Dikritik teruk gara gara isu bendera putih. Tak boleh berdiam akhirnya Nik Abduh tampil jelaskan pasal isu ini.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akui pandangannya mengenai cadangan mengibarkan bendera putih mengundang kritikan warganet. Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu mengetahui ramai yang marah dan meminta beliau memohon maaf mengenai kenyataannya sebelum ini.

Bagaimanapun tegas Nik Mohamad Abduh, masing-masing berhak mempunyai pandangan dan cadangan sendiri. “Ramai marah dan minta saya memohon maaf. Pandangan ramai adalah satu pandangan yang diterima ramai.

“Pandangan kedua adalah pilihan saya. Tulisan saya sentiasa tegar untuk mengajak rakyat Malaysia berfikir secara dalam dan teliti. “Ia demi kesejahteraan negara. Seruan saya, lwn Covid-19 dengan kesatuan, doa dan usaha yang berterusan. Atau mudahnya, lwn Covid-19 dengan cara anjuran agama.

“Cadangan kekal cadangan. Ia bukan menjadi kebenaran hanya kerana viral. Siapa pun berhak menolak cadangan. Yang ditegah adalah menolak kebenaran. “Viral bukan panji kebenaran. Sebahagiannya kebaikan dan bagus sekali. Dan saya sentiasa yakin, sebahagian besarnya adalah hasutan dan tipu daya iblis.

“Ia mendorong kenistaan, kebencian dan perlecehan terhadap sesama insan. Janganlah ketika Allah menurunkan bencana Covid-19, Allah mengangkat akhlak, adab dan susila daripada kita semua,” coretnya.

Sebelum ini, kenyataan Nik Mohd Abduh yang berpendapat rakyat tidak sepatutnya diajar untuk mengangkat bendera putih, sebaliknya mereka perlu sentiasa berdoa supaya mendapat pertolongan daripada Allah SWT dalam segala hal.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kempen bendera putih yang dicadangkan rakyat untuk membantu mereka yang berdepan masalah kekurangan bekalan makanan sejak pelaksanaan

Sekatan Pergerakan Penuh awal Jun lalu.

Terdahulu, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula semalam. Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya yang putus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera sekaligus mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, kenyataan beberapa individu yang kurang bersetuju dengan kempen berkenaan mengundang rasa tidak puas hati warganet.

Ibarat Kereta Rosak Tengah JaIan, Jangan Panggil TowTruck, Baca Ruqyah Saja Pada Kereta itu.” – Naim Daniel Sejak kebelakangan ini, warganet yang setuju dengan kempen bndera putih giat menggalakkan orang ramai untuk sertai tak kira jika anda pihak yang memerlukan atau yang menghulurkan bantuan. Ramai rkyat termasuk golongan selebriti menyokong kempen ini dan ia kini menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak bersetuju dengan tujuan kempen itu diadakan. Menurut Sinar Harian, beliau berkata rakyat sepatutnya tidak diajar menghadapi kekalahan sebaliknya sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada Allah SWT dalam segala hal.

Angkat tangan berdoa kepadaNya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

“Yang Berhormat, jika….” Penyanyi Naim Daniel tampil dengan nukilan khas olehnya ditujukan kepada Nik Abduh tentang kenyataan beliau berkenaan ‘berdoa kepada Allah SWT’ tersebut. Melalui Instagram, penyanyi svmpah itu telah memuat naik nukilannya yang berbunyi,

Yang Berhormat; Jika; Anak bini tak terabai makan minum mereka, wang di bank berjela angkanya, hutang piutang bebas semua; Mungkin saja; Hanya akan selesa untuk kita, berdoa dan terus berdoa, berdoa saja dari siang sekarang ke subuh esoknya.

Tanpa sebarang DAYA. Tanpa sebarang USAHA. Dalam erti kata lain, Naim bermaksud doa juga haruslah didvkung dan diikuti dengan usaha. Berdasarkan konteks ini, usaha itu adalah kempen bendera putih terbabit. Apatah lagi kempen tersebut adalah usaha yang baik demi membantu sesama rakyat yang benar-benar terkesan disebabkan pndemik covid-19 dan kini dalam kesusahan untuk meneruskan hidup.

Nukilan Naim itu mendapat respon yang baik dan ramai bersetuju dengan pendapatnya. Menurut Utusan, melalui ruangan komen Naim dilihat turut membalas respon peminat dan pengikutnya yang menyokong penulisannya itu.

Antara komen warganet, Berdoa itu memang wajib. Tapi kalau berdoa tanpa sebarang usaha sia-sia saja. Allah pun suruh kita berusaha, tawakal dan berdoa.” Naim kemudian membalas, Ibarat kereta r0sak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu.” Dalam pada itu, Naim Daniel tampil berkongsi cara mudah untuk membuat bendera putih

CARA – CARA MEMBUAT BENDERA PUTIH

“Salam sejahtera semuanya, disini saya cuba sampaikan cara-cara untuk membuat bendera putih bagi meminta pertolongan makanan/sokongan emosi/kewangan menggunakan barang yang ada dirumah anda.

“Barang yang anda perlukan – Plastik putih/T Shirt putih, batang penyapu, gunting, dan getah sahaja.” “Harap dapat membantu kalian serba sedikit insyaallah, semoga Allah memeluk kalian dengan kemas, selalu.”

“Jangan melakukan sebarang tindakan yang mampu mengguris hati ahli keluarga kalian ya? Kita cuba lagi”. “BENDERA PUTIH BUKAN TANDA MENGALAH.” “BENDERA PUTIH BUKAN TANDA LEMAH.” “Jangan takut, jangan malu.”

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *