Disebabkan ibu mertua yang buat benda ni sekali nama Mira Filzah yang terpalit juga. Terkejut bila ada yang komen sampai macam ni.

Sejak Sabtu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid yang mendedahkan bahawa isu mengenai terdapat keluarga terputus bekalan makanan di kawasannya adalah tidak benar.

Mastura Nafi Ada Keluarga Yang Terputus Bekalan Makanan

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu rakaman panggilan telefon seorang lelaki yang menghubungi Suria FM apabila menceritakan sebuah keluarga yang berada dalam keadaan menyedihkan.

Susulan itu, pihak Mastura telah berkunjung ke rumah keluarga tersebut bagi melihat keadaan serta mendapatkan penjelasan lanjut namun keluarga berkenaan menafikan bahawa mereka berada dalam situasi sesukar itu dan menerima bantuan.

Biarpun isu tersebut sudah selesai, namun sebaliknya pula yang berlaku apabila Mastura teruk dikritik oleh warganet berikutan dia dikatakan tidak pernah ‘turun padang’ melihat situasi penduduk di parlimen nya dan hanya ‘turun’ bagi untuk menyelesaikan k3s ini yang dilihat mencemarkan nama baiknya.

Mira Filzah Turut dikritik

Lebih mengejutkan, nama menantunya yang juga pelakon dan pengacara popular Mira Filzah turut dikritik berikutan isu tersebut. Bagaimanapun, segelintir daripada mereka bertindak mempertahankan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman, 28 kerana beranggapan dia tidak bersalah dan terpalit hanya kerana berkahwin dengan anak Mastura, Wan Emir Astar,31.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Parlimen Kuala Kangsa, mereka memandang serius berkenaan isu seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Malah, pihaknya turut meminta orang ramai memastikan terlebih dahulu sebarang berita atau khabar angin sebelum dikongsikan kepada umum.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kantoi video Mira Filzah dah mula aktif di tiktok. Sekali sampai macam ni sekali ibunya komen bila dah kantoi.

Nampaknya pelakon Mira Filzah kini sudah mula aktif di TikTok sehingga dilihat telah membuat bermacam-macam video di aplikasi berkenaan. Jika sebelum ini ramai yang terkejut melihat aktres berkenaan mempunyai akaun TikTok, tapi kini tidak lagi apabila beliau turut dilihat sangat enjoy membuat video.

Akhirnya Terjebak, Peminat Teruja Mira Filzah Kini Kembali Aktif Dalam Aplikasi TikTok Menghiburkan Peminat. Lebih menarik lagi, aksi Mira bermain TikTok turut mendapat perhatian ibunya sehingga membuatkan beliau ‘terkantoi’.

Video yang menunjukkan Mira melakonkan semula scene dalan filem Kuch Kuch Hota Hai turut dimuat naik di laman Instagram miliknya. Ibu Mira iaitu Faizatul Akmar Hisan turut menonton video tersebut dan tinggalkan komen yang mengejutkan.

Video:

https://www.instagram.com/p/CQbDqQRB_Dy/

Mira turut terkejut membaca komen ibunya dan melarang ibunya melihat videonya itu. Kelakar lah Mira siap tak bagi mak tengok lagi tu! Maklum lah, Mira kan peminat lagu dan filem Hindustan jadi tak terkejutlah kalau Mira memang enjoy buat video kan. Lepas ni boleh lah buat video TikTok dengan Wan Emir kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: fm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Ramai yang bertanyakan baju yang boleh menutup aurat semasa mengambil vaksin. Sekali ini respon dari Mira Filzah buat ramai terharu.

Pelakon popular, Mira Filzah sempat memberikan peringatan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian yang sesuai serta mudah ketika hari vaksinasi. Perkara tersebut dijelaskan pelakon Sweet Dreams itu menerusi Insta Story selepas ditanya seorang peminat mengenai persalinan sesuai untuk dikenakan ketika mengambil vaksin. Mira berkongsikan pengalaman memandangkan dia baru sahaja mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

“Mira pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Tapi Mira pakai juga arm socks, supaya bahagian nak cucuk sahaja yang terded4h. Lengan tak terded4h. “Kebetulan dalam cubicle ni, ada seorang pegawai perubatan lelaki, seorang lagi perempuan. Lega Mira pakai arm socks daripada rumah,” kongsinya. Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, ada berkongsikan pengalaman dan suasana ketika menerima suntikan vaksin dos pertamanya itu.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Elfira Loy, Azira Shafinaz, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Neeta Manis, Datuk A. Aida dan ramai lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lama menyepi Marsha akhirnya dedahkan dirinya positif covid 19. Rupanya ini alasan dia rahsiakan dirinya positif covid 19.

Tampil untuk menghentikan spekulasi ke atas dirinya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh telah disahkan menghidapi covid-19 pada awal Mei baru ini. Marsha yang disahkan positif mula mendapatkan rawatan insentif di hospital Ja’afar, Seremban sebelum dipindahkan ke hospital Pantai, Bangsar.

Ekoran situasi tersebut Marsha memberitahu dia terpaksa merahsiakan hal yang sebenar disebabkan oleh nasihat daripada doktor mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.

Ini Rupanya Kenapa Marsha Cuba Rahsiakan

Dipetik dari Berita Harian, Marsha memberitahu keadaan fizikal dan mentalnya menjadi sangat lemah selepas mengetahui keadaan yang sebenar. “Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah.

“Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera,”katanya kepada BH Online.

Pelakon ini juga berkongsi mengenai keadaan emosinya yang tidak stabil dan terjejas dengan teruk serta bimbang dengan keadaan yang dihadapinya.

Kongsi Pengalaman Sebagai Salah Seorang pes4kit c0v1d-19

Melihatkan keadaan yang semakin pulih dan sedang menjalani proses kuarantin, Marsha mengatakan dia sangat bersyukur dan lega apabila keputusan ujian calitan suaminya negatif.

Pada masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa sedih apabila bapa mentuanya menjadi salah satu krbn covid-19 pada baru-baru ini.

Apabila bertanyakan mengenai pengalamannya, Marsha berkongsi pada awalnya dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas, hilang deria bau dan rasa pada bahagian mulut, serta sakit kepala.

Pelakon kepada drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menyeru agar setiap rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berada di luar rumah.

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *