Selepas dikritik Elizad tampil kongsikan foto terbaru dengan berbaur positif. Sekali rupanya munculnya petir sebab Tuhan nak bagi pelangi.

Setelah melalui episod duka dikritik dan sewenang-wenangnya digelar m4ndul, pelakon dan pengacara Siti Elizad kini kembali bangkit menjalani kehidupan seperti sediakala. Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifuddin berkongsi beberapa keping foto terbarunya dengan kapsyen berbaur positif.