Alhamdulillah berita baik untuk rakyat. Ada yang dah masuk bpr tambahan. Rupanya ini status bayaran ikut bank untuk penerima bpr tambahan.

PUTRAJAYA: Sejumlah 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mula menerima bayaran bantuan itu secara berperingkat mulai hari ini iaitu BPR Tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM 100 hingga RM 1,400 akan dibayar pada September nanti. Katanya, bayaran pada September juga akan membabitkan bayaran kes lulus rayuan BPR.

Dalam masa yang sama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 2.1 bilion.

Beliau berkata, sebelum ini kesemua penerima bantuan berkenaan telah pun memperoleh bantuan itu dalam Fasa 1 dan Fasa 2 berjumlah RM 4.68 bilion pada Februari dan Mei lalu. “Mengambil kira pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM 6.78 bilion.

“Jangkaan pembayaran Fasa 3 pula pada September depan dianggarkan berjumlah RM 2.32 bilion. Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM 9.1 bilion disediakan kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Katanya, kerajaan berharap agar bantuan tunai ini akan meringankan beban golongan B40 terutamanya mereka yang amat terkesan a.kibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bermula hari ini hingga 2 Julai manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) boleh mendapatkan bantuan itu melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Status Bayaran BPR Pemerkasa Tambahan Ikut Bank. Kemasukan adalah secara berperingkat tarikh rasmi BPR adalah 29 Jun 2021. Walau bagaimanapun ada penerima yang sudah mendapat Bantuan Prihatin Pemerkasa Tambahan seawal 26 Jun 2021.

Pembayaran adalah secara berperingkat, oleh itu tarikh hanya menunjukkan pembayaran sudah bermula untuk bank tersebut. Tarikh yang tertera adalah sebagai rujukan berdasarkan hari penerima mula mendapat bayaran. Oleh itu sila bersabar jika anda belum mendapat bayaran.

Tarikh Kemasukan Berdasarkan Kongsian Di FB. Kemasukan adalah secara beperingkat, mengikut bank, kawasan dan kategori permohonan. Jika ada permohon yang sudah menerima di bank yang tertentu, tidak bermakna semua bayaran untuk bank itu diterima sekaligus kerana pembayaran adalah secara berperingkat. Harap bersabar.

Kredit : HM/BSHR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Alhamdulillah ini yang ditunggu tunggu oleh rakyat. Terkini Bpr tambahan telah dikreditkan kepada penerima.

Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan. Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.

Apa itu BPR Tambahan

BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).

Syarat Kelayakan BPR Tambahan

BPR Tambahan ini akan diberikan kepada penerima BPR 2021 yang berkelayakan. Jadi penerima yang telah dapat BPR sebelum ini AUTOMATIK akan dapat bantuan ini tanpa perlu buat permohonan baru.

Nilai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima : Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500. Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300. Bujang : BPR Tambahan RM100

Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021. Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

Cara Semakan

Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021. Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/. Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. Tekan Semak.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN. Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Kanak-kanak JKM untuk golongan B40.

FAQ & Soalan Lazim

Berapakah BPR tambahan untuk orang bujang? Orang bujang yang berkelayakan akan dapat RM100. Bagaimanakah cara permohonan BPR tambahan ini? BPR tambahan tidak perlu buat permohonan baru. Ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara automatik akan dapat bantuan tambahan ini.

Berapakah BPR Tambahan untuk isi rumah? Keluarga yang berkelayakan akan dapat RM300 – RM500 tambahan. Bilakah pembayaran BPR Tambahan? BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak. Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut.

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://www.portalmalaysia.com/bpr-tambahan/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini kerajaan umumkan bantuan belia Rm1 k untuk yang berumur 18 hingga 30 tahun. Rupanya ini cara permohonan dan juga tarikh akhir.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengang.guran. MPN merupakan badan tertinggi dalam penetapan dasar, strategi dan pemantauan pelaksanaan inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan. perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi tahun ini, MPN menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Untuk tujuan ini, kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melaksanakan program Penjana Kerjaya 2.0 dan pemerkasaan portal MYFutureJobs bagi menggalakkan majikan mengambil dan melatih pekerja-pekerja baharu.

Penjana Kerjaya ini merupakan salah satu p.rogram di bawah Kementerian Sumber Manusia atau kata lainnya PERKESO untuk memberi peluang menambah pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja kepada belia.

Selain itu, program ini membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on the job training.

Program ini juga telah ditambahbaik dengan memberi insentif sehingga RM 1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.

Bantuan Belia Untuk 18-30 Tahun

Bermula pada tahun 2021, banyak k.ategori dan golongan di malaysia dibantu oleh kerajaan Malaysia supaya dapat berhadapan dengan cabaran pkp pkpb dan covid 19 di Malaysia.

Berdasar pembentangan Bajet Belanjawan 2021, bantuan belia 18-30 tahun sebanyak RM 1000 diumumkan dengan harapan lebih ramai yang dapat peluang kerja dan jawatan dikala waktu yang cukup genting ini. Ia sekaligus dapat mengurangkan bilangan penganggur di Malaysia dikalangan graduan hari ini.

Bantuan kerajaan untuk belia sebanyak RM 1000 ini terbuka kesemua yang berminat dan berkelayakan termasuk di Putrajaya Sabah Sarawak Melaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kl Labuan Perlis Pulau Pinang Penang Perak Kedah Selangor Negeri Sembilan Johor Pahang Kelantan dan Terengganu.

Cara Daftar Dan Mohon

Anda layak untuk menikmati tawaran gaji bersama-sama dengan elaun pada setiap bulan sekurang-kurangnya RM 1,200 sebulan selama tempoh. Manakala RM 1,000 diberikan kepada kalangan majikan yang memberikan peluang kepada golongan penganggur dan graduan untuk bekerja di syarikat.

Kelebihan

Memberikan peluang kepada kalangan pengang.gur untuk mendapatkan pengalaman bekerja dan meningkatkan kualiti dan mutu kerja anda.

Syarat Kelayakan

Pastikan anda masih tiada kerja lagi dan mengganggur, anda adalah warganegara malaysia yang sah. Umur anda mesti antara 18-30 tahun ketika menghantar permohonan. Tarikh permohonan bagi program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Kredit : MalaysiaSemasa/Perkeso

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *