Aprena Manrose dedahkan dia dan suami tangguh untuk ambil vaksin. Rupanya tengah fokus jalani rawatan ini sampai sanggup tangguh ambil vaksin.

Pelakon Aprena Manrose, 28, mendedahkan dia dan suami, Mohd Afiq Hazman sedang berusaha mendapatkan cahaya mata dengan menjalani rawatan perubatan di hospital.

Biarpun enggan berkongsi jenis rawatan, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena berkata dia melihat pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sebagai waktu yang ideal untuk memberi fokus sepenuhnya.