Budak umur 8 tahun nekad hantar surat cinta untuk Tun M. Sekali apa yang Tun M balas balik buat ramai yang tersentuh.

Surat ‘cinta’ kanak-kanak berusia lapan tahun kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian bekas Perdana Menteri itu. Kanak-kanak bernama Safiya Zahra Mohammad Ahmad menulis surat meluahkan hasratnya bertemu Dr Mahathir di ladang kerbau milik Ahli Parlimen Langkawi itu.

Surat menggunakan tulisan tangan pada buku tulis itu dimuat naik oleh bapanya, Mohammad Ahmad di Twitter pada Rabu berjaya menarik perhatian Dr Mahathir hingga tular di laman sosial.

Dalam surat itu, Safiya Zahra menyatakan dia dan keluarga tinggal di Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkawi. Safiya Zahra dikatakan pernah pergi ke ladang itu malah menggemari susu kerbau serta memuji keindahan ladang ternakan haiwan yang bertempat di pusat peranginan terbabit.

Anak kecil itu juga memberitahu, akan kembali ke ladang ternakan terbabit dan berhasrat untuk bertemu Dr Mahathir sekiranya ada kelapangan. Bagaimanapun dalam maklum balas ciapan, Dr Mahathir yang menggelarkan dirinya sebagai atok memohon maaf kepada Safiya Zahra kerana tidak dapat memenuhi permintaan ‘cucunya’ berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun mendoakan agar kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik dan terus bergembira menikmati lawatan ke ladang kerbau berkenaan. Difahamkan, Safiya Zahra menjadikan Perdana Menteri ketujuh itu sebagai idolanya selain turut gemar membaca dan menulis.

Sementara itu, rata-rata warganet di ruang komen dilihat ‘cair’ melihat tutur kata Dr Mahathir yang mesra ketika melayan kehendak ‘cucunya’. @ji_eunishappy menciap, “This so sweet Tun”. Ciap SheilaZulfigar pula, dia berasa bangga dan menjadikan Dr Mahathir sebagai sumber inspirasi malah mendoakan agar lebih ramai pemimpin seperti beliau.

Tun M Balas Surat

Waalaikumussalam Safiya Zahra. Dear Safiya. I am sorry. I cannot meet you at the buffalo farm. This is because of lockdown. Please enjoy visiting the buffalo farm and enjoy the meat. Wisihing you all the very best.Stay healthy. Sincerely,Your great grandad — Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) June 24, 2021.

Pada Rabu, Dr Mahathir difahamkan berada di Langkawi dalam melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dan berkunjung ke beberapa buah kampung untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang terk3san akibat PKP. Beliau juga turun padang melihat perkembangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan As-Syifa, Padang Mat Sirat dan Kompleks Sukan LADA, Kuah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: SinarHarian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *