Ibu jakun siap cuba dekat Aafiyah. Ramai terhibur tengok gelagat CTDK dapat beli sesuatu ini.

Terdapat satu video telah menarik perhatian kami dilaman instagram officialsimply siti. Datuk siti sering merakam gelagatnya bersama dengan Aafiyah sering membuatkan warganet terhibur denganya.

Baru-baru ini Siti telah membeli dyson airwrap di shopee.Siti telah mengunakan rambut Aafiyah sebagai model barang tersebut.

 

Datuk Siti juga turut menulis kapsyenya di video tersebut telah membuatkan warganet terhibur dengan dua beranak tersebut. Lama xnmpk Aafiyah.. rindu..

VIDEO:💙❤️

https://www.instagram.com/p/CQkroHQFTG_/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

KOMEN WARGANET:

Sumber:Instagram Officialsimplysiti

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mesti sedih bila setiap kali call Aafiyah. Pengasuh Aafiyah dedahkan perbualan dia dan Aafiyah buat ramai yang terharu.

Pengasuh anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu yang dikenali sebagai Dayah Zubit telah pun melangsungkan pernikahannya semalam. Wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain pasukan bola speak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.

Difahamkan majlis yang diadakan dengan penuh sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga itu berlangsung di Sungai Petani, Kedah. Dayah menerusi akaun Instagram (IG) InstaStory miliknya berkongsi momen gembira itu.

Pun begitu, dalam masa yang sama Dayah turut bersedih apabila mengenangkan Aafiyah yang teruja ingin bersamanya di hari bahagia. Namun tidak berpeluang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Setiap kali VC (video call) dengan Aafiyah mesti sedih sebab dia sangat excited dan setiap kali dia nampak Dayah lepas solat masa doa mesti dia akan datang dan cakap ‘ Aafiyah doakan kakak dengan abang kahwin.. Aafiyah doa datang kakak kahwin, kakak beli baju princess kat Aafiyah ok”.’

“Tadi bila dia nampak Dayah pakai dress ni, dia kata ‘Kakak tunggu Aafiyah nak datang, mana baju Aafiyah kakak”, Allahu sedihnya. “I’m so sorry my dear princess, nanti ok bila dah boleh buat majlis,” luahnya.

 

Bagaimana pun Dayah gembira dan berterima kasih kepada Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jawa yang bermurah hati untuk menaja busana pernikahan pasangan berkenaan hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi tersohor negara itu kecil lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Gempak

Belum Habis Lagi Kes Tokti Ni. Akhirnya Tokti Dan Suami Dikenakan Kompaun 10 Ribu. Tapi Ini Pula Jumlah Untuk Tetamu Vvip Yang Lain.

Sebelum ini pihak polis meny.iasat majlis tahnik dianjurkan seorang penyanyi tersohor tanah air yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

“Kita mengesan laporan disiarkan sebuah portal berita berhubung rasa tidak puas hati warganet berkaitan majlis tahnik dianjurkan seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang. “Terdapat juga beberapa gambar di dalam l.aporan berita terbabit menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis itu.

“Laporan itu juga mendakwa VVIP dan penceramah jemputan hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak polis untuk merentas negeri atas alasan mereka tinggal di luar Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Selain itu katanya, laporan berkenaan juga menyatakan majlis terbabit dijalankan tanpa mematuhi SOP ditetapkan.

“Sehubungan itu, kita sudah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. “Pihak penganjur majlis sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk hadir memberikan keterangan lanjut kejadian,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan. Terdahulu, turut tular di media sosial beberapa gambar berkaitan gambar majlis tahnik bersama majlis akikah yang diadakan penyanyi, Datuk Seri Nurhaliza selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Antara VVIP yang dikatakan hadir pada majlis yang diadakan pada Khamis lalu itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Terdapat segelintir warganet tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan dan mendakwa Siti Nurhaliza tidak sensitif dengan situasi semasa.

Ini Jumlah Yang Kena

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM 10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal Mei lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan k.ompaun sebanyak RM 2,000 setiap seorang.

Kredit : BHOnline

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Ustaz Azhar Idrus Rentas Negeri Untuk Pergi Majlis TokTi. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Dedahkan Perkara Sebenar.

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran warganet kerana dikatakan gagal mematuhi p.rosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid 19. Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangkitan Covid 19 masih lagi mencatatkan empat angka. Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Susulan itu, warganet menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut. “PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini… macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignrance (tidak peka) dengan isu semasa. “Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis warganet.

Sebelum ini, warganet turut mempertikaikan i.su SOP di h.ospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K. Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin. Usaha untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Tokti Pun Tak Tunjuk Wajah Penuh Bayi. Asyraf Khalid Dikatakan Jual Wajah Adik Sendiri. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ini Penjelasan Dari Asyraf.

KETIKA penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya mata kedua pada pagi Isnin, ada juga cerita kurang enak apabila anak tirinya, Asyraf Khalid menerima kritikan warganet. Asyraf dan isteri, Tya Ariffin dikakan sengaja jadi perhatian dan ‘mempergunakan’ kelahiran anak kedua Siti itu bagi menarik tontonan video di saluran YouTube milik mereka.

Rata-rata waranet di Twitter meluahkan kekesalan dan berpendapat pendedahan wajah bayi itu hanya berhak dilakukan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Seorang warganet di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak beradab.

“Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot. “Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah,” kata warganet tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya. “Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikrtik apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018. Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Selamat Lahirkan Anak Lelaki Seberat 3.84kg. Pengurus DS Siti Nurhaliza Tampil Beritahu Perkembangan Tokti

Dilaporkan Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata kedua sekitar jam 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor. Terbaru, pengurus Siti berkata dalam satu kenyataan media, bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Ini antara kenyataan yang dibuat oleh pengurus Dato Seri Siti Nurhaliza sendiri untuk makluman.

Pihak pengurusan di IG menjelaskan”Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.”Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,”Dalam kesempatan itu, Siti dan suaminya turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Manis Sangat Layanan Datuk K Semasa DS Siti Nurhaliza Hamil Anak Pertama. Kali Ni Perkongsian Pasangan Ini Raih Perhatian Orang Ramai

DIkhabarkan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi nombor satu negara sedang hamil anak keduanya selepas menimang cahaya mata pertama iaitu Siti Aafiyah. Dan terkini Siti Aafiyah sudah berumur dua tahun akan menerima kehadiaran adiknya tak lama lagi.

Namun begitu, mungkin ada yang masih ingat dengan gelagat manis di saat Tokti hamil anak pertamanya ditolak Datuk Seri Khalid atau Datuk K dengan menggunakan kerusi roda.

Berdasarkan video yang dimuat naik ini kelihatan Datuk K menolak Tokti menggunakan kerusi roda dan kedua-dua momen anak pertama dan anak keduanya itu meraih tumpuan peminat dan pengikut diruangan Instagram terbabit.“So sweet Dk & Dssn. 1st video, Tokti pregnant Aaisyah. 2nd video, Tokti pregn4nt second baby…”

Gelagat sweet yang diterima penyanyi popular itu bagaimanapun dikatakan peminat bahawa dia memang layak disamping peminat juga tidak ketinggalan untuk mendoakan yang terbaik terhadap keluarga bahagia itu.“Selayak…”“Semoga dipermudahkan”“…nampak Datuk K dah mahir menolak wheelchair”

Ada Orang Buat Live Seolah Olah DS Siti Nurhaliza Benar Benar Sedang Membuat Sesi Siaran Langsung. Ini Satu Permintaan Dari DS Siti Nurhaliza

Satu sahaja pesanan dari Datuk Seri Siti Nurhaliza “Tolong jangan percaya!”. Menerusi hantaran di IG, DS Siti Nurhaliza minta para peminat dan oranga ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan pembohongan menggunakan video dan imejnya yang menawarkan kepada mereka yang menonton.

tegas Siti bahawa semua itu adalah scmmer yang berniat tidak elok bagi kepentingan peribadi dan berbohong kepada masyarakat. Makin rancak aktiviti dengan agenda mereka. Mohon tolong jangan percaya,mereka siarkan video siaran langsung seolah olah saya benar benar sedang membuat sesi siaran langsung ketika itu dan menganjurkan peraduan serta pelbagai ganjaran.

“Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda telah terkena! Ini scmmer!” katanya.Siti berkata, individu tidak bertanggungjawab itu melakukan perbuatan itu pada waktu yang tidak masuk akal.“Mereka buat sesi siaran langsung masa orang tidur, logik ke saya tengah ‘live’ waktu berkenaan? Boleh tengok di Instagram atau Facebook saya, @ctdk ini dan Siti Nurhaliza (page), ini sahaja akaun rasmi sosial media saya.

“Walaupun mereka tulis siaran langsung di page Facebook saya tapi jika kita peka mengenai kes ini dan berfikir, tentunya kita tak akan terkena,” katanya.Siti juga meminta individu tidak bertanggungjawab itu supaya insaf dan berhenti melakukan tindakan terbabit.

“Kepada anda yang menggunakan gambar, nama, video dan menyamar serta berbohong kepada orang ramai, saya berharap anda insaf dan hentikan perbuatan ini.“Hari ini kita seronok bohong kat orang, satu lagi tentu ada balasannya di atas semua perbuatan kita itu.

“Kepada peminat, pengguna media sosial, tolong berfikir sebelum percaya dengan penipuan seperti ini. Bantu saya untuk menyedarkan lebih ramai orang, hebahkan bahawa ini adalah satu pembohongan dan jangan terpdaya!” katanya.Siti turut berkongsi beberapa tangkap layar gambar akaun Facebook palsu yang menggunakan video dan imejnya.