Ibu sampai merayu. Anak dah 3 hari tak makan. Tak boleh berdiam sekali ini tindakan ibu -buat ramai yang sebak.

Ramai yang masih tertanya-tanya, bila agaknya Malaysia akan berjaya keluar daripada kemelut pandemlk C0VID-19. Apa yang jelas adalah kita masih belum menang. Bagi banyak pihak, cahaya yang pada awalnya kelihatan kini semakin malap apabila bilangan kes harian tiada tanda akan surut dengan ketara.

Dalam kegelisahan menghadapi segala prosedur 0perasi standard (S0P) dan norma baharu, segelintir rkyat Malaysia terpksa hidup dalam serba sederhana. Malah ada juga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Bagaimanapun bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ini apabila terdapat banyak pihak dan individu yang sering menghulurkan bntuan kepada golongan yang memerlukan ini. Ini lah yang berlaku kepada sebuah keluarga ini. Ibu ini sudah tidak tahu apa yang ingin dilakukan, hingga terpksa melakukan cara ini untuk meneruskan kehidupan.

Ibu Tnggal Tiga Anak Mohon Bntuan

Assalamualaikum kepada hamba-hamba Allah. Saya disini ingin la meminta pertolongan makanan seperti beras dan susu. Anak-anak saya sudah menahan lapar dari smlm sampai la anak saya satu orang itu memungut biskut dalam air masin.

Ini di sebab kan terlalu lapar sudah dan itu la yang dikongsikan tiga adik beradik sebungkus beskut. Tolong la hamba-hamba Allah, saya mohon beri la kami sedikit makanan walaupun beras sahaja asal ada untuk di isi perut anak² saya.

Saya ini hanya seorang ibu tunggal kepada anak-anak saya tiga orang. Saya sudah lama berpisah dengan suami saya hanya saya seorang saja yang menanggung anak² saya. Dan kini saya terpaksa memohon di dalam FB ini kerana saya sudah tak tahu mau buat apa lagi.

Sebab pkp ni saya tak boleh bekerja lagi, semoga ada yang sudi membntu saya dan  anak anak saya walaupun dari segi makanan sahaja. Dan mengharap sangat pertolongan dari hambah Allah, semoga la ada yang sudi menolong anak anak saya.

Yang ingin membntu, sila hubungi no di bawah sekali. Semoga rezeki anda dipermudahkan

Yang sudi bantu, sila hubungi no di bawah ini

No hp 01125377619 alamat kg Sandakan jalan taman harmoni sekian terima kasi. – luahan Ibu Tnggal 3 Anak Info yang diberi : Contact – 01125377619. UPDATE INFO Alamat – Tadi Call dia tanya alamat lengkap : Kg Mangkalinau Batu 3, Jln Bomba Sedco, 90000,Sandakan Sabah

Jenis Bantuan diperlukan – Bekalan Makanan Kepada Yang kata scmmer tu : 1. Kalau betul dia nak scm dia akan bagi no akaun saja. 2. Dia hanya mintak bntuan makanan. 3. Contact dan alamat saja diberi. 4. Call dulu untuk kepastian. 5. Kalau was-was tak payah bagi apa-apa jimat duit korang MINTA KAWAN2 YANG BACA ARTIKEL NI SHARE BANYAK2 SUPAYA NASIB IBU TVNGGAL ANAK 3 NI TERBELA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Facebook Group Sandakankini via Asaskehidupan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Kali ni mufti Pulau Pinang tak bersetuju dengan tindakan kibarkan bendera putih. Sekali ini Mufti jelaskan sebab apa tindakan tu tidak wajar.

Sebelum ini, timbul pelbagai persoalan dan pendapat mengenai kempen kibar bendera putih dalam kalangan penduduk di Malaysia. Berikutan daripada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan dua situasi utama yang perlu dilihat oleh semua pihak berhubung isu kibar bendera putih yang dilaksanakan di negara ini, sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup yang dihadapi oleh rakyat bagi menagih bantuan.

Tidak wajar

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor, tindakan mengibar bendera putih dianggap sebagai tidak wajar dilakukan kerana ia mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi. Tambah beliau, sikap berputus asa dan mudah mengalah kepada kesusahan adalah dilarang khususnya buat umat Islam.

Masih banyak cara lain bagi mendapat bantuan dalam mengatasi kepayahan hidup golongan yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh pandemik ini. Selain bantuan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan dan negeri, terdapat juga daripada badan dan agensi tertentu seperti

Pusat Pengurusan Zakat negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta selain sumbangan individu. Ujar beliau lagi, individu yang mudah mengalah dan berputus asa ini didakwa seolah menunjukkan kelemahan iman dan tiada keyakinan kepada rahmat Allah SWT.

Usaha intensif dan agresif ditingkatkan

Wakil rakyat di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu memainkan peranan sebagai penghubung antara golongan memerlukan dengan pihak yang memberi bantuan. Kemungkinan mereka ini tidak tahu cara atau kaedah bagi memohon bantuan daripada pihak berkaitan.

Berbicara lebih lanjut, Wan Salim menyeru supaya usaha intensif dan agresif perlu ditingkatkan lagi oleh pihak berwajib bagi membantu mengatasi kemelut ekonomi yang dihadapi golongan terjejas ini. Manakala, syarikat GLC dan swasta juga diseru supaya menunaikan tanggungjawab sosial masing-masing dan memberi sumbangan yang lumayan buat mereka yang terjejas.

Sumber: Harian Metro

Lepas lancarkan angkat bendera putih kali ni giliran ibu tunggal ni pula pacak bendera putih. Terkejut bila diperiksa ini pula yang berlaku.

Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya. Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak sedemikian kerana keadaannya yang semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lepas.

Rohayah yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak ‘terputus’ bekalan beras.

“Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab saya selalu ceritakan masalah dialami kepadanya. Jadi, dia sarankan kepada saya gantung bendera putih supaya ada orang akan datang untuk tolong.

“Ikutkan saya pun tidak tahu mengenai (kempen) bendera putih ini. Alhamdulillah, selepas saya gantung ada pihak yang datang menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini.

Rohayah bersama Amalina menetap di sebuah rumah sewa berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa, dekat sini.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata ketika ini, dia juga mengalami masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada upah mewarna batik dengan bayaran RM2 untuk sehelai kain.

“Paling banyak dalam sehari pun saya terima upah untuk tujuh helai kain batik, tambahan dengan Fasa Satu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini tidak banyak kain batik yang perlu diwarnakan.

“Anak-anak yang lain semua berada di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat membantu saya sebab masing-masing bekerja biasa sahaja dan turut terjejas pendapatan akibat pan.demik C0V1D-19,” katanya.

Muhammad Abdul Munib (kiri) menyerahkan sumbangan kewangan kepada Rohaya di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu hari ini. Menurut Rohayah, lebih merumitkan keadaan apabila dia tidak layak menerima bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak mempunyai surat perpisahan rasmi.

Terdahulu, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa ke rumahnya bagi memberikan sumbangan wang serta bekalan makanan kepada Rohayah selepas kibaran bendera putih di hadapan rumahnya tular menerusi WhatsApp dan Facebook, sejak pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan kepada Rohayah melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria. Turut hadir Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang Muhammad Sulaiman dan Penghulu Mukim Pulau Kundor Rosli Mat Hussin. Berikut lagi kisah bendera puteh mengundang sebak orang ramai

Bendera putih berlatarkan Bukit Mertajam. Sayu 

“Ah Soon yang pasang bendera sudah putus asa. Dalam sebak, dia bagitau saya dia sebenarnya telah buat keputusan nak pergi ke jambatan Pulau Pinang untuk menamatkan nyawanya. Dia sudah letih minta tolong merata tempat tapi tiada yang datang menolong.

Kalau takde kempen bendera ni, ramai yang tahan lapar agaknya. Jangan lupa amik tahu keadaan jiran sekeliling. Jangan putus semangat semuanya. Moga diberi kekuatan” Kredit fb Steven Sim Chee Keong, Viral Media Johor

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup kibarkan bendera putih gara gara terputus bekalan makanan. Tapi apa yang datang lepas dia kibarkan bendera putih buat ramai yang terkejut.

“Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini.

Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya, Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mampu lagi membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu. “Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

“Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” katanya.

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya. “Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya ketika ditemui hari ini. Terdahulu wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan dengan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dapat dibantu dengan segera. Ia juga diharapkan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan apa-apa bantuan namun malu menyatakannya secara terbuka.

Sumber : HMETRO ONLINE

Dalam kesempitan angkat tangan berdoa bukan angkat bendera putih. Menteri ini dikritik teruk dengan warganet gara gara kurang setuju tentang bendera putih. Sekali ini penjelasan beliau.

Jangan simpan masalah dan kesusahan dialami sendirian. Tiada s.alahnya berkongsi kep.eritan bersama keluarga, sahabat ataupun jiran tetangga. Justeru, bagi mengelakkan masyarakat yang sedang berdepan dengan situasi getir menanggung beban seorang diri, maka Kempen Kibarkan Bendera Putih dilaksanakan.

Kempen tersebut tidak bermakna mengalah, sebaliknya difahamkan untuk membuka mata insan sekeliling peka dan hadir menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas dek pandemik Covid 19. “Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yang datang membantu,” tulis pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Jah.

Beliau dipercayai antara individu terawal memulakan Kempen Kibar Bendera Putih. Sementara itu, seorang pemilik akaun Twitter myjassaramli berkata, beliau ternampak gambar dimuat naik di laman sosial Twitter memaparkan jiran keluarganya di Johor Bahru menggibarkan bendera putih di pagar rumah semalam.

“Saya bertanya kepada kakak adakah perkara itu benar. Katanya betul kerana keluarga tersebut terputus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin. Semoga dipermudahkan,” kongsinya.

Selain itu, carian di media sosial berhubung kempen bendera putih itu mendapat sambutan daripada warga maya. Majoriti sedia maklum dan menguar-uarkan agar bantuan segera dihulurkan kepada golongan yang mengibarkan bendera putih.

Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih

Rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih. Sebaliknya, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terpu.tus bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang simpati terhadap nasib masyarakat terkesan pandemik Covid 19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown).

Jangan simpan sendirian kesusahan. Beritahu orang sekeliling kita. Kibarkan bendera putih bukan bererti mengalah. Kepada semua yang susah dan tiada makanan naikkan bendera putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tidak perlu mer.ayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.

Aku nak seru kepada semua yang dah terputus bekalan makanan dengan keperluan asas. Pacaklah bendera putih ke kain putih ke dekat depan rumah untuk beritahu yang korang perlukan bantuan segera dalam tempoh pandemik ini. Jangan malu untuk dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

Tidak perlu merayu, tidak perlu rasa malu, hanya perlu kibarkan bendera putih. Semoga ada yang datang bantu Insya ALLAH jadikan tanggungjawab kita bersama untuk perhatikan persekitaran kita kalau ada bendera putih berkibar. Hulurkan bantuan ikut kemampuan masing-masing.

Jika tuan puan ternampak ada BenderaPutih di pagar rumah seseorang, ketahuilah bahawa isi rumah tersebut mungkin sedang dalam kesempitan, kelaparan atau terputus bekalan makanan. Pergilah siasat dan kita bantu bersama.

Kempen Bendera Putih, Saya sokong idea ini. Buat mereka yang memerlukan bantuan makanan, pakaian, perubatan sila naikkan bendera putih di hadapan rumah. Buat mereka yang ingin membantu, jom peka dan lihat pada sekeliling kita. Mungkin ada diantara jiran kita yang mencatu beras untuk bertahan atau dalam keadaan depresi.

Kredit : Utusan/SH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *