Ada yang suruh Nurin Afiqah bayar keseluruhan kompaun yang berjumlah Rm19 ribu. Tak boleh berdiam akhirnya Nurin Afiqah tampil bersuara.

Personaliti media sosial dan pelakon baharu Nurin Afiqah menyatakan dia tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau sengaja tidak patuhi tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang pandemik Covid-19.
Nurin tampil memberi penjelasan selepas ada segelintir warganet yang menyuruh dirinya menanggung kesalahan dengan membayar keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000.

“Saya memang aware pasal kompaun dan terima hukuman ini. Sebab memang salah saya tak jaga SOP.