Perkongsian Zizan yang seakan menyindir buatkan ramai tertanya. Tapi ramai pula yang balas seolah memahami maksud tersebut.

Tidak disangkal lagi menjadi seorang pelawak amat sinonim dengan perwatakan yang gemar bergurau mengenai pelbagai topik sama ada isu penting ataupun tidak. Malah, ada juga dalam kalangan kita yang melabel pelawak-pelawak tanah air ini sebagai seorang penggiat seni yang tidak pernah serius dek kerana sering bergurau. Baru-baru ini, penyanyi, pelakon dan pelawak terkenal mendapat perhatian netizen apabila kapsyen di posting terbarunya itu dikatakan mempunyai maksud tersirat.

Zizan memuat naik sebuah gambar yang memaparkan dirinya sedang bersilat dengan mengayakan baju hitam lengkap bersama tengkolok seperti seorang pendekar di Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak telah menulis kapsyen yang seakan berbaur seperti sindiran sehingga menimbulkan persoalan netizen mengenai maksud mendalam disebalik kapsyen itu. Jika diperhatikan, ada di antara mereka yang mengerti, dan ada juga yang bingung dengan kapsyen Zizan itu. “Dulu keris tik4m penjajah. Sekarang keris tik4m sedr4h”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Zizan seolah-olah memahami dengan maksud tersirat kapsyen tersebut serta ramai di antara mereka yang bersetuju dengan pendapat Zizan. Ada juga dalam kalangan mereka yang memuji Zizan kerana berani menampilkan pendapatnya yang tampak tegas dan serius itu. Menurut mereka, kapsyen Zizan itu seakan ada terselit mengenai keadaan negara kita pada saat ini. Malah, ada juga segelintir rakan-rakan selebriti yang turut tinggalkan komen yang seakan bergurau dengannya.

Siapa sangka seorang pelawak yang selama ini kita lihat sering bergurau tidak bertempat ini boleh memberikan kata-kata yang terpahat tepat ke hati? Maka, benarlah kata orang dahulu bahawa individu yang suka bergurau ini sebenarnya mempunyai perwatakan yang sangat matang dari segi percakapan mereka apabila mengulas mengenai isu penting. Bagaimanapun, Zizan masih tidak memaklumkan mengenai maksud sebenar kapsyen tersebut kepada umum. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan. Eh tapi jarang kita lihat sisi Zizan yang seperti ini kan? Cayalah!

Sumber: Instagram Zizan Razak & koolfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terdahulu tular milik cincin yang dihadiahkan oleh Zizan. Sekali Zizan tampil dedah cerita sebenar.

Menginjak usia 37 tahun, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mendoakan agar dirinya cepat dipertemukan jodoh. Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak yang berkongsikan ucapan itu di Instagram turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati dirinya dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak.

Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Cincin Untuk Siapa

Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak mengundang seribu persoalan dan spekulasi warganet apabila memuat naik sebentuk cincin di Instastory miliknya. Menerusi Instastory tersebut, selain sebentuk cincin sebagai kejutan, dia turut memuat naik video sejambak bunga dan hadiah yang akan diberikan kepada insan berkenaan. Seterusnya, dia berharap si penerima itu akan gembira dengan kejutan yang dilakukannya serta meminta doa warganet agar semuanya berjalan lancar.

“Saya harap awak gembira dengan kejutan ini, doakan semoga semuanya berjalan lancar,” tulisnya. Tinjauan mendapati, rata-rata warganet memberikan komen, cincin berkenaan untuk ibunya serta ada yang mend.akwa k.ejutan itu juga hanyalah g.imik semata-mata.

Zizan Beritahu Cerita Sebenar

Terima Kasih semua yang sentiasa support kerjaya saya dan doakan saya. Doakan juga saya supaya terus kuat untuk maju kedepan berkongsi lebih manfaat dengan anda semua.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=1092283617966590

Kredit : Utusan/IGZizan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Zizan Razak sempat kongsikan gambar semasa kecil untuk ucapan hari lahir abangnya. Sekali lain pula yang warganet perasan.

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil bersama abangnya, Hafiza Razak. Zizan berkongsi foto ‘throwback’ itu menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya sempena ulang tahun kelahiran abang kesayanganya.

“Happy birthday to my big brother @hafizarazak semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa dilindungi Allah dan panjang umur. #happybirthday #sibling,” tulisnya. Bagaimanapun, apa yang menarik perhartian bukanlah gelagat Zizan di dalam foto tersebut sebaliknya bahagian hidungnya.

“Dulu Hidung Tak La Macam Senapang Sangat” – Kongsi Foto Sewaktu Kecil, Hidung Zizan Pula Jadi Perhatian. “Dulu Hidung Tak La Macam Senapang Sangat. Kongsi Foto Sewaktu Kecil, Hidung Zizan Pula Jadi Perhatian

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tinggalkan coretan berbentuk gurauan semata-mata untuk mengusik Zizan. “Dulu hidung tak lah macam senapang sangat,” komen @hilmihalim. “Time kecik tak adalah tinggi nau hidung, sekarang bakpe die meninggi nau tu bang,” usik @famy420

“@zizanrazak869 time ni hidung awak belum besau lagi eh… Tapi walau macam mana pun saya minat awak! Time ni awak comey je eh” coret @norah_hanns. Terdahulu, Zizan sebelum ini memang terkenal dengan bentuk hidung yang mancung di kalangan peminatnya.

Komen Warganet
amir_fikri.00 – “Alaaa zizan comel nye belah kanan tu”. awangsadiah – “Zizan comel nye dah besar Hensem”. nurul.amiraa – “Hidungnya sama sik”. shaz4310 – “Hepy besday zan.. Idung mmg dari kecik dah besa ye tak.. Aset zan.. Xpe.. Jage aset baik2. Hshehe”

Sumber : GEMPAK / IG Zizan Razak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Apabila Komen Zizan Razak Itu Dibalas Oleh Kekasihnya. Kini Uyaina Tampil Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.

Foto pelawak Zizan Razak bersama Uyaina Arshad berserta kapsyen seakan-akan ingin memikat aktres itu yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian warganet.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, bagaimanapun menganggap kapsyen itu sekadar gurauan memandangkan Zizan mengetahui hubungannya dengan penyanyi Raja Shahiran.

Malah, Uyaina turut terhibur membaca komen balas Zizan kepada Raja Shahiran yang mendoakan agar hubungan dia dan penyanyi itu kekal hingga ke jannah.

Komen balas Zizan mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal hingga ke jannah.

“Gambar tu diambil selepas kami selesai merakam satu babak bersama dalam telemovie Puteri Bulan. Saya tahu dia bergurau, saya tak kisah pun… lagi terhibur ada la. Dia pun sebenarnya tahu saja saya rapat dengan Raja Syahiran, jadi tak ada isu pun. Lagi saya rasa kelakar bila Zizan balas komen Raja Shahiran macam itu,” katanya kepada mStar.

Spekulasi hubungan cinta Uyaina dan Raja Shahiran mula timbul selepas foto pasangan itu berpakaian sedondon ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular pada 7 September lalu.

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Shahiran mengakui dia dan model muslimah itu kini dalam fasa mengenali satu sama lain. Dalam pada itu, Uyaina yang terkenal dengan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa kini. Menurut Uyaina, dia mahu memberi perhatian kepada karier seni terlebih dahulu selain ingin mencuba pelbagai watak di masa hadapan.

Foto Uyaina memakai pakaian sedondon dengan Raja Shahiran di majlis resepsi Mira Filzah.

“Di usia ini, saya bukan main-main dah mencari pasangan, cuma sekarang kami lebih fokus kepada karier masing-masing. Lagipun masih baharu sangat bertapak dalam industri seni. Kalau boleh saya nak cuba watak lain sikit… saya nak orang nampak bakat saya. Nak jadi pelakon yang versatile tak boleh duduk dalam zon selesa, kena banyak cuba benda baru,” ujarnya.

Warganet Suruh Kahwin Cepat. Ternyata Beberapa Perkongsian Yang Dibuat Oleh Uyaina Arshad Bersempena Ulang Tahunnya Raih Perhatian Gara Gara Ini

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 bersama orang tersayang termasuklah penyanyi Raja Syahiran.Menerusi laman sosial Instagram, Uyaina berkongsi beberapa keping foto sambutan hari jadinya yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota.Meraikannya bersama teman-teman kesayangan, Uyaina turut memberikan satu hantaran istimewa ditujukan pada Syahiran untuk tujuan penghargaan.

Sebelum hari ini berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jiwa indah ini. Kerana menjadi seorang yang sangat sweet dan manusia paling caring yang saya pernah kenal. Saya berterima kasih kerana berkongsi hati emas awak dan saya doakan kebahagiaan dan kejayaan buat awak.“Awak memang seorang yang sangat baik. Semoga sentiasa berada di dalam pelukan Allah. Dan semoga dapat menjadi anak yang terbaik dalam keluarga. Thank you, Kiev,” tulis Uyaina sebagai kapsyen.

Tidak hanya ucapan manis, Uyaina turut ‘tagged’ nama Instagram Syahiran tepat di hatinya.Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar pasangan ini bertemu jodoh.Malah, ramai juga yang meminta Uyaina dan Syahiran agar segera berkahwin.“Eh ada bau nasi minyak laaa,” usik seorang wargamaya.“Semoga kalian bertemu jodoh dan berbahagia berdua,” komen seorang wargamaya.“Wow bersemutlah. Semoga berjodohan dunia akhirat,” tulis seorang wargamaya.“Ada jodoh ni, muka sama cantik saam comel,” ujar seorang wargamaya.

“Hancur hati saya my Usu Sakinah dah ada boyfriend,” rajuk seorang wargamaya.“Cepat kahwin!” pesan seorang wargamaya lagi.Dalam laporan Gempak bertarikh 11 September lalu, pasangam ini mengakui sedang mengenali hati budi.Terdahulu, dakwaan mengatakan Uyaina dan Syahiran menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram.Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

Ambil Inisiatif Untuk Jalani Ujian Saringan. Uyaina Arshad Tanpa Segan Silu Berkongsi Perasaan Anehnya Ketika Membuat Ujian Tersebut Dan Rata Rata Peminat Juga Kongsi Pengalaman

Seperti yang kita sudah tahu, penularan pandemik COVID19 telah menimbulkan kerisauan ramai pihak selepas kes baharu wabak tersebut dilaporkan kembali meningkat sejak awal Oktober ini. Pelakon dan pengacara,Uyaina Arshad misalnya turut mengambil inisiatif untuk jalani ujian saringan COVID19 ( Swab Test ).

Shaidatul Naseha Uyaina Arshad atau lebih gemar dipanggil Uyaina,berkongsi ketika dirinya menjalani ujian tersebut.“Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi, Yana rasa sakit. Doktor j0lok hidung je, tapi rasa sampai ke otak.“Padahal doktor buat dah sehabis lembut dah.“Bismillah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua & dijauhkan dari wabak Cov1d-19 aamiinnn And thank you to our frontliners, our heroes,” tulisnya.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen entri berkenaan.Video: Instagram Uyaina ArshadApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : MH

Pelik Bila Ada Segelintir Peminat Gemar Tentukan Kehidupan Artis Kegemaran Mereka. Uyaina Arshad Dedahkan Situasi Yang Dia Alami Sepanjang Kariernya

Uyaina tidak mahu terganggu dengan segelintir peminat yang dianggap bukan peminat sebenar.STATUS yang dimuat naik pengacara dan pelakon Uyaina Arshad di laman Twitter miliknya mengundang pertanyaan dalam kalangan warganet .Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina, 28, berkata terdapat segelintir individu yang dianggap bukan peminat sebenar gemar menyusun jalan kehidupan artis kesayangan mereka.

Menurut pemilik Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini, memilih pasangan dan menentukan perkongsiannya di laman sosial bukan untuk memuaskan hati semua pihak dan dia tidak mahu terganggu dengan perkara tersebut. Status yang dimuat naik Uyaina tarik perhatian.“Lucunya bila ada sesetengah individu digelar ‘peminat dan pengikut’ yang gemar menyusunkan kehidupan artis kegemaran mereka.

“Dengan siapa kita perlu pilih untuk bersama, apa yang kita perlu dan tak perlu kongsi di media sosial bukan untuk memuaskan hati anda.”Bnci dengan semua yang anda mahukan. Saya tidak akan terganggu dengan perkara itu. Saya mempunyai kehidupan untuk diteruskan,” kata Uyaina.

Biarpun pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai status tersebut namun rata-rata peminat menyokong dan bersetuju dengan kenyataan itu.”Sokong kak Yana… peminat tak payah masuk campur hal peribadi.”Elakkan peminat yang toksik kak Yana. Fokus dengan impian awak seterusnya,” komen beberapa peminatnya.

Foto Uyaina dan Raja Syahiran memakai baju sedondon di majlis resepsi Mira Filzah jadi tular.Sebelum ini, Uyaina dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Raja Syahiran selepas foto mereka memakai baju sedondon berwarna putih ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular.

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azharianshah, 27 berkata dia tidak menjangkakan foto mereka itu akan menarik perhatian warganet .Bagaimanapun, Raja Syahiran mengakui dia dan model muslimah itu dalam proses mengenali satu sama lain namun soal berkahwin itu bukan menjadi fokus utama mereka.-mstar