Elly Mazlein naik angin bila ada yang pertikaikan cara dia bagi bantuan. Tak boleh berdiam sekali Elly sekolahkan balik individu tersebut.

Pengacara dan pelakon Elly Mazlein, 41, berang apabila ada warganet yang mempertikaikan caranya dalam memberi bantuan kepada golongan yang berada dalam kesusahan. Menurut individu yang dikenali dengan nama Cik Miss, dia berpendapat niat murni yang dilakukan Elly sepatutnya tidak dihebohkan kepada orang ramai.