 kegagalan kerajaan. Sekali siap suruh Muhyddin buat macam ni lagi.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditamatkan serta merta. Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tujuh kegagalan kerajaan yang digariskan sebagai syarat utama sokongan Umno terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin.

“Berpandukan tujuh perkara itu ternyata bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin gagal memenuhi segala garis panduan yang dikemukakan oleh Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) pada 11 Mac 2020, sebagai syarat meneruskan sokongan. Berpandukan kepada tujuh kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta merta, ” ujar beliau menerusi sidang media pada awal pagi Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak agar Muhyiddin berundur dengan cara terhormat bagi membolehkan calon baharu dilantik memegang jawatan itu.

“Justeru, Umno mendesak agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad. Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

“Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Terdahulu pada Rabu petang, d​​ilaporkan 30 Ahli Parlimen Umno didakwa bersetuju sekiranya Ahmad Zahid melepaskan jawatannya sebagai presiden dalam parti itu. Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, Ahmad Zahid perlu mencontohi pemimpin parti terdahulu yang mengundurkan diri ekoran terlibat dengan kes rasv4h di mahkamah.

Ahmad Zahid sebelum ini turut menghadapi krisis kepemimpinan selepas 25 anggota Parlimen Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) yang mendakwa mereka telah kehilangan kepercayaan terhadap beliau sebagai presiden.

Ketua Umno Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin berkata mesyuarat Majlis Tertinggi harus mempertimbangkan untuk menangguhkan tugas Ahmad Zahid sebagai presiden parti buat sementara waktu sehingga beliau dapat memberikan jawapan dalam beberapa isu. Ia termasuklah usaha kononnya untuk berkolaborasi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentang kehendak akar umbi Umno.

Video :

https://www.instagram.com/p/CRCPuq4AJOG/?utm_source=ig_embed&ig_rid=01d05c55-b476-495a-a462-ec5752f326a9

Berikut merupakan tujuh kegagalan yang disebutkan oleh Ahmad Zahid:

1. Kegagalan Kerajaan menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemvrvngan serius rakyat.

2. Kegagalan Kerajaan dengan menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara, sekaligus menafikan suara Umno yang sejak dari awal membantah keras proklamasi tersebut.

3. Kegagalan Kerajaan untuk mempertahankan sistem demokrasi Berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela terutamanya dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan dan segala usaha vaksinasi.

4. Kegagalan Kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori. Ini termasuklah tuntutan Moratorium 2.0 tanpa caj/faedah terakru, dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam), skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti BPR, BPN dan BKC yang lambat dan amat terhad.

5. Kegagalan Kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bvnvh diri.

6. Kegagalan Kerajaan mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik.

7. Kegagalan Kerajaan yang jelas memperkotak-katikkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini yang Dafi luahkan setelah Ismail Sabri dilantik sebagai TPM. Biar betul Ismail Sabri selalu tanyakan soalan macam ni pada Dafi.

Penyanyi dan pelakon Dafi gembira dan berbangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta hari ini. Dafi ketika dihubungi berkata, dia dan seluruh anggota keluarga sentiasa menyokong penuh kerja keras yang dilakukan bapanya untuk negara.

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik. Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,” katanya.

Dafi berkata, sebagai anak dia melihat sendiri keadaan bapanya dan kagum dengan kerja kerasnya selama ini. “Saya harap dia mampu menggalas jawatan ini dengan sebaik mungkin serta terus cemerlang dalam kerjayanya,” katanya.

‘Semoga papa terus cemerlang’ – Dafi

Menurut Dafi, walaupun tidak ramai yang menghargai segala usaha keras yang dilakukan bapanya selama ini, namun dia melihat sendiri bapanya bekerja tanpa mengenal erti penat.

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja. Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,” katanya.

Dafi berkata, Ismail selalu bertanya kepadanya jika ada menerima mesej peribadi atau terbaca apa saja keluhan atau masalah daripada orang ramai. “Dia seboleh mungkin cuba nak tahu apa lagi keluhan yang dihadapi dan mahu cuba membantu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Ahli Parlimen Bera itu akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini. Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ismail juga kekal dengan portfolio Menteri Pertahanan.

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dafi dikritik oleh warganet hanya sebabkan komen yang dianggap kurang cerdik terhadap Elyana. Sekali Elyana dedahkan perkara sebenar ini

Menurut Elyana yang dihubungi berkata dia bersyukur selepas beberapa hari menjalani r.awatan radioterapi itu, keadaan kes.ihatannya terkawal. “Alhamdulillah, kes.ihatan saya masih terkawal. Cuma, sekarang ini saya kena selalu guna b.antuan oksigen sebab pernafasan belum okay lagi. Ditambah, saya pun ada b.atuk.

“Setakat ini, saya juga masih lagi dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam kerana berat badan saya yang kurang sebanyak 35 kilogram. Jadi, susu ini sangat memb.antu untuk saya bertenaga. Selain susu, saya turut dibekalkan oleh doktor u.bat tambah selera makan untuk memastikan berat badan dapat bertambah. Maklumlah, saya sekarang tinggal t.ulang dengan kulit saja sebab dah tak ada isi sangat,” katanya.

Terdahulu, pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram memaklumkan dia nekad menjalani r.awatan radioterapi itu untuk kesembuhan sakit barah demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak. Menurut Elyana, dia perlu melakukan r.awatan radio.terapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin mer.osot.

“Walau apapun c.abarannya, saya akan cuba harungi kerana nak sembuh dan sihat demi anak-anak. Saya masih lagi nak bermain-main dengan mereka dan saya tak mahu terbaring saja kerana rasa l.emah dan cepat penat. Selain itu, doktor pun tahu yang saya taknak melakukan k.imoterapi kerana r.awatan itu membuat saya bertambah s.akit dan jadi lemah. Oleh itu, saya buat keputusan untuk r.awatan radioterapi saja,” katanya.

Sepanjang berada di h.ospital untuk r.awatannya, Elyana kini kelihatan semakin bertenaga. Selain itu, dia juga banyak mendapat hadiah dan kata-kata semangat daripada keluarga, rakan artis dan peminat setianya. Elyana yang rajin membuat bual bicara langsung di Instagram untuk berkongsi keadaan terkini kepada pengikut dan peminatnya, turut berterima kasih pada semua orang yang banyak mendoakan kese.mbuhan buat dirinya.

Umum mengetahui keadaan kes.ihatan penyanyi Elyana dan ramai yang telah menitipkan kata-kata semangat termasuk rakan-rakan selebriti. Namun yang menarik perhatian adalah komen penyanyi Dafi kepada Elyana yang kemudiannya dim.anipulasi oleh seorang warganet.

Komen Dafi yang bertujuan memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu telah dibalas seorang pengikut sehingga meli.batkan bapanya, Menteri Pert.ahanan, Datuk Seri Ismail.

“Get well soon babe! Nanti kita lepak makan-makan okay…tapi kau yang mssak tau..hehehe..miss u,” tulis Dafi. Bagaimanapun beberapa pengikut telah menulis komen balas seperti tidak berpuas hati gara-gara ayat Dafi mengajak Elyana ‘lepak makan-makan’.

Menerusi ruangan sama ramai pengikut lain menasihati warganet tersebut supaya tidak sewenang wenangnya kerana Dafi hanya memberikan kata-kata semangat buat Elyana. Elyana juga dilihat tidak berdiam diri malah memberikan respons dan meminta Dafi supaya tidak terkesan dengan komen yang dianggap kurang cerdik.

“Dafiismailsabri Dafi, jangan hiraukan comment kurang pelajaran tu ya.. Kepada warganet, orang yang korang p.erli ni la yang ingat untuk mendokan saya dia depan Kaabah tanpa saya minta.

“Dia juga la yang buat surprise hantar s.uppliment yang dirasakan bagus untuk saya tanpa saya minta. Dia orang yang baik,” komennya yang telah mendapat hampir 600 tanda suka. Komen tersebut kemudiannya dibalas tenang oleh Dafi. “Elyanaofficial1 yang penting kita tau friendship kita kan babe..Tak diaorg suka-suka je tu…aku ok je…,” balas Dafi disertakan emoji senyum.

Sehingga hari ini Elyana sudah enam hari menjalani r.awatan radioterapi kerana sakit k.anser li.mfoma tahap empat dihidapinya masih lagi memerlukan b.antuan oksigen untuk bernafas. Bernikah dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani, kini berusia dua tahun.

Sumber : Online malaya.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kantoi gambar Dafi Ismail dalam program hiburan yang tak patuhi sop. Sekali ini pula kata kata dari Ismail Sabri.

TIADA siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika tak patuhi peraturan sepanjang tempoh sekatan perjalanan penuh, termasuk anak saya, demikian kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu memberi jaminan bahawa pelaksanaan perundangan negara akan dilaksanakan secara adil kepada semua pihak. Beliau berkata demikian susulan kritikan melibatkan program realiti televisyen yang menampilkan selebriti sebagai juri termasuk anaknya, Gaddafi Ismail Sabri atau lebih popular dengan panggilan Dafi kerana dikatakan tidak mematuhi SOP bagi membendung penyebaran C0vid-19.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan siasatan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang. “Tindakan akan diambil jika ada yang tidak patuhi SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika individu itu anak saya,” katanya kepada Malaysiakini pada Rabu.

Episod pertama program hiburan, All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada Ahad lalu, mendapat kritikan pengguna media sosial yang mendakwa program tersebut telah tidak patuhi SOP kerana beberapa selebriti tidak memakai topeng muka.

Pada Selasa (8 Jun), Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir mengarahkan supaya siasatan dibuat ke atas program hiburan terbitan Astro susulan dakwaan tersebut. Stesen televisyen swasta itu kemudian menangguhkan tayangan program realiti itu buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, sebarang perkembangan mengenai program hanya akan diketahui setelah siasatan selesai.

Tiada Kertas Siasatan Dibuka

PETALING JAYA – Tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh selebriti yang terlibat dalam rakaman program realiti All Together Now Malaysia yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati rakaman program tersebut telah dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan bahawa program pencarian bakat terbaharu itu terpaksa dihentikan siaran buat sementara waktu sehinggalah siasatan berhubung dakwaan berlakunya tidak patuhi SOP selesai.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

MKN turut dilaporkan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan tersebut selepas dakwaan pelanggaran SOP tular dalam media sosial yang akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Terdahulu, program tersebut tular di laman media sosial selepas ramai warganet tidak berpuas hati dengan cara rancangan tersebut yang didakwa dilaksanakan ketika negara sedang dilanda pandemik.

Rata-rata warganet berpendapat, program tersebut tidak mematuhi SOP kerana barisan selebriti yang bertindak sebagai juri tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

Program All Together Now Malaysia yang disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One

Program All Together Now Malaysia dihentikan siaran sementara waktu selepas didakwa tidak patuhi SOP PKPP.  Nama anak Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tersenarai

Berikut Senarai 50 Juri Bagi Program All Together Now Malaysia 2021. Datuk AC Mizal (Ketua Juri), Ernie Zakri,Syamel, Mark Adam, Erra Fazira, Noryn Aziz, Tuju K-Clique,Siti Nordiana, Zizan Razak. Khai Bahar. Jaclyn Victor. Zizi Kirana, Tabby Dolla, Shiha Zikir,

Sissy Iman, Bob Yusof, Nana Mahazan, Linda Nanuwil, Andi Bernadee, Chubb-e, Catriana Ross, Sarah Suhairi, Ifa Raziah, Ainaa Abdul, Mimi Fly, Azzam Sham, Dafi Ismail, Ara Johari, Azira Syafinaz, Liza Hanim, AzfarHeri, Acong, Joey Daud, Angel Dolla, Yusuf Bahrin, Yaya Zahir, Kelly Azman, Jad Lobo, Harith Zazman

Kaka Azraff, Haniff Hamzah ERA, Falyq Hikyle SINAR, Ean HITZ, Suresh RAAGA, Neeta Manisha, Kidd Santhe, Thanuja, Vanessa Reynauld, Daniel Cheong, Alvin Chong