Penjul durian ni bongkarkan berapa pendapatan dia sehari dalam tempoh pkp dengan hanya menjual durian. Pendapatan yang dia dapat dalam sehari memang tak disangka.

Seorang peniaga durian di Kampung Padang, Bukit Lintang, di sini mampu meraih jualan mencecah RM20,000 sehari meskipun pada pelaksanaan kawalan pergerakan penuh. Menurut peniaga muda, Muhammad Aiman Mohd. Nasri, 22, dia terpaksa berulang-alik ke Bukit Pasir, Johor hampir setiap hari bagi mengambil bekalan 1,500 kilogram durian susulan menerima permintaan tinggi daripada pelanggan.

Katanya, kebiasaannya bekalan yang diambil dari negeri jiran itu ‘licin’ dalam tempoh kurang tujuh jam kerana turut menyediakan khidmat penghantaran tunai ketika serahan (COD) meliputi kawasan dalam daerah Me­laka Tengah.

“Setiap hari saya akan mengambil bekalan durian sebanyak 1,500 kilogram di Bukit Pasir kerana kebiasaanya memang buah ini laris terjual de­ngan hasil jualan kasar mencecah RM20,000 sehari.

“Dengan bantuan rakan-rakan yang berniaga bersama di kedai ini, kami juga bergilir-gilir membuat COD melibatkan penghantaran ke 20 buah rumah pelanggan dengan anggaran berat mence­cah 70 kilogram, setiap hari.

“Kami menerima pesanan pembelian serendah RM50 dan tidak kurang juga yang membeli sehingga RM300,” katanya ketika ditemui di gerainya di Bukit Lintang, di sini semalam. Tambahnya, antara jenis durian yang ditawarkan adalah Udang Merah pada harga RM18 sekilogram, Musang King (RM35 sekilogram), durian kampung (RM13 sekilogram), IOI (RM20 sekilogram) dan durian kahwin (RM16 sekilogram).

“Sebelum membuat penghantaran, kami akan belah dahulu durian dan akan menghantar gambar isi dalam, sekiranya pe­langgan berpuas hati, barulah urusan pembelian diteruskan,” katanya. Mengulas lanjut dakwaan segelintir peniaga durian menanggung lambakan kerana pelaksanaan sekatan pergerakan penuh,

Muhammad Aiman sama sekali menjalani pengalaman yang berbeza, malah sebaliknya dia ‘tidak menang tangan’ untuk memenuhi permintaan pelanggan. “Sekarang ini kita kena faham pelanggan tidak boleh bergerak melebihi jarak 10 kilometer, jadi kerana itulah kami sediakan perkhidmatan penghantaran COD dengan caj yang sangat berpatutan bermula pukul 2 petang hingga 6 petang.

“Selain itu, kami sentiasa membuat promosi secara percuma menggunakan platform Facebook. Dengan harga yang berpatutan dan kualiti terjaga, kami tidak pernah berdepan dengan isu kerugian kerana buah durian ini memang digemari ramai,” katanya.

Katanya, penggemar durian di sekitar Melaka Tengah yang berminat untuk membuat pesanan secara COD boleh membuat tempahan menerusi akaun Facebook Melaka Aiman Durian.

SUmber : Kosmo Online

Ramai tertanya tanya pkp 3.0 sambung atau tidak. Sekali ini yang Perdana Menteri cakap buat ramai yang terkejut.

Selepas berminggu-minggu duduk di rumah, pasti ramai tidak sabar untuk mengetahui adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan ataupun tidak, bukan? Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum tarikh penguatkuasaannya pada 28 Jun ini, sama ada disambung atau beralih ke fasa seterusnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana keputusan yang dibuat perlu berdasarkan pelbagai data dianalisa oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

“Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih sebelum pengumuman rasmi dibuat,” katanya semalam.

Muhyiddin berkata, perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bagi menilai keadaan semasa pandemik negara. Terdahulu, kerajaan melaksanakan PKP 3.0 berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun (fasa pertama) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ismail Sabri umumkan Pkp 3.0 tunjuk kesan positif. Tak boleh berdiam sekali Najib Razak dedahkan apa yang rakyat perlukan sekarang.

Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu terbukti selepas kes harian covid-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada bulan Mei kepada 5,419 semalam dan beliau berharap kes harian akan terus menunjukkan penurunan.

“Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut covid-19. Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

“Fasa pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengncm sistem kesihatan awam. Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.

Ismail Sabri juga berkata, Majlis keselamatan Negara (MKN) menerima 266 aduan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan pelbagai kementerian dan agensi dari 6 hingga 14 Jun lepas.

“INI APA YANG PATUT KERAJAAN BUAT” – Najib Razak

Menerusi laman facebook rasmi Najib Razak, beliau telah memuat naik satu posting tentang apa yang terjadi sepanjang PKP 3.0. Perkara ini sebenarnya telah pun berulang kali bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak utarakan.

Dengan kenyataan dari Menteri Ismail Sabri yang memberitahu bahawa ada kesan positif selepas PKP 3.0 dilaksanakan tetapi jika dilihat pada rakyat terutama golongan b40 pasti kerajaan akan tahu bahawa rakyat sedang susah. Justeru itu Najib Razak telah keluarkan beberapa cadangan kepada kerajaan.

1) Moratorium pinjaman automatik tanpa faedah untuk tempoh 3 bulan bagi B40, M40 dan PKS. Arahkan bank juga untuk hentikan panggilan dan surat menuntut bayaran dari peminjam selagi negara masih dalam Total Lockdown.

2) i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0. 3) Naikkan bantuan tunai bagi kategori B40, bujang dan perkenalkan bantuan tunai bagi M40. 4) Kembalikan diskaun bagi bil elektrik. Najib razak memohon agar

kerajaan jangan tunggu lagi dan laksanakan terus untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ini. Tidak sampai 30 minit, jumlah tanda suka pada posting beliau telah mencecah 14 ribu dan jumlah perkongsian menghampiri 600.

Komen Warganet:

“Terus perjuangkan nasib rakyat bossku, i sinar i lestari 2.0 kasi cepat, kilang diminta tutup beroperasi abis mana datang sumber pendapatan kalau tidak bekerja, fikir logik la menteri pakatan nasional allah taala bagi otak dan akal”

“Assalamualaikum Dato’seri.. Datuk seri Tolong la bangkit kan lagi berkenaan I-SINAR serta I-LESTARI Supaya di sambung lagi..Kami perlu kan duit sendiri. Menteri kewangan tak apa la gaji berpuluh ribu.. Tu rezeki dia. Kami nk duit kami ja” “Saya yakin cadangan datuk sri ini bernas dan mengambil kira kesimbangannya. Mana yg baik dan perlaksanaan nya manpu dilaksana buat rakyat kita mesti sokong”

Sumber : Sinar Harian / FB Najib Razak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang dah tak sabar. Akhirnya Perdana Menteri dedahkan bila rakyat boleh balik kampung.

RAKYAT Malaysia yang sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa diminta untuk bersabar sedikit masa lagi sehingga negara mencapai tahap immuniti kelompok yang dijangka berlaku selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Berucap dalam perutusan khas mengenai Pelan Pemulihan Negara hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan pada masa kini terarah kepada usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 terlebih dahulu.

Sabar dulu, selewat-lewatnya hujung tahun ini

“Saya sering menerima permintaan supaya acara-acara sukan seperti perlwanan bola sepak dengan kehadiran penonton di stadium dibenarkan, majlis-majlis sosial diadakan dan paling banyak saya terima ialah rayuan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan ahli keluarga tersayang.

“Sabar dulu. “Pada masa ini, perkara-perkara ini masih tak dapat kita lakukan. Kita mesti utamakan usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dahulu,” katanya. Menurut beliau aktiviti-aktiviti ini dijangka dapat dilakukan secara berperingkat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat apabila negara mencapai tahap imuniti berkelompok iaitu apabila memasuki Fasa keempat, pelan pemulihan negara.

Muhyiddin terdahulu membentangkan strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19. Menurutnya peralihan dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan dilakukan secara berperingkat berpaksi kepada data yang bersandarkan kepada tiga indikator ambang utama.

“Indikator pertama ialah keadaan penularan covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian. “Indikator ke dua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katill di wad ICU dan indikator ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Menurutnya fasa keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana masyarakat boleh kembali semula kepada norma kehidupan seharian dan ekonomi akan dibuka serta lebih banyak aktiviti sosial dan pelancongan domestik juga akan dibenarkan.

“Fasa ini dapat dilaksanakan apabila kes Covid19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah capai tahap imuniti berkelompok atau heard immunity selewatnya pada akhir tahun ini,” katanya.

Pelan Pemulihan Negara… ketahui fakta 4 fasa diumum PM

PERDANA Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar secara berfasa dari pandemik Covd-19. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dengan empat fasa itu dirangka secara berdasarkan data dan sains untuk membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan harian biasa.

Fasa 1

– Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4, 000 kes. – Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana. – 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Fasa 2

– Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis. – Hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. – Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor. – Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Fasa 3

– Semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup. – Boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold seperti purata kes harian Covid19 menurun ke paras bawah 2, 000 kes.

– Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi. – 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

– Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021. – Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi.

– Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua. – Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat. – Semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.

Fasa 4

– Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes. – Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi. – 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

– Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021. – Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

– Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat. Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.

sumber: mstar via https://kisahbena.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru je semalam buat perutusan khas plan pemulihan negara sekali ini yang terjadi pada lamanfb Muhyiddin Yassin. Sampai ada yang merayu untuk minta benda ni.

KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bukan sesuatu pertimbangan yang mudah, kata Tan Sri Muhyidin Yassin. Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap kerajaan dapat meringankan beban yang ditanggung indivdu yang terkesan selaras pengumuman pakej rangsangan ekonomi dan b.antuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM 40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM 5 bil.ion ri.nggit.

“Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kes.ihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada kri.sis ini. “Pada hari ini, saya ingin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik C0vid 19,” katanya

sempena perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi. Strategi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan hari ini merangkumi empat fasa dan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada d.ata yang bersandarkan tiga ind.ikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

“Indikator pertama adalah keadaan penularan C0vid 19 dalam komuniti berdasarkan bilangan k.es jangkitan harian manakala indikator kedua adalah keupayaan s.istem kes.ihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit r.awatan rapi.

“Indi.kator ketiganya adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos s.untikan v.aksin, “katanya dalam perutusan khas berhubung s.ituasi semasa C0vid 19 hari ini.

 

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *