Semua pemilik akaun TNB akan terima diskaun sebanyak ini dari Julai hingga Disember. Sampai banyak macam ni sekali peruntukan dikeluarkan.

Seramai 9.44 juta pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati rebat elektrik sebanyak dua sen kilowatt per jam (kWj) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember depan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan bersetuju membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen kWj membabitkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

“Pemberian rebat tambahan ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus bagi tempoh itu. Selaras dengan pelaksanaan mekanisme penetapan tarif elektrik di Semenanjung yang dilaksanakan sejak 2014, pelarasan kos penjanaan elektrik perlu dilaksanakan setiap enam bulan melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT),” katanya menerusi sidang media secara maya hari ini. Katanya, bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021, kos ICPT yang perlu diselaraskan berjumlah RM638.98 juta.

“Ini bermakna kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna ialah sebanyak 1.13 sen/kWj berbanding kadar rebat bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu dua sen/kWj. Peningkatan kos ICPT berlaku berikutan peningkatan kos pembekalan gas dan arang batu bagi tempoh Januari hingga Jun 2021,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, dengan mengambil kira cabaran dan kesukaran yang dihadapi rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19, kerajaan bersetuju untuk membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj itu.

“Selain itu, pengguna di Kulim High Technology Park (KHTP) yang mendapat bekalan elektrik daripada NUR Power Sdn Bhd, kerajaan juga bersetuju untuk memberi rebat elektrik sebanyak dua sen/kWj kepada pengguna bukan domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021. “Ini adalah kali pertama pengguna bukan domestik di KHTP menikmati rebat elektrik sejak mekanisme penetapan tarif kawal selia berasaskan insentif (IBR) dilaksanakan pada 2017. Pemberian rebat ini dilaksanakan berikutan berlakunya penurunan harga bahan api gas dan bekalan elektrik pukal TNB pada separuh tahun pertama 2021 serta penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, selain pembiayaan rebat tambahan ini, kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik bagi tempoh Julai hingga September 2021 untuk Semenanjung dan Sabah.

“Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Justeru apa yang saya umumkan hari ini berbeza berbanding diskaun. Namun penting kerana kerajaan bersetuju membelanjakan RM493 juta supaya tidak berlaku kenaikan tarif elektrik dan mengekalkan sebagaimana sekarang,” katanya.

Menurutnya, selain itu, KeTSA juga ingin memaklumkan golongan miskin tegar dengan pendapatan RM1,169 ke bawah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih adalah layak mendapat rebat bil elektrik RM40.

“Sehingga Mei 2021, jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak ialah 282,182 orang. Bagaimanapun, hanya 113,745 iaitu 40.31 peratus daripada KIR yang layak mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka. Oleh itu, saya menyeru supaya mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti bagi membolehkan mereka menikmati rebat bil elektrik berkenaan,” katanya.

Sumber : Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang masih belum dapat jawapan keputusan lanjutan PKP 3.0 ini. Sekali Ismail Sabri tampil umumkan.

Hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan, nampaknya keputusan lanjutan atau sebaliknya bakal diumumkan pada harini. PKP 3.0 yang dijangka bakal tamat 28 Jun ini bakal diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk pengetahuan, sebelum ini kerajaan Malaysia memaklumkan PKP fasa pertama akan berakhir sekiranya Malaysia mencatatkan 4,000 kes dan ke bawah selama tujuh hari berturut-turut. Melihat kepada situasi semasa berkemungkinan PKP 3.0 fasa pertama ini bakal dilanjutkan lagi.

Dalam pada itu, tular berita di mana PKP 3.0 bakal diteruskan lagi sehingga 12 Jun 2021 walau bagaimanapun telah dinafikan oleh pihak Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai berita palsu.

Diharapkan dan didoakan agar orang ramai dapat mengikut SOP dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 agar orang ramai dapat menjalani kehidupan yang normal semula.

Sumber: vocket

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai tertanya tanya pkp 3.0 sambung atau tidak. Sekali ini yang Perdana Menteri cakap buat ramai yang terkejut.

Selepas berminggu-minggu duduk di rumah, pasti ramai tidak sabar untuk mengetahui adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan ataupun tidak, bukan? Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum tarikh penguatkuasaannya pada 28 Jun ini, sama ada disambung atau beralih ke fasa seterusnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana keputusan yang dibuat perlu berdasarkan pelbagai data dianalisa oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

“Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih sebelum pengumuman rasmi dibuat,” katanya semalam.

Muhyiddin berkata, perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bagi menilai keadaan semasa pandemik negara. Terdahulu, kerajaan melaksanakan PKP 3.0 berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun (fasa pertama) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ismail Sabri umumkan Pkp 3.0 tunjuk kesan positif. Tak boleh berdiam sekali Najib Razak dedahkan apa yang rakyat perlukan sekarang.

Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu terbukti selepas kes harian covid-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada bulan Mei kepada 5,419 semalam dan beliau berharap kes harian akan terus menunjukkan penurunan.

“Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut covid-19. Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

“Fasa pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengncm sistem kesihatan awam. Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.

Ismail Sabri juga berkata, Majlis keselamatan Negara (MKN) menerima 266 aduan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan pelbagai kementerian dan agensi dari 6 hingga 14 Jun lepas.

“INI APA YANG PATUT KERAJAAN BUAT” – Najib Razak

Menerusi laman facebook rasmi Najib Razak, beliau telah memuat naik satu posting tentang apa yang terjadi sepanjang PKP 3.0. Perkara ini sebenarnya telah pun berulang kali bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak utarakan.

Dengan kenyataan dari Menteri Ismail Sabri yang memberitahu bahawa ada kesan positif selepas PKP 3.0 dilaksanakan tetapi jika dilihat pada rakyat terutama golongan b40 pasti kerajaan akan tahu bahawa rakyat sedang susah. Justeru itu Najib Razak telah keluarkan beberapa cadangan kepada kerajaan.

1) Moratorium pinjaman automatik tanpa faedah untuk tempoh 3 bulan bagi B40, M40 dan PKS. Arahkan bank juga untuk hentikan panggilan dan surat menuntut bayaran dari peminjam selagi negara masih dalam Total Lockdown.

2) i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0. 3) Naikkan bantuan tunai bagi kategori B40, bujang dan perkenalkan bantuan tunai bagi M40. 4) Kembalikan diskaun bagi bil elektrik. Najib razak memohon agar

kerajaan jangan tunggu lagi dan laksanakan terus untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ini. Tidak sampai 30 minit, jumlah tanda suka pada posting beliau telah mencecah 14 ribu dan jumlah perkongsian menghampiri 600.

Komen Warganet:

“Terus perjuangkan nasib rakyat bossku, i sinar i lestari 2.0 kasi cepat, kilang diminta tutup beroperasi abis mana datang sumber pendapatan kalau tidak bekerja, fikir logik la menteri pakatan nasional allah taala bagi otak dan akal”

“Assalamualaikum Dato’seri.. Datuk seri Tolong la bangkit kan lagi berkenaan I-SINAR serta I-LESTARI Supaya di sambung lagi..Kami perlu kan duit sendiri. Menteri kewangan tak apa la gaji berpuluh ribu.. Tu rezeki dia. Kami nk duit kami ja” “Saya yakin cadangan datuk sri ini bernas dan mengambil kira kesimbangannya. Mana yg baik dan perlaksanaan nya manpu dilaksana buat rakyat kita mesti sokong”

Sumber : Sinar Harian / FB Najib Razak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.