Lepas lancarkan angkat bendera putih kali ni giliran ibu tunggal ni pula pacak bendera putih. Terkejut bila diperiksa ini pula yang berlaku.

Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya. Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak sedemikian kerana keadaannya yang semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lepas.

Rohayah yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak ‘terputus’ bekalan beras.

“Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab saya selalu ceritakan masalah dialami kepadanya. Jadi, dia sarankan kepada saya gantung bendera putih supaya ada orang akan datang untuk tolong.

“Ikutkan saya pun tidak tahu mengenai (kempen) bendera putih ini. Alhamdulillah, selepas saya gantung ada pihak yang datang menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini.

Rohayah bersama Amalina menetap di sebuah rumah sewa berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa, dekat sini.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata ketika ini, dia juga mengalami masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada upah mewarna batik dengan bayaran RM2 untuk sehelai kain.

“Paling banyak dalam sehari pun saya terima upah untuk tujuh helai kain batik, tambahan dengan Fasa Satu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini tidak banyak kain batik yang perlu diwarnakan.

“Anak-anak yang lain semua berada di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat membantu saya sebab masing-masing bekerja biasa sahaja dan turut terjejas pendapatan akibat pan.demik C0V1D-19,” katanya.

Muhammad Abdul Munib (kiri) menyerahkan sumbangan kewangan kepada Rohaya di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu hari ini. Menurut Rohayah, lebih merumitkan keadaan apabila dia tidak layak menerima bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak mempunyai surat perpisahan rasmi.

Terdahulu, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa ke rumahnya bagi memberikan sumbangan wang serta bekalan makanan kepada Rohayah selepas kibaran bendera putih di hadapan rumahnya tular menerusi WhatsApp dan Facebook, sejak pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan kepada Rohayah melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria. Turut hadir Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang Muhammad Sulaiman dan Penghulu Mukim Pulau Kundor Rosli Mat Hussin. Berikut lagi kisah bendera puteh mengundang sebak orang ramai

Bendera putih berlatarkan Bukit Mertajam. Sayu 

“Ah Soon yang pasang bendera sudah putus asa. Dalam sebak, dia bagitau saya dia sebenarnya telah buat keputusan nak pergi ke jambatan Pulau Pinang untuk menamatkan nyawanya. Dia sudah letih minta tolong merata tempat tapi tiada yang datang menolong.

Kalau takde kempen bendera ni, ramai yang tahan lapar agaknya. Jangan lupa amik tahu keadaan jiran sekeliling. Jangan putus semangat semuanya. Moga diberi kekuatan” Kredit fb Steven Sim Chee Keong, Viral Media Johor

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup kibarkan bendera putih gara gara terputus bekalan makanan. Tapi apa yang datang lepas dia kibarkan bendera putih buat ramai yang terkejut.

“Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini.

Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya, Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mampu lagi membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu. “Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

“Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” katanya.

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya. “Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya ketika ditemui hari ini. Terdahulu wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan dengan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dapat dibantu dengan segera. Ia juga diharapkan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan apa-apa bantuan namun malu menyatakannya secara terbuka.

Sumber : HMETRO ONLINE

Dalam kesempitan angkat tangan berdoa bukan angkat bendera putih. Menteri ini dikritik teruk dengan warganet gara gara kurang setuju tentang bendera putih. Sekali ini penjelasan beliau.

Jangan simpan masalah dan kesusahan dialami sendirian. Tiada s.alahnya berkongsi kep.eritan bersama keluarga, sahabat ataupun jiran tetangga. Justeru, bagi mengelakkan masyarakat yang sedang berdepan dengan situasi getir menanggung beban seorang diri, maka Kempen Kibarkan Bendera Putih dilaksanakan.

Kempen tersebut tidak bermakna mengalah, sebaliknya difahamkan untuk membuka mata insan sekeliling peka dan hadir menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas dek pandemik Covid 19. “Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yang datang membantu,” tulis pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Jah.

Beliau dipercayai antara individu terawal memulakan Kempen Kibar Bendera Putih. Sementara itu, seorang pemilik akaun Twitter myjassaramli berkata, beliau ternampak gambar dimuat naik di laman sosial Twitter memaparkan jiran keluarganya di Johor Bahru menggibarkan bendera putih di pagar rumah semalam.

“Saya bertanya kepada kakak adakah perkara itu benar. Katanya betul kerana keluarga tersebut terputus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin. Semoga dipermudahkan,” kongsinya.

Selain itu, carian di media sosial berhubung kempen bendera putih itu mendapat sambutan daripada warga maya. Majoriti sedia maklum dan menguar-uarkan agar bantuan segera dihulurkan kepada golongan yang mengibarkan bendera putih.

Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih

Rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih. Sebaliknya, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terpu.tus bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang simpati terhadap nasib masyarakat terkesan pandemik Covid 19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown).

Jangan simpan sendirian kesusahan. Beritahu orang sekeliling kita. Kibarkan bendera putih bukan bererti mengalah. Kepada semua yang susah dan tiada makanan naikkan bendera putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tidak perlu mer.ayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.

Aku nak seru kepada semua yang dah terputus bekalan makanan dengan keperluan asas. Pacaklah bendera putih ke kain putih ke dekat depan rumah untuk beritahu yang korang perlukan bantuan segera dalam tempoh pandemik ini. Jangan malu untuk dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

Tidak perlu merayu, tidak perlu rasa malu, hanya perlu kibarkan bendera putih. Semoga ada yang datang bantu Insya ALLAH jadikan tanggungjawab kita bersama untuk perhatikan persekitaran kita kalau ada bendera putih berkibar. Hulurkan bantuan ikut kemampuan masing-masing.

Jika tuan puan ternampak ada BenderaPutih di pagar rumah seseorang, ketahuilah bahawa isi rumah tersebut mungkin sedang dalam kesempitan, kelaparan atau terputus bekalan makanan. Pergilah siasat dan kita bantu bersama.

Kempen Bendera Putih, Saya sokong idea ini. Buat mereka yang memerlukan bantuan makanan, pakaian, perubatan sila naikkan bendera putih di hadapan rumah. Buat mereka yang ingin membantu, jom peka dan lihat pada sekeliling kita. Mungkin ada diantara jiran kita yang mencatu beras untuk bertahan atau dalam keadaan depresi.

Kredit : Utusan/SH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kesian Dengan Nasib Rakyat Yang Terjejas. Individu Ini Lancarkan Kempen Bendera Putih Kalau Ada Rakyat Yang Perlukan Bantuan.

Akhir-akhir ini, kes membahayakan diri akibat dihimpit kesempitan hidup gara-gara pandemik semakin membimbangkan. Bagaikan kesan ‘Domino effect’, pasti ada sahaja berita melaporkan kejadian-kejadian memilukan hati dari hari ke hari. Ini bukan petanda yang baik.

Ada yang terpaksa membahayakan diri, ada yang terpaksa kurung isteri dan anak, ada yang terpaksa begitu dan begini. Ya, segalanya adalah ‘terpaksa’, bukan ‘sengaja’. Keterpakasaan yang dibuat adalah jalan terakhir yang dipilih setelah ‘penat’ berharap tentang takdir yang belum pasti.

Bimbang dengan masa depan mereka yang terkesan, warganet yang menggunakan akaun Facebook Jah melancarkan kempen bendera putih. Kempen ini membawa misi; jika sesiapa yang terdesak dan perlukan bantuan, jangan buat perkara tidak diingini dan sebaliknya, angkatlah bendera putih dan mohon bantuan awam. Di bawah ini adalah hebahan bagaimana Jah memulakan kempen ini.

“Naikkan bendera putih di rumah anda..”

Dalam hantaran tersebut, Jah menulis:- “Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang sekeliling pakat gi bantu, beri sedikit-sebanyak yang termampu. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stress, berkongsilah masalah dengan orang ramai.

Tidak perlu merayu, tidak perlu rasa malu, hanya kibarkan bendera putih. Semoga ada yang datang membantu,” katanya. Justeru, hebahannya itu mendapat kira-kira 3,000 ‘Likes’, 300 komentar serta turut dikongsikan lebih 17,000 perkongsian setakat hari ini. Ternyata ramai netizen yang cakna dengan kempen ini.

Ada yang sudah ‘menyerah’

Tidak sampai 24 jam kempen dilancarkan, terdapat beberapa warganet yang akhirnya terpaksa mengangkat bendera putih dan mengibarkannya di luar rumah sebagai tanda ‘menyerah’ dan meminta bantuan. Salah satu yang cukup menyentuh hati adalah seperti di bawah ini:-

“Saya dah penat dah dan tak tahu nak buat apa, otak buntu. Tapi bukan cari jalan singkat hanya harapan ada manusia yang prihatin. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Anak-anak masih kecik lagi termasuk orang rumah mengandung,” tulisnya.

Warganet tunjuk solidariti di media sosial

Selain itu, kempen bendera putih ini berjaya mencipta gelombang yang sangat besar di media sosial. Usai ia bermula, ramai warganet telah berpakat untuk menyebarkan kempen ini menggunakan segala saluran media sosial yang ada. “Kempen ni sangat menyentuh hati. Jadi sesiapa yang sangat terdesak untuk ‘survive’ hanya kibarkan #benderaputih atau apa-apa sahaja benda warna putih supaya jiran-jiran boleh tolong apa yang patut.

Inilah masa untuk kita jaga diri kita dan komuniti kita. Mari teruskan #rakyatjagarakyat.” – Hana Suhana. “Kempen ini sangat cantik dan sekali lagi mengingatkan kita bagaimana kuatnya hubungan persaudaraan sesama rakyat Malaysia….InsyaAllah, kita tak boleh tolong semua orang, tapi semua orang boleh tolong seseorang.” – Nana

“Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit-sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.” – Hafizol

“Ada orang bagi cadangan untuk isi rumah yang dah putus bekalan makanan kibarkan bendera putih depan rumah. Ada yang dah buat dan ramai yang bagi bantuan makanan, digalakkan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan. Idea yang baik untuk jiran sekeliling cakna keadaan jiran.” – Kiff

Dan ada puluhan atau ratusan lag ciapan mengenai kempen bendera putih ini ‘bersemarak’ di Twitter dan media sosial yang lain. Justeru, marilah sama-sama kita sebarkan kempen ini agar dapat membantu lebih ramai yang memerlukan. Kita tidak mahu dengar lagi ada kes mahu membahayakan diri kerana tekanan melampau. Semoga usaha ini mencapai matlamatnya.

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *