Lama mendiamkan diri sekali ada yang perasan Neelofa sumbangkan wang tunai dan makanan untuk 70 keuarga yang terjejas.

PETALING JAYA – Selebriti sensasi Neelofa menyasarkan untuk membantu 70 buah keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik covid-19.Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, mengatakan dia menerima banyak permohonan bantuan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa yang ditubuhkannya.

“Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti atau rumah-rumah perlindungan. Tetapi memandangkan keadaan semakin teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan individu.

“Kami terima terlalu banyak permohonan,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam InstaStory.Sehubungan itu, isteri kepada pendkwah bebas, Haris Ismail itu menyasarkan pemberian sumbangan dapat diagihkan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan pada minggu ini.

“Insya-Allah minggu ini kami akan sampaikan bantuan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas,” katanya. Ujar Neelofa lagi, bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk makanan dan sejumlah wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terkesan.

Dalam hantaran tersebut, bekas pengacara program MeleTOP itu menyeru mana-mana individu yang ingin sama-sama menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa.

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini pernah memberikan sumbangan berupa 15 buah katil elektronik bernilai hampir RM100,000 untuk menampung kekurangan katil di Hospital Melaka.

Sumbangan tersebut merupakan antara sumbangan pertama yang diusahakan sendiri Neelofa atas rasa prihatinnya terhadap peningkatan kes c0vid-19. – K! ONLINE. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.kosmo.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru semalam Neelofa sumbangkan katil dekat Hospital Melaka yang berharga hampir Rm100k sekali warganet perasan benda ni pulak.

Tanpa niat dan keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, sukar untuk individu istiqamah dalam melakukan penghijrahan ke arah perkara kebaikan. Jika diperhatikan secara terperinci, setiap ibadat dalam Islam akan disertai dengan kewajipan memasang niat. Antaranya, ia terangkum dalam rukun solat, selain prasyarat supaya ibadat puasa diterima Allah SWT hatta turut dituntut ketika menunaikan zakat.

Ia dapat dikaitkan hikmah amalan memasang azam setiap kali tiba tahun baharu termasuk mengajak manusia supaya sentiasa berpegang kepada niat. Usahawan serta selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa dikatakan telah memberi sumbangan sebanyak 15 katil elektronik bagi kegunaan pesakit C0VID-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital Melaka.

Neelofa sumbang 15 katil

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir di akaun TikToknya, petugas barisan hadapan berkenaan memaklumkan bahawa Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit-pesakit C0VID-19.

Di dalam video berkenaan, doktor itu turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Neelofa atas sumbangan katil yang sangat diperlvk4n pada ketika ini.

Bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital Melaka dan juga rakyat negeri melaka, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit C0VID-19.

Sticker Sumbangan Neelofa

Dalam pada itu, terdapat segelintir dari warganet yang mempersoalkan tanda nama Neelofa di katil berkenaan “Berkenaan Sticker Sumbangan Neelofa tu ada yg cakap itu Pihak hospital yang buat..Tolong jangan berfikiran negatif..”

‘Terima kasih Neelofa di atas sumbangan’. ‘Nampak tak Neelofa sedekah diam-diam je’ Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan berterima kasih kepada Neelofa kerana telah menyumbangkan katil berkenaan kepada pihak hospital. Malah ada juga di antara mereka yang memuji tindakan Neelofa yang bersedekah secara diam-diam.

Sumber : TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas teruk dikritik oleh warganet kali ni Neelofa sumbangkan 15 katil yang bernialai Rm90k untuk pesakit covid 19 di hospital Melaka.

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa dikhabarkan telah melakukan sumbangan sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di bahagian kecemasan hospital tersebut menerusi sebuah posting di laman Instagram.
“Alhamdulillah… terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka,” Malah, selebriti sensasi berusia 32 tahun itu dan kakaknya Noor Nabila juga dilihat tinggalkan tanda suka pada posting tersebut.

Dr Abdul Rahman turut berkongsi di TikTok

Prihatin dengan situasi semasa, doktor tersebut merakam ucapan terima kasih dan mendoakan agar Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendapat ganjaran pahala kelak.

“Semoga Allah SWT memberi ganjaran amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,” katanya. Selain itu, seorang pengguna Facebook bernama Aznil Hisham mendkwa pada mulanya pihak hospital hanya memerlukan 10 buah katil sahaja namun menerima lebih daripada yang disangka.

“2 minggu lepas, DARK (Dr Abdul Rahman Abdul Kadir) beritahu bahawa hospital beliau kekurangan katil. Pesakit² covid terpaksa duduk di lantai. “Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yang bernilai RM 6,000 sebuah. Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil,” dakwanya.

Sumber: Instagram & TikTok DARK , Facebook Aznil Hisham

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.