Lepas teruk dikritik oleh warganet akhirnya Maryam Duriankimchi dedahkan jantina bayi yang bakal lahir buat ramai yang teruja.

Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau Maryam yang kini sedang hamil enam bulan mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan. Berita gembira itu dikongsi menerusi sebuah video di saluran YouTube dan juga laman Instagram dia dan suaminya Ryzal Ibrahim iaitu Duriankimchi selain menunjukkan foto imbasan bayi dalam kandungan.

https://www.instagram.com/p/CQoBATyr1WF/

Menerusi video berkenaan, wanita berusia 29 tahun itu baru pulang daripada melakukan pemeriksaan doktor dan meluahkan rasa syukur apabila bayi dalam kandungan tidak mempunyai sebarang masalah.

“Doktor sudah periksa semua bahagian bayi dan semuanya sihat. Kaki juga panjang, bagus tak pendek. Alhamdulillah,” katanya dalam nada bergurau. Meninjau ke ruangan komen, peminat dan pengikut pasangan tersebut tumpang gembira dan menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Gembira tengok Maryam sekarang!

Bulan lalu, Maryam yang juga warga Korea Selatan ‘berprang’ dengan emosi apabila terpalit dengan kontroversi dilakukan suaminya yang mempersendakan pakaian tradisi kaum Iban. Segelintir warganet yang terlalu marah bertindak mencaci hamun bayi dalam kandungan sehingga wanita itu terpaksa merehatkan diri daripada media sosial buat seketika.

Sumber: Instagram Duriankimchi , YouTube Duriankimchi TV

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikritik Teruk Gara Gara Isu Pakaian Kaum Iban. Maryam Terkilan Bila Ada Warganet Yang Sampai Doakan Pemergian Ank Dalam Kandungan Dia Tu.

Sepanjang minggu ini, pasangan Duriankimchi menjadi sebutan ekoran dengan kes isu parking kereta Neelofa di perkarangan mahkamah dan lawak mengenai pakaian tradisi Iban yang dianggap tiada sensitiviti di mata warganet. Tidak dinafikan, kritikan demi kritikan dilemparkan kepada mereka sehinggakan ada peguam sendiri memberikan kenyataan mengenai isu ini. Namun begitu, biarpun kesalahan mereka ini agak besar di mata warganet, ada warganet melemparkan tohmahan yang agak keterlaluan.

Tolong jangan cakap perkara buruk dekat anak saya

Terbaru, selepas Ryzal, Maryam juga ada membuat permohonan maaf menerusi Instagram miliknya dan ia mengundang simpati orang ramai apabila melihat dirinya menangis sampai bengkak mata. Bagi yang tak tahu, wanita dari Korea ini sedang berbadan dua dan ia membuatkan ramai warganet bertambah kesian melihat keadaan Maryam.

Disebabkan itu, ia makin mengguris hatinya apabila ada warganet yang mendoakan bukan-bukan pada kandungannya. Individu tersebut begitu lancang berkata agar kandungan Maryam mti disamping melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

Tolong jangan cakap benda buruk pasal anak saya lagi, anak saya bukan hrm dan tolong jangan serang ahli keluarga kami, tolonglah” Walau bagaimanapun, Maryam Younarae berkata, dia mendoakan agar individu tersebut berubah dan cuba memaafkan individu tersebut. Aduhai, tak perlulah sampai macam ni, kadang-kadang rasa tak sensitif si tukang kecam tu lagi teruk daripada silap yang seseorang tu dah buat.-

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tekaan Fauziah Nawi Tepat. Mula Mula Macam Tak Percaya Sebab Selalu Terkena. Akhirnya Maryam Sahkan Dah Hamil 3 Bulan.

SIAPA sangka di sebalik perwatakan ceria dan lucu pasangan Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan, rupa-rupanya mereka ‘hati tisu’.Buktinya, popular dengan gelaran Ryzal ‘Duriankimchi’, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menitiskan air mata ketika menerima berita mengejut mengenai isterinya, Maryam You Narae berbadan dua.

Berita gembira itu turut dikongsikan pasangan tersebut menerusi laman Instagram Duriankimchi, pagi Jumaat. Menerusi video berdurasi lebih lima minit itu, Nik Muhammad Ryzal yang lebih dikenali sebagai Ryzal beberapa kali mengesat air matanya.

“Maryam hamil tiga bulan! Syukur alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah dua tahun kami bernikah. Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami. Duriankimchi Junior bakal menyusul. Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti,” tulis pasangan itu di laman sosial.

Bercakap kepada mStar, Ryzal berkata, dia sama sekali tidak menyangka menerima berita mengejut itu setelah bernikah pada Ogos 2019. “Setelah dua tahun berkahwin, tak terfikir dapat anak (zuriat). Tapi bila dapat tahu, rasa macam tak percaya, sebab gembira dan nak menangis.

“Tapi sebab masa tu dalam kereta dan ada orang ramai di luar lalu lalang, saya cuba kawal perasaan tu,” ujar pemuda berusia 28 tahun itu ketika dihubungi sambil menambah video tersebut dirakamkan lebih awal ketika kejutan dibuat Maryam terhadapnya.

Ryzal berkata, dia juga pada mulanya sukar mempercayai berita gembira itu kerana sering kali menjadi bahan gurauan atau prank oleh Maryam, 28. “Mula-mula macam tak percaya sebab selalu terkena dengan Maryam. Cuma kali ini Maryam nampak betul-betul serius, jadi saya percayakan dia.

“Tapi masa tu Maryam cuma cakap, kena tunggu balik rumah untuk tunjuk keputusan menerusi kit ujian kehamilan. Nasib baik dah dekat dengan rumah, 10 minit juga tunggu keputusan ‘rasmi’ daripada Maryam. Syukur alhamdulillah,” ujarnya dengan nada teruja.

Sementara itu, Maryam turut mengucapkan kesyukurannya kerana disahkan hamil tiga bulan. Berikutan kehamilan itu, jelasnya, terdapat perubahan pada fizikalnya yang bertambah berat badan sebanyak dua kilogram. Namun, dia turut terkejut dengan tekaan pelakon veteran, Fauziah Nawi yang mesra dengan panggilan Ibu kerana dapat meneka dirinya sedang berbadan dua ketika mereka bersama-sama menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program TV.

“Syukur gembira sangat. Tapi saya benar-benar terkejut bila Ibu cakap macam tu. Memang muka terkejut tapi saya diam saja, tak beritahu Ibu,” ujarnya secara berseloroh. Baru-baru ini, Fauziah Nawi dan Maryam menjadi tetamu jemputan bagi salah satu episod program Punchline DAC musim kedua di saluran Astro Warna yang dihoskan oleh pengacara, Datuk AC Mizal.

Menerusi program itu, Fauziah Nawi pada awalnya hanya menjawab soalan hos mengenai tips menurunkan berat badan sebelum AC Mizal menyakat dan menegur Maryam yang kononnya kelihatan berisi. “Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah,” ujar Fauziah Nawi yang secara spontan merujuk Maryam berkemungkinan sedang hamil.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Fauziah Nawi Bongkar Rahsia Tentang Maryam. Ternyata Ini Respon Maryam Lepas Dengar Kata Kata Fauziah Nawi

Baru baru ini, difahamkan Maryam You Narae sangat terkejut apabila Fauziah Nawi yang merupakan pelakon veteran Malaysia tampil bersahaja mendedahkan bahawa Maryam sedang hamil. Tambahan pula, reaksi yang ditunjukkan Maryam selepas Fauziah membuat kenyataan tentang bentuk tubuhnya yang kelihatan sedang berbadan dua menguatkan lagi kenyataan itu.

Untuk makluman, Fauziah Nawi telah menjadi tetamu jemputan dalam episod ke10 dalam sebuah program yang diberi nama Punchline DAC musim ke2 itu pada awalnya hanya menjawab soalan hos, Datuk AC Mizal mengenai tips menurunkan berat badan. Ceritanya bermula bila Datuk AC mula menyakat dan menegur Maryam yang kononnya kelihatan gemuk, telah disambut spontan oleh Fauziah.“Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemvk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu,” katanya menyebabkan Maryam ternganga!Datuk AC kemudiannya bertanya kepada Maryam bagaimana Fauziah boleh tahu tentang kehamilannya, malah sempat meneka isteri kepada Rizal Ibrahim itu sedang hamil anak perempuan.

“Saya teka sahaja, mungkin saya salah,” kata Fauziah lagi.Walaupun tidak mengiyakan telahan Fauziah, Maryam berjanji akan memberitahu mengenai jantina anaknya selepas dua bulan.“Macam mana ibu tahu baby giril? Nanti dua bulan lagi saya kasi tahu,” kata Maryam yang juga sidekick kepada Datuk AC di Punchline DAC.Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut daripada pasangan Instafamous DurianKimchi.

Namun jika telahan Fauziah benar, tahniah buat Maryam dan Rizal! Untuk makluman Maryam You Narae berasal dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan berkahwin dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan.Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.Pastikan korang tak ketinggalan untuk bersama hos kesayangan, Dato AC Mizal, Maryam dan PS Mansur kerana mereka bakal bergabung dan memeriahkan Punchline DAC dengan selebriti popular tanah air.Segalanya dalam Punchline DAC, setiap Rabu jam 9.00 malam hanya di Astro Warna & Warna HD.

Soalan Tentang Daging Yang Haram Dan Isu Sekejap Pakai Tudung Dan Ada Masa Tidak. Maryam Tampil Jawab Persoalan

Apa apa berita berkaitan dengan pasangan instafamous Malaysia-Korea iaitu Ryzal dn Maryam acap kali raih perhatian warganet gara gara telatah dan gurauan mereka di media sosial. Ada juga yang terhibur dengan cara hidup mereka bila dua budaya bertembung tetapi apakan daya pasti ada juga yang kurang selesa. Dia yang tampil menjawab komen komen warganet melalui segmen Lancang Bethol.

Jelas Maryam, dia akui dirinya masih lagi belajar menjadi Islam yang sempurna sama seperti dengan proses berhijab.“Ramai orang tanya mengenai hijab saya, sekejap pakai sekejap buka. Tapi semua tahu saya mualaf, saya tak biasa pakai tudung.“Memang ia wajib dalam Islam, saya tahu tetapi saya perlu belajar tentang Islam bukan hanya dengan bertudung, saya perlu mengubah semua benda dalam hidup saya.“Misalnya, sebagai orang Korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi.

Tambahnya lagi “Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu. Manusia tidak sempurna,” kata Maryam.Bagi suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia tidak mem.aksa Maryam untuk berubah 360 darjah hanya kerana mengahwininya.“Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak sebab saya tak suka memaksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya.”Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh paksa,” kata Ryzal.

Tak Sangka Maryam Duriankimchi Lebih Memilih Islam Berbanding Sesuatu Ini. Dan Ini Yang Ryzal Harapkan.

Dengan gabungan pasangan suami isteri daripada Malaysia dan Korea Selatan, maka tercetuslah Duriankimchi. Nama itu adalah bersempena penyatuan cinta antara Ryzal Ibrahin dan Maryam Younarae yang kini menetap di Malaysia. Kisah mereka mungkin sudah ramai yang ketahui, dengan Maryam memilih Islam dan berkahwin dengan Ryzal.

Pada 12 Februari 2021, satu video telah dikongsikan di Instagram Duriankimchi. Melalui caption, Ryzal menceritakan tentang Maryam yang telah meninggalkan seekor anjiing peliharaannya kerana berpiindah ke agama Islam

“Maryam tinggalkan nenek dan anjiing kesayangan. Setelah 4 tahun membesarkan anjiing, Maryam terpaksa menyerahkan pada orang lain. Sebaknya hati Ryzal bila Maryam lebih memilih Islam daripada anjing yang dulu salah satu punca Maryam teruskan hidup. Lebih menyayat hati bila satu-satunya nenek kesayangan dia membesar bersama juga terpaksa ditinggalkan demi mengikut suaminya.”

Viideo itu juga menunjukkan Maryam menangis kerana terpaksa berpisah dengan haiwan yang dijaganya selama 4 tahun itu. Selain itu, Maryam juga terpaksa berjauhan dengan neneknya setelah berkahwin dengan Ryzal. Tambahan lagi kini jarak lebih memisahkan mereka antara Malaysia dan Korea. Melihat usaha yang dibuat isterinya itu, Ryzal berharap dapat menjadi seorang suami yang terbaik untuk Maryam:-

“Ya Allah, jadikan aku suami terbaik untuk isteriku Maryam. Jauhilah aku dari mengguriskan perasaannya. Kuatkan ikatan cinta kita berdua hingga akhir hayat kami. Untuk sayangku @maryamyunrrr” Maryam kini kelihatan sangat ceria dan boleh menceriakan orang lain pula. Semoga rumah tangga yang mereka bina ini berkekalan selamanya. Sumber: Instagram Duriankimchi

Kain Baju Kurung Maryam Dibuat Samping Ke Majlis Nikah. Ryzal Duriankimchi Kongsi Demonstrasi Menggunakan Kain Baju Kurung Berwarna Hijau Gelap Kepunyaan Isterinya

Ryzal menunjukkan cara memakai samping menggunakan kain baju kurung sambil diperhatikan Maryam.PASANGAN Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan terus menjadi perhatian, terbaharu dengan kisah demonstrasi pemakaian samping.

Korang (anda) tiada samping untuk ke majlis kahwin? Jangan risau, guna sahaja kain kurung isteri atau mak korang!” menurut keterangan video yang dimuat naik di laman Instagram ryzalibrhm.Popular dengan gelaran Ryzal ‘duriamkimchi’, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menunjukkan demonstrasi menggunakan kain baju kurung berwarna hijau gelap kepunyaan isterinya, Maryam You Narae untuk dijadikan sebagai samping.

Video tersebut dianggap lucu dan menghiburkan sebelum warganet terkejut apabila tidak menyangka Nik Muhammad Ryzal benar-benar memakai kain baju kurung itu sebagai samping, menerusi video kedua di laman instagramnya yang dikongsi.

Ryzal (kanan) pada mulanya memakai kain baju kurung milik Maryam (kiri).Bercakap kepada mStar, Nik Muhammad Ryzal, 28, berkata, dia memakai samping menggunakan kain baju kurung berwarna krim milik isterinya ke majlis perkahwinan sepupunya di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Lebih dikenali sebagai Ryzal, dia sebelum itu telah mencari sampingnya di rumah untuk dipakai ke majlis pernikahan sepupunya di sebelah pagi di Masjid Abu Hurairah di Jalan Ipoh.”Memang hilang betul, dua jam pusing-pusing cari dalam rumah. Akhirnya jumpa kain (baju kurung Maryam) dalam almari nampak macam boleh gantikan, jadi saya cubalah.

“Sebenarnya, saiz pinggang Maryam 27 inci dan saya antara 29 dan 30 inci. Jadi kain baju kurung hijau gelap tu ketat sangat, kena tanggalkan balik dan cari yang sedikit longgar,” katanya kepada mStar.Ryzal (kiri) dan Maryam (kanan) hadir pada majlis perkahwinan sepupunya (dua, kiri). foto ihsan Nik Muhammad Ryzal

Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, kain baju kurung kedua berwarna krim milik Maryam yang dicubanya lebih padan berbanding kain pertama.”Ngam-ngam. Longgar sedikit yang kedua ni untuk dilipat dan dijadikan samping untuk pakai ke majlis kahwin.

“Mula-mula tergelak juga dan terfikir nanti orang cakap tak betul tapi bila kemaskan dan lipat kain tu sebagai samping memang langsung tak perasan ia adalah kain baju kurung.”Maryam pun mulanya kata pelik sama macam yang saya fikir, siap tanya banyak kali serius ke saya nak ke majlis dengan kain tu,” katanya.

Ryzal (kanan) dan Maryam kelihatan sedondon dengan busana biru.Setibanya di majlis pernikahan dan persandingan sepupunya, Ryzal bernasib baik kerana tiada seorang pun hadirin yang menyedari samping itu adalah kain baju kurung.”Dah sampai, tak ada seorang pun perasan, jadi Maryam pun diam sajalah,” ujarnya secara berseloroh.

Keselesaan ‘samping’ itu membuatkan Ryzal mampu bertahan memakainya sehingga tempoh enam jam, sambil menambah kain baju urung boleh dipertimbangkan lagi menjadi pengganti samping pada masa akan datang.”Saya buat video tu pun sebab ada follower nak tengok betul ke saya pakai samping guna kain Maryam tu di majlis nikah dan sanding sepupu,” tambahnya.

Ryzal selesa memakai samping menggunakan kain baju kurung isterinya.“Selesa, nak buka senang dan nak lilit balik pun senang sangat. Lebih mudah daripada samping biasa. Cuma ketat di bawah kain bila nak masuk kereta sebab kain tak terbuka jabis.

“Boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku situasi kecemasan macam ni. Kepada yang ingin cuba cara baru dan lebih jimat kos cubalah cari kain-kain isteri yang dah lama tak pakai.”Menjimatkan masa dan wang. Tak perlu pening fikir nak beli samping corak yang mana. Kalau tak muat boleh buka zip cuma bahagian kaki tu yang leceh sikit,” katanya.

Tular Video Maryam Buat Pada Suaminya. Sekali Suaminya Cuba Balas Balik Tapi Ini Pula Yang Terjadi.

Rasanya nama Maryam iaitu personaliti media sosial dari Korea itu merupakan salah seorang yang diminati warganet apabila dia dan suami, Ryzal atau lebih dikenali sebagai pasangan DurianKimchi sering menghiburkan orang ramai dengan telatah lucu mereka.

Umum sedia tahu bahawa Ryzal dari Malaysia manakala isterinya pula dari Korea namun keserasian pasangan ini yang sporting mengusik antara satu sama lain membuatkan gelagat mereka itu disukai warganet sehingga mereka antara pasangan media sosial yang cukup popular. Malah baru-baru ini pula kecoh selepas Maryam dan suami menjadi tetamu jemputan di rancangan Punchline DAC apabila Maryam ‘buat hal’ sehingga mengundang gelak tawa ramai.

Terbaharu pula, diruangan Instagram peribadi Maryam membuatkan peminat dan pengikutnya terhibur lagi apabila dia bertindak untuk mengenakan suaminya baru-baru ini. Ternyata selepas Maryam cuba mengenakan suaminya itu yang menjadi, Maryam memuat naik posting bahawa dia pula yang dikenakan oleh Ryzal tetapi sebaliknya pula berlaku.

Ternyata kedua-dua mereka yang cuba mengenakan masing-masing membuatkan warganet ketawa besar diruangan komen yang mana posting Maryam kedua-dua itu ditonton ribuan kali. “Kelakarlah ko Ryzal… tak menjadi, Maryam sentiasa berjaga-jaga”

Jumlah Jemputan Bagi Majlis Akad Nikah Sudah Ditentukan. Datuk Dr Zulkifli Dedahkan Jumlah Orang Yang Dibenarkan Bagi Majlis Akad Nikah Dan Harap Maklum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Cara Dr Zulkifli Promosi Kan Saluran Utube Jadi Perhatian Warganet. Sampai Ada Yang Tegur Cara Dr Zulkifli. Mengejutkan Ini Respon Dari Dr Zulkifli Bila Dia Ditegur Macam Tu.

Siapa tak kenal dengan figura hebat Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dahulunya Mufti Wilayah Persekutuan dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Keperibadiannya yang tenang dan berhikmah sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai belia yang tertarik untuk berinteraksi dengan beliau. Terbaru, beliau telah menjadi tumpuan warganet selepas memberi respon kepada salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

“Bukan macam tu Datuk..” Awalnya @SyedMuzzammil_ mula ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya. Kemudian Dr. Zulkifli membalas tweet tersebut dengan menjawab, “Malu nak cakap macam tu. Hehe.” Perbualan antara mereka berdua ini sudah semestinya mencuit hati warganet. Ada juga nak tinggalkan komen gurauan untuk Dr. Zulkifli.

Sporting kan menteri kita. Haa siapa belum subscribe You Tube Dr. Zulkifli boleh subscribe sekarang. Min tengok memang banyak video-video yang bermanfaat kita boleh tengok.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *