Sembuh selepas 38 hari dijangkiti Covid 19. Puteri Sarah teruja selepas divaksin.

Pelakon Puteri Sarah berkongsi keterujaan apabila menerima suntikan dos pertama vaksin selepas 38 hari sembuh daripada jangkitan Covid-19. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac hari ini.