Wanita ni kongsikan cerita tentang suami murung teruk gara ara pkp. Sekali Najib Razak komen buat ramai yang terkedu.

Batu Pahat: “Saya reda dengan ketentuan Allah jika suami saya disahkan menghidap penyakit mntal,” kata Natashakilla Zulku, 27, dari Kampung Sungai Nibong Darat, Semerah, dekat sini.

Natashakilla berkata, dia tidak menyangka suaminya, Khairul Kasmon, 35, mengalami kemrungan teruk selepas menghadapi beberapa tekanan hidup. “Suami berubah kepada personaliti begitu berbeza berbanding dulu yang sangat ceria dan sentiasa berfikiran positif.

“Suami tak pernah tertekan sebelum ini, kami bahagia dan mampu tunaikan permintaan empat anak berusia antara dua hingga 11 tahun. Keadaan itu berubah apabila satu persatu masalah menimpa sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Mac tahun lalu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, sebelum itu suaminya diuji dengan kehilangan ibu disusuli nenek yang pergi menghadap illahi akibat sakit tua dan ketika PKP, sektor pekerjaan suaminya dihentikan sementara.

“Saya pula ketika itu baru melahirkan anak bongsu, suami sudah kelihatan tertekan kerana merasakan beban besar yang perlu dihadapi ditambah pula masalah kereta rosak yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

“Suami saya ketika itu bekerja kontrak sebagai pemandu jentera pengaut hanya mendapat bayaran gaji harian dan sumber kewangan kami sekeluarga terputus berikutan pelaksanaan PKP fasa pertama,” katanya. Katanya, sejak itu suaminya mula murung, solat pun terlupa rakaat, bercakap seorang diri.

“Saya terus menghubungi klinik desa berhampiran dan dinasihatkan membawa suami untuk rawatan. “Pada Mac tahun lalu, saya menghubungi ambulans untuk membantu suami mendapatkan rawatan, tapi dia mula bertindak agresif apabila memeluk semua anaknya sambil menjerit dan meminta agar tidak memisahkan mereka,” katanya.

Dia berkata, selepas dihantar ke wad psikiatri di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, doktor mengesahkan suaminya mengalami kemurungan melampau dan perlu mendapat rawatan. “Saya sebagai suri rumah memang tiada sumber pendapatan dan keadaan kesihatan suami pula tidak menentu bergantung pada keadaan emosinya,” katanya.

Reaksi Dari Najib Razak

Ahhh sedih hati saya baca ni. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Guys korang semua ada apa-apa kesusahan, ingatlah. Boleh kongsi di sini dengan saya dan kawan-kawan semua. Di FB saya ini, saya lihat ramai sudi bantu sesama kawan-kawan sini dapatkan kerja, bantu membantu juga. Kita semua 1Malaysia, kita bersaudara. Ramai menghadapi tekanan kewangan dan juga mntal. Saya amat bimbang dengan situasi semasa ini.

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes tak turun juga. Semua dah nak terlingkup. Hattan sampai rayu dekat kerajaan untuk bagi moratorium automatik.

 

Penyanyi legenda Datuk Hattan merayu supaya pihak kerajaan mempertimbangkan pemberian moratorium secara automatik terutama kepada rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.