Pasti susah untuk amalkan cara elakkan rambut berbau buat wanita bertudung. Ini ketahui tips mudah.

Rambut yang sihat memberi keselesaan kepada wanita. Ramai beranggapan wanita bertudung tidak pandai menjaga rambut? Itu hanyalah dakwaan semata-mata. Kini pelbagai produk di pasaran boleh digunakan untuk memberi kesihatan pada rambut anda.

Pada masa sama, terdapat pelbagai teknik yang boleh diguna pakai bagi memastikan kesihatan rambut kekal sepanjang hari. Bagaimanakah caranya? Jom Femina kongsi tipnya:

1) Jangan ikat rambut terlalu ketat

Jangan ikat rambut terlalu ketat, ia boleh sebabkan rambut anda mudah gugur dan akar rambut jadi cepat rosak.

2) Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah

Pastikan rambut anda kering sebelum menyarung tudung. Rambut yang basah akan membuatkan kulit kepala berminyak dan rambut rosak. Ia menggalakkan kelemumur serta membuat rambut anda berbau!

3) Sentiasa tukar anak tudung

Pemakaian anak tudung yang sama melebihi tiga hari menyebabkan rambut berbau. Ia juga memudahkan pembiakan bakteria pada kulit kepala, seterusnya rambut akan berkelemumur.

4) Pilih jenis tudung daripada kain yang sesuai

Pilih fabrik lembut untuk tudung dan elakkan tudung yang diperbuat daripada kain kapas kerana material ini mudah memerangkap haba.

5) Pilih syampu yang sesuai

Pemilihan syampu sangat penting, jangan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Gunakan syampu yang disyorkan untuk mereka yang bertudung. Jangan biarkan rambut anda ‘tersimpan’ dalam tudung 24 jam!

6) Elak pemakaian minyak rambut

Penggunaan minyak menyebabkan rambut berada dalam keadaan ‘terperangkap’ di sebalik tudung. Kulit kepala akan jadi lebih berminyak dan rambut mudah gugur.

7) Trim rambut

Trim hujung rambut setiap empat hingga enam minggu bagi mengelakkan rambut bercabang.

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Neelofa akui tempoh pandemik banyak beri kesan pada rakyat. Sekali dia tampil beri tips ini

Usahawan dan juga personaliti TV terkenal, Neelofa mengakui tempoh p4ndemik yang dilalui segenap lapisan masyarakat turut memberi cabaran terhadap dirinya namun dia berharap agar semua rakyat Malaysia terus kekal positif.

Ujar Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor,32, bukan mudah untuk semua orang melalui cabaran serta dugaan hidup pada ketika ini. Malah, dia juga kini merasai tekanan dan stres yang sama tambahan melihatkan negara lain yang sudah bebas daripada wbak bahaya ini.

“Ada hari saya akan stres dan kadang-kadang rasa seperti cukup-cukuplah. Perasaan itu muncul kerana kita terpaksa duduk rumah dan tidak banyak aktiviti boleh dilakukan..” Kata usahawan tudung Naelofar ini lagi, dia juga membayangkan golongan yang terjejas teruk sepanjang PKP meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran saat ini.

Isteri kepada pendakwah bebas PU Riz ini juga sempat memberi sedikit tips untuk kekal positif sepanjang tempoh p4ndemik. “Setiap pagi, saya akan tulis perkara yang ingin dilakukan dalam buku nota. Saya minta kepada Allah S.W.T. Saya juga banyak membaca untuk pastikan diri sentiasa positif.” kongsinya ringkas.

Sumber: beautifulnara

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Elyana tengah alami sakit teruk. Sekali ini tindakan Neelofa buat ramai yang tak sangka.

Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa kagumi semangat yang ditunjukkan penyanyi, Elyana yang kini diuji dengan sakit limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu. Reaksi tersebut diberikan Neelofa menerusi Insta Story selepas menghadiahkan 10 helai tudung pelbagai warna Naelofar buat penyanyi Kalis Rindu itu, hari ini.

Neelofa pada masa sama turut berdoa semoga Allah SWT mengurniakan kesembvhan buat Elyana. “MasyaAllah, saya pulak nak nangis tengok video ni. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam Kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan utk awak,” tulis Neelofa.

Elyana menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik video berdurasi kurang 2 minit itu merakamkan helaian tudung yang dihadiahkan Neelofa kepadanya. “Thank you atas hadiah yang sangat menggembirakan ini. Baru habis buat Radiotrapi terus dapat hadiah. Alhamdulillah,” tulis Elyana pada ruangan kapsyen.

Sementara itu menerusi sesi ‘live’, Elyana menjelaskan pengurus kepada usahawan tersebut menghubunginya lalu menghantar bingkisan tersebut ke hospital. “Banyak dia bagi. 10 helai, macam-macam warna ada. Semoga murah rezeki, ameen,” katanya.

Semalam, Elyana turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahterannya. Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan sakit yang dihidapi telah merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit yang dihadapi selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mh

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lama menyepi Elyana tampil bersuara dedahkan berat badan dia terkini. Rupanya dia tengah jalani rawatan selama 10 hari.

Baru-baru ini, peyanyi Elyana memuat naik perkembangan terbarunya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital. Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Sentiasa berfikiran positif

Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya. Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan cairan merah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
“>Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek cairan merah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram. “Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan cairan merah. Ini baru first bag cairan merah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chmo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya. Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.

“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu. Terdahulu, Elyana mengesahkan dirinya menghidap sakit limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  :  http://trendingkini.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Warga emas positif covid 19 yang larikan diri dah ditemui semula. Terkejut ini sebab boleh jumpa balik individu tersebut.

SEORANG lelaki warga emas di Tongod, Sabah yang bersembunyi bagi mengelak daripada mendapatkan rawatan selepas disahkan positif Covid-19, ditemui semula. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Karim Jikri, 69, ditemui di ladangnya dekat kediamannya di Kg Kuala Tongod, kira-kira kira-kira 270 kilometer dari Kota Kinabalu.

Lelaki berkenaan ditemui kira-kira pukul 7 petang Isnin. Warga emas itu dibawa ke klinik Tongod dan kemudian dihantar ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan. Pada Ahad, pasukan perubatan berkunjung ke rumahnya bagi memaklumkan dirinya didapati positif Covid-19 hasil ujian saringan.

“Dia diminta untuk bersiap sedia kerana ambulans akan tiba bagi menjemputnya pada tengah hari, dan dia dilihat mula mengemas,” katanya Dzulbaharin. Beliau berkata, warga emas itu turut dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.Bagaimanapun, kediaman warga emas itu di Kg Kuala Tongod berkunci sebaik pasukan perubatan tiba pada tengah hari bagi menjemputnya. – The Star

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes pemergian akibat positif covid 19 makin meningkat. Terkini hampir 15 jemaah masjid kluster Mahsuri Jitra pergi menghadap illahi dalam masa 2 minggu.

Saban hari berlakunya peningkatan kes positif covid-19 dan pertambahan kes pemergian yang dilaporkan mencecah 63 sehari pada 13 Jun 2021. Di Jitra, Kedah ser4mai 15 jemaah masjid dilaporkan telah sah pergi menghadap illahi akib4t covid-19 ekoran daripada kluster Taman Mahsuri yang merebak pada bulan Mei lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata pemergian tersebut dipercayai berlaku sejak dua minggu lepas susulan jngkitan yang berlaku dalam kalangan jemaah masjid.

“Ya, hingga hari ini sudah 15 orang pergi menghadap illahi, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu.

Kita harapkan virus ini cepat-cepatlah pergi. Kita juga harap orang ramai terus mendaftar untuk mendapatkan suntiikan vaksin seterusnya kita dapat membentuk imuniti berkelompok.

Dr Mohd Hayati menyifatkan c0v1d-19 amat bahaya dan mampu mergut nyw sesiapa sahaja dalam masa yang singkat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan mendadak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra.

KKM bagaimanapun sudah melakukan 207 ujIan saringan di sembilan kawasan zon merah di Jitra dan mendapati 94 daripada ujian saringan itu dilaporkan sah positif covid-19. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber BH Online via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ujian saringan Covid 19 sasarkan seramai ini pula untuk dilakukan secara percuma. Ianya akan ditumpukan di kawasan ini.

Shah Alam: Sejumlah 97,565 individu disaring menerusi program saringan percuma yang dilaksanakan kerajaan Selangor di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak 8 Mei hingga 10 Jun lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter memaklumkan 3,342 individu atau 3.43 peratus dikesan positif Covid-19 sepanjang tempoh program berkenaan dilaksanakan.

“Mengikuti keberkesanan dan kepentingan khidmat saringan ini, kerajaan negeri akan meneruskan ujian saringan Covid-19 percuma dalam fasa ke tiga yang mensasarkan 100,000 individu. Saringan kali ini akan memberi tumpuan kepada kawasan ‘hotspot’ kes Covid-19 serta kawasan industri dan perkilangan. “Terima kasih warga Selangor sekalian yang hadir serta tidak lupa petugas dan badan berkuasa yang terbabit sepanjang program ini,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, Pengurus Selangor Health Care (SelCare), Mohd Noor Md Nasir berkata, susulan pengumuman Menteri Besar itu, pihaknya akan meneruskan program saringan berkenaan di lapan lokasi yang dikenal pasti mempunyai kadar positif melebihi lima peratus. Katanya, pihaknya merancang untuk melaksanakan program berkenaan 19 Jun ini bagaimanapun ia tertakluk kepada kebenaran daripada kerajaan negeri.

“Saringan berkenaan akan dijalankan di Dun Kajang; Semenyih; Bukit Antarabangsa; Hulu Kelang; Gombak Setia; Sungai Tua; Taman Templer dan Taman Medan,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, berdasarkan data yang dikongsi Dun Subang Jaya merekodkan kehadiran untuk saringan paling tinggi iaitu 5,096 orang manakala Sungai Air Tawar paling sedikit dengan 191 orang.

Sumber : Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.