Muat naik foto terbaru. Sekali ramai lelaki gatal yang komen dekat ig Azira Shafinaz. Rupanya sampai macam ni sekali gambar yang baru tu.

SETIAP perkara yang dilakukan pasti mengundang perhatian ramai. Itulah harga yang perlu dibayar apabila sudah bergelar seorang selebriti. Terbaharu, foto yang dimuat naik Azira Shafinaz jadi tumpuan kerana dikatakan telah ‘menggda’ pandangan ramai.

Difahamkan, foto-foto tersebut dimuat naik bagi mempromosikan sebuah jenama tas tangan terkenal. Belek punya belek, rupa-rupanya foto yang dimaksudkan warganet ialah aksinya yang dikatakan tidak sesuai tayangan umum.

Menurut warganet, foto yang memaparkan bahagian belakang Azira itu dilihat kurang sopan, malah ada juga mempersoalkan mengapa gambar tersebut perlu dimuat naiknya. “Rasanya foto terakhir itu tak perlu kot muat naik,” tegur seorang warganet.

“Ini sengaja nak menunjuk ke apa?” soal seorang lagi pengikut Instagramnya. Tidak kurang juga, ramai lelaki miang turut tinggalkan komen-komen tak senonoh. Amboi, tulis komen tak pandang kiri-kanan sungguh.

Memang seriau lihat komen mereka. Mungkin pada pandangan Diva, foto ini terlihat biasa tetapi bagi warganet terutama golongan lelaki pula sebaliknya. Apapun, kawallah jari daripada menulis komen yang bukan-bukan dalam Instagram orang lain. Kalau Azira viralkan, nanti malu pula. Jangan sampai Mamu pula ‘sound’ anda!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Azira muat naik gambar terbaru. Sekali ramai yang ingat Sharnaz tak ada peluang tapi bila tengok Azira komen macam ni buat ramai yang berharap.

Ini bukan pertama kali nama Azira Shafinaz dan Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan hangat di media sosial. Malah, nama mereka sering kali digandingkan sejak beberapa bulan yang lepas lagi.

Ditambah pula dengan “cuitan” daripada rakan-rakan artis dan kemesraan yang ditunjukkkan di ruangan komen, lagi “meriah” lah warganet berkata-kata. Terbaru, Azira ada berkongsikan gambar di laman Instagram miliknya di mana dia memegang sebotol pewangi

dengan kapsyen “Missing your smell, thank god I have Frederic Malle”. Apa yang menjadi perhatian dan penantian warganet selepas itu adalah komen daripada Sharnaaz. Selalunya, Sharnaaz akan komen pendek-pendek atau berikan emoji menggoda seperti kiss dan sebagainya namun di posting kali ini panjang sedikit komen Sharnaaz.

Selepas membaca kapsyen Azira, Sharnaaz membalas “Not my fragrance and smell”. Rata-rata warganet yang melihat komen Sharnaaz mula-mula agak kecewa dan sudah bersedia untuk “mengundurkan diri” dari berharap dengan hubungan ini namun Azira kemudian dilihat membalas kembali  komen tersebut dengan nama pewangi yang selalu dipakai oleh Sharnaaz.

Ini membuatkan warganet kembali bertanya-tanya, “kawan ingat bau perfume ke?”. Sharnaaz kemudian hanya membalas kembali dengan emoji ‘kss‘ dan ini menambah kepada pertanyaan ramai.

Kemesraan mereka di media sosial bukan satu perkara yang baru. Malah, jika nak dilihat pasangan ini ramai penyokong dan peminatnya. Rata-rata memang berharap ada “sesuatu” antara mereka.

Namun, kedua-dua pihak Sharnaaz dan Azira tidak mahu lagi membuka mulut tentang status mereka. Antara yang menjadi jawapan adalah mereka hanya kawan. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat Azira dan Sharnaaz. Jika ada jodoh tak ke mana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Wajah Azira Shafinaz ada bayangan macam bekas isteri. Azira muat naik foto di laman ig sekali peminat teruja tunggu Sharnaaz Ahmad beri komen emoji hati.

Tidak salah jika seseorang itu ingin menyemai semula putik-putik cinta meskipun mencari pengganti untuk mengubati hati itu bukan mudah. Biarpun, cinta dikatakan memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan, hal yang demikian kerana tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jinjang pelamin.

Ada yang bertahun-tahun menyulam cinta, namun tidak tertulis dia jodohnya kasih tetap terlerai juga. Apa yang pasti, mendoakan seseorang untuk disatukan jodoh itu satu usaha yang baik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.

Memuat naik gambar di laman Instagram,  penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz dihujani komen-komen nakal berhubung aktor tampan kelahiran Pulau Pinang itu. Menjengah ke ruangan komen,

rata-rata peminat begitu teruja menantikan kehadiran “mesej cinta” daripada Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra disapa Mamu setelah berkali-kali mempamerkan perhubungan mesra di antara mereka dikhalayak umum.

Terdahulu Sharnaaz  ada tinggalkan emoji kiss dalam satu hantaran foto Azira di laman Instagram. Reaksi Sharnaaz dikatakan terus memberi bayangan tentang hubungan istimewanya dengan selebriti jelita Azira ini.

Gara-gara mereka ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama dan dilihat secocok, ramai yang beranggapan bahawa Azira ini mampu menjadi pengganti suri hati buat Sharnaaz setelah berpisah dengan bekas isteri, Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti terkenal.

Meskipun, Azira acap kali diusik oleh Sharnaaz ketika bersama  secara langsung menerusi Live Instagram, dia hanya tersenyum dan tidak mempamerkan reaksi yang berlebihan sehingga dikatakan mengundang kontroversi.

Menurut sumber sebuah laporan berita, Azira sememangnya mengakui bahawa dia berkawan baik dengan semua rakan selebriti termasuk Sharnaaz. “Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz”

Wah sweet betul diorang ni, tak apalah kita doa yang baik-baik sahaja. Mana tahu doa-doa peminat buat Azira ini mustajab kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram Azira Shafinaz

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Lepas Tular Tentang Khabar Angin Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah. Dalam Diam Rupanya Sampai Macam Ni Luahan Sharnaz Ahmad.

KHABAR angin bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bertiup kencang. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin). “Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa. Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia. “Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya. Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah. Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Tentang Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah Esok. Tak Boleh Berdiam Sekali Tuan Badan Sendiri Tampil Bersuara Komen Pasal Isu Ini. Sampai Macam Ni Sekali Respon Noor Nabila.

Kontroversi hubungan Noor Nabila, kakak kepada selebriti popular, Neelofa semakin panas apabila ada yang mengatakan dia bakal dinikahkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin esok.Wow, adakah ini benar? Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia. Hubungan Nabila menjadi rapat dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen..” Demikian jawapan ringkas kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor mengulas desas-desus dipercayai diperkatakan warganet mendakwanya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal diijabkabulkan, esok.

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. “Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya kepada BH Online. Sebelum ini foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.

Mereka juga dikatakan keluar bersama apabila Engku Emran sendiri berkongsi gambar yang menunjukkan bayangan wajah Nabila di dalam kereta bersamanya. Well, tiada kata putus daripada kedua pihak, sama-sama kita nantikan! Apa pun moga yang terbaik buat kedua mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Bharian

Ramai Yang Terkejut Bila Engku Emran Muat Naik Foto Dalam Kereta Dan Nampak Noor Nabila Ada Sekali. Warganet Nak Komen Tapi Ini Yang Enku Emran Buat.

Khabar angin tentang hubungan cinta antara kakak selebriti terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila dengan usahawan Engku Emran bertiup semakin kencang. Ia berikutan akhbar Harian Metro pada 11 Mac 2021 melaporkan bahawa Nabila belum bersedia membuka mulut tentang kisah itu, namun tidak pula menafikannya.

Malah pada 12 Mac 2021, Engku Emran melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran. Foto yang dikongsikan itu menunjukkan skrin sentuh di dalam kereta memaparkan lagu yang sedang dimainkan. Namun menariknya, pantulan daripadan skrin tersebut menunjukkan kelibat Nabila berada di dalam kereta berkenaan.

Engku Emran sekadar menulis ringkas di ruangan caption:- “Choppy until you came along” Bagaimanapun ruangan komen untuk perkongsian tersebut telah ditutup. Hmm, nampaknya memang ada ‘sesuatu’ antara mereka. Kami di Hot FM mendoakan semoga berita baik akan disampaikan oleh kedua-dua mereka ini.

Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun perkahwinan itu berakhir pada Julai 2020. Engku Emran pula pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama selebriti terkenal Erra Fazira, dan juga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Bagaimanapun, kedua-dua ikatan perkahwinan berkenaan berakhir dengan perpisahan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : hotfm

Hangat Diperkatakan Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Bertunang. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Noor Nabila Tampil Buka Mulut Luahkan Sesuatu.

Hangat diperkatakan mengenai dakwaan sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran, kakak kepada selebriti iaitu Noor Nabila akhirnya tampil membuka mulut meminta agar diberikan ruang. Nabila berkata dia akan berkongsikan lebih lanjut apabila tiba masanya nanti dan berharap permintaannya itu diterima baik serta dihormati oleh semua pihak.

“Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik. Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.

Kata Nabila lagi, dia belum bersedia bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya kepada umum kerana ketika ini anak tunggalnya, Jebat Jayden adalah fokus utamanya. “Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.

Kredit: Harian Metro

Gosip Tentang Cinta Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Tersebar Hingga Ke Indonesia. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Kata Kata Noor Nabila Kepada Semua Yang Tertanya Tanya.

Belum cukup sehari, kisah cinta antara Noor Nabila, 37, dan Engku Emran, 46, mula mendapat perhatian warganet di negara seberang, Indonesia. Sejak semalam, spekulasi hubungan Noor Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami Laudya Cynthia Bella itu tular dalam pelbagai platform media sosial terutama aplikasi TikTok.

Malah, ada juga pengguna TikTok yang membuat kenyataan mendkwa Noor Nabila dan Engku Emran sudah bertunang. Tangkap layar salah satu akaun TikTok yang memuat naik gosip Noor Nabila dam Engku Emran. “Engku Emran iaiatu mantan(bekas) suami Laudya dikhabarkan sudah bertunang,” tulis salah seorang pengguna TikTok @adnan_ri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *