Dalam usaha untuk dapatkan anak kedua. Misha Omar dedahkan keputusan ujian kesuburan yang dia lakukan buat ramai yang teruja.

Penyanyi Misha Omar berkongsi hasil keputusan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) yang dilakukan baru-baru ini bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai dalam usaha mendapatkan zuriat. Maklum Misha,39, dia bersyukur kerana peluang untuk mendapatkan zuriat kedua adalah besar.

“It was a great session with Dr Azrai. I tak pernah balik dengan ‘awan’ yang banyak di kepala setiap kali berjumpa. Jadi terima kasih kerana menenangkan saya. “Apa yang saya boleh cakap ialah saya bersyukur kerana peluang untuk mendapatkan baby agak besar di situ. Jadi the next one to have a test untuk suami saya pula, Jumaat depan. Doakan ya,” katanya.

Peyanyi lagu Tanpa Rela ini turut kelihatan sebak ketika menzahirkan ucapan terima kasihnya atas setiap doa positif yang diberikan peminat. “Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih buat anda semua yang menghantar ucapan mendoakan saya.

“Masa riviu keputusan AMH pun saya nangis juga sebab saya bersyukur atas apa keadannya, saya bersyukur sangat. “Jadi terima kasih kepada anda semua yang bersama-sama dengan saya dalam journey untuk menjejak Khadeja,” katanya menerusi Insta Stories.

Terdahulu, Misha menggunakan hashtag #menjejakkhadeja yang kini dalam usaha mendapatkan anak kedua. Bintang berusia 39 tahun itu sudah memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dengan melakukan prosedur pertama iaitu ujian (AMH).

Langkah itu dibuat bagi mengetahui tahap kesubvrannya sebelum meneruskan rawatan sesuai. Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki, Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun. Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular lelaki yang muat naik status tentang Elizad buat ramai yang bengang. Sekali ini tindaka Elizad yang ramai sokong.

Tindakan bdab seorang pengguna Facebook yang menulis komen dan memuat naik status berbavr penghinaan terhadap Siti Elizad mengundang pdah. Elizad tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada pukul 8.10 malam tadi terhadap pelaku yang menggunakan nama Zain Rashdan berhubung perkara terbabit.

“Pertannanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen ‘tak masuk akal’ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul, it really hurts me so bad. “Kau Allah ke? Tahu ke aku ni mndul ke tak?

Boleh beranak ke tak?! Menggigil dan terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercaubut, sedih teramat sangat. Kau suka ke kalau tengok aku ni berpisah sebab aku belum ada zuriat?!” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Zain Rashdan terlebih dahulu tinggalkan  komen menerusi artikel yang dimuatnaik di laman sosial sebuah portal hiburan tempatan selain turut mengemaskini status Facebooknya dengan menghina pelakon dan juruhebah radio itu.

Tulis Zain; “Sama-sama kita doakan Elizad dapat zurlat walaupun Elizad sendiri tk solat tk tutup aurat… Jom aminkan p******. Amin.” “I’m crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah bekerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat macam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu diupload ke?!

“Lain orang lain caranya, I dnt need any stupid attention! I’m happy with my life. Dapat anak ke tk, itu kerja Allah. “Cuma, no one can say that ‘mndul’ word to me. Kau tahu tak aku struggle macam apa nak mendapatkan zuriat sendiri?

Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tnpa zuriat. Menangis kecewa sebb tk ada peneman umur dah macam ni,” katanya. Tambah Elizad dia dan suami telah berusaha sedaya upaya dan tdak putus ikhtlar untuk mendapatkan zvriat yang diidamkan setiap pasangan suami isteri.

“Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, ccuk sana sini, sakt tahu tak? Saklt “Yang kau, senang-senang p******kan aku dan cakap aku mndul. Apa aku rasa? Family aku rasa? Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak mendapatkan anak. Kau simply boleh cakap aku man.dul dan p******?

“Jarang aku ambil port dan maafkan orang. But not this time. Luluh hati ini, sedih sangat-sangat. Tuhan je tahu. Saya dah buat laporan polis. Zain Rashdan, kau cuit sa.lah orang,” ujarnya. Elizad sebelum ini mengalami keggran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun sama.

Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun. Sementara itu, ramai yang memberi reaksi berdasarkan hantara tersebut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: trendningkini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.