Tular pihak bomba terima panggilan kecemasan sebab ada ular dalam rumah. Sekali apa yang pihak bomba temui memang buat ramai yang terkedu.

Anggota bomba sentiasa mendapat pujian oleh masyarakat di negara ini  kerana kesanggupan dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas tidak kira seberat dan seringan mana pun tugasan tersebut.

Mereka dianggap sebagai hero sebenar yang sentiasa berjaga-jaga menyumbang tenaga membantu orang awam. Sebelum ini, kita sering dihidangkan dengan kisah perit dan cabaran mengenai anggota bomba dalam pelbagai misi menyelamat.

Pun begitu, terdapat juga misi-misi yang melucukan apabila anggota bomba perlu menjalankan operasi ekoran daripada kepanikan masyarakat. Sebelum ini, menerusi Facebook seorang ahli bomba yang dikenali sebagai Pakdo Mat,  menceritakan kisah lucu yang dialaminya selepas menerima panggilan kcemasan dari seorang individu yang mendakwa bahawa rumahnya dimasuki ular.

Terima panggilan kecemasan, ular senduk di dalam rumah, berlari saya pergi ke rumahnya, sampai-sampai mujur tidak kena patuk. Saya cemas, mujur dapat tngkap, tak pernah lagi saya lihat ular senduk bentuk ‘S’ macam ni.

Indah ciptaanMu Ya Allah. Takpe lah saya belit di kain langsir senang, memang tanggungjawab saya macam ni. Pun begitu, ular tersebut sebenarnya hanyalah sekeping plastik yang berhuruf  ‘S’.

Itu situasi dialami anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh ketika melakukan tugas mnyelamat di sebuah kediaman di Kampung Chica, Kubang Kerian. Ketua BBP Pasir Tumboh, El Taraf Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga itu yang ketakutan apabila melihat seekor ‘ular’ melingkar pada langsir kediaman mereka.

Katanya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba mereka terlihat kelibat ‘ular’ berkenaan. “ Anggota bomba perasaan itu bukan ular, sebaliknya plastik berbentuk huruf S yang berwarna hitam.

“ Mereka bertanyakan di mana ular itu sebelum ditunjukkan ke arah huruf itu. Anggota kemudian ‘menangkap’ ular itu dan mereka ketawa,” katanya ketika dihubungi. Menurutnya, keluarga berkenaan hanya mampu tergelak dan memohon maaf kepada anggota bomba kerana mereka terlalu panlk lalu menelefon bomba bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba menerangkan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas menyelamat sebaik menerima panggilan kcemasan. “ Sejak bertugas di balai berkenaan, ia adalah kejadlan pertama yang melucukan membabitkan panggilan menangkap ular,” katanya.

Sementara itu, dalam Facebook, kisah ular dan bomba itu mendapat 5,500 tanda suka, 292 komen dan 8,400 perk0ngsian sejak dimuat naik pemilik akaun bernama ‘Pakdo Mat’. Rata-rata warganet terhibur dengan kejadian dan menganggap itu asam garam dalam tugasan anggota bomba yang sedia bertugas dalam apa juga kcemasan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Harian Metro / Pakdo Mat

Sumber : kisahbena.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas je bomba selamatkan isteri dan anak yang dikurung sebab tekanan suami. Akhirnya isteri tampil bongkarkan sesuatu tentang suami buat ramai yang terkejut.

“Dia seorang suami dan bapa yang penyayang serta mengambil berat terhadap keluarga. Saya tak sangka dia bertindak sehingga ke tahap itu,” kata Nur Asma Husna Mohamed Fuad.

Nur Asma Husna, 31, dari Taman Nusa Intan Senawang, di sini, adalah isteri kepada seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat hilang pendapatan apabila bertindak mengurung isteri dan dua anaknya di rumah mereka, malam kelmarin.

Menurutnya, dia menyedari keadaan suaminya berubah sikap dan seperti tertekan yang amat sangat sejak dua hari sebelum kejadian itu. “Sejak dua tiga hari sebelum kejadian itu, dia nampak lain, banyak termenung dan adakalanya bercakap sesuatu yang tidak logik.

“Bila saya tanya dia enggan jawab dan kalau jawab pun hanya sepatah. Dia kelihatan tidak stabil ketika itu, tapi saya hanya fikir positif dan tidak sama sekali menyangka sesuatu yang tidak baik.

“Bagaimanapun pada malam hari kejadian itu secara tiba-tiba dia bersikap lain termasuk merosakkan telefon saya. “Melihat kepada keadaan diri dan tindakannya itu, saya menjadi takut lalu keluar dari rumah menjerit dan meminta pertolongan jiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibu kepada dua anak berusia empat bulan dan setahun itu berkata, suaminya seorang yang tidak suka meminta bantuan orang lain apabila menghadapi sesuatu masalah. Suri rumah itu berkata, sejak mendirikan rumah tangga bersamanya selama enam tahun, dia tidak pernah bersikap agresif seperti itu.

“Malahan dia seorang bapa yang penyayang dan mengambil berat terhadap keluarga. “Bagaimanapun sejak kehilangan pendapatan angkara wabak Covid-19, dia nampak berubah dan kelihatan tertekan.

“Saya cuba berkongsi masalah tetapi kebelakangan ini dia tidak banyak bercakap,” katanya. Nur Asma Husna juga berkata, suaminya seorang yang sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.

Menurutnya, ketika dia bujang, suaminya seorang aktif bersukan dan gemar bermain bola sepak selain menunggang basikal bersama rakan-rakan. “Bagaimanapun sejak bekerja sebagai jurujual kereta, aktiviti kecergasan itu agak terbatas kerana komitmen kepada kerjaya,” katanya.

Dia akui ketika ini buntu memikirkan kejadian yang berlaku terhadap keluarganya dan mahu bertenang terlebih dulu sebelum mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kepentingan keluarganya.

“Saya berharap ada pihak yang sudi membantu, mungkin dari segi sokongan moral dan motivasi agar suami kembali tenang,” katanya. Dalam kejadian kelmarin, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang terpaksa bertindak menyelamatkan keluarga itu dengan mengumpil pintu pagar dan gril rumah selepas lelaki berkenaan dipercayai mengurung isteri dan dua anaknya di rumah.

Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas je baca berita suami kurung isteri dan anak sekali ini permintaan Najib Razak. Terkejut sampai macam ni sekali Najib minta.

Hari ini tular di media sosial tentang seorang suami yang kurung isteri dan anak di dalam rumah akibat tekanan PKP. Akibat tekanan perasaan yang dialami kerana tidak mempunyai pekerjaan, susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), seorang lelaki nekad bertindak

mengurung isteri dan dua anaknya. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Seremban pada Isnin, menurut laporan Utusan Malaysia, memetik Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zinurin Sari

NAJIB RAZAK LUAH RASA SEDIH DENGAN APA YANG TERJADI.. INI NAJIB MINTA

Menerusi Facebook Najib Razak, beliau meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga tersebut. Menurut Najib Razak perkara begini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang ada sekarang menguruskan hal ehwal kebajikan rakyat dengan betul.

Di dalam kenyataan beliau, memberitahu sesiapa yang ada masalah boleh terus komen di page beliau dan jangan lah simpan di dalam hati. Sejak posting tersebut dimuatnaik satu jam yang lalu, hampir 7000 tanda suka dan beribu komen telah Najib Razak terima.

“Sedih baca berita macam ini. Ramai tertekan. Hilang kerja. Pendapatan kurang. Tekanan mental juga perlu diuruskan memandangkan kita lama di rumah, tak dapat ke mana-mana. Semua ni boleh dielakkan jika kerajaan uruskan dengan baik. Ada apa-apa jangan simpan guys. Boleh datang cerita kat FB saya. Kawan-kawan pun ramai sini” – Najib Razak

BOMBA CERITAKAN APA TERJADI SEBELUM PINTU TERPAKSA MEREKA BUKA

Tertekan tiada kerja semasa PKP, lelaki kurung isteri dan anak dalam rumah – Utusan Digital “Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan.

Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini. Tambahnya, pihak bomba juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih teruk dan abang kandung lelaki itu terpaksa datang dari Mambau dekat sini untuk memujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia kira-kira empat bulan dan lebih setahun dan menghantar mereka ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan daripada pagi. “Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Jurujual Kereta

Katanya, lelaki berusia 31 tahun yang kehilangan pekerjaan sebagai jurujual kereta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, dipercayai mengurung isteri dan dua anaknya sejak pagi.

“Kami mendapat laporan seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan, bertindak mengunci pagar, jeriji dan pintu belakang rumahnya dari dalam. “Pada mulanya, kami cuba memujuk lelaki berkenaan, dia tidak mahu beralah malah pujukan abang kandungnya dari Mambau juga tidak berjaya.

“Selepas 15 minit, kami terpaksa mengumpil pintu pagar dan jeriji serta memtong kunci mangga rumah berkenaan serta menyelamatkan isteri dan dua anaknya. Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat sebagai langkah keselamatan,” katanya di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat, suaminya dilihat mula berubah selepas hilang pekerjaan dan tekanan dialami memuncak sejak beberapa hari lalu, sehingga bertindak merosakkan telefon bimbit wanita itu.

“Tindakan itu dipercayai bertujuan tidak membenarkan isteri berhubung dengan dunia luar. Malah, makanan yang dihantar oleh penghantar makanan ditempah isteri, diletakkan di pagar rumah juga tidak berusik,” katanya.

Zainurin berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini atau kecderaan berlaku ketika operasi menyelamat itu. Lelaki terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke rumah abang kandungnya di Mambau

Sumber : Astro Awani / FB Najib Razak

Artikel: AwatttSyeikhh Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ismail Sabri umumkan Pkp 3.0 tunjuk kesan positif. Tak boleh berdiam sekali Najib Razak dedahkan apa yang rakyat perlukan sekarang.

Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu terbukti selepas kes harian covid-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada bulan Mei kepada 5,419 semalam dan beliau berharap kes harian akan terus menunjukkan penurunan.

“Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut covid-19. Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

“Fasa pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengncm sistem kesihatan awam. Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.

Ismail Sabri juga berkata, Majlis keselamatan Negara (MKN) menerima 266 aduan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan pelbagai kementerian dan agensi dari 6 hingga 14 Jun lepas.

“INI APA YANG PATUT KERAJAAN BUAT” – Najib Razak

Menerusi laman facebook rasmi Najib Razak, beliau telah memuat naik satu posting tentang apa yang terjadi sepanjang PKP 3.0. Perkara ini sebenarnya telah pun berulang kali bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak utarakan.

Dengan kenyataan dari Menteri Ismail Sabri yang memberitahu bahawa ada kesan positif selepas PKP 3.0 dilaksanakan tetapi jika dilihat pada rakyat terutama golongan b40 pasti kerajaan akan tahu bahawa rakyat sedang susah. Justeru itu Najib Razak telah keluarkan beberapa cadangan kepada kerajaan.

1) Moratorium pinjaman automatik tanpa faedah untuk tempoh 3 bulan bagi B40, M40 dan PKS. Arahkan bank juga untuk hentikan panggilan dan surat menuntut bayaran dari peminjam selagi negara masih dalam Total Lockdown.

2) i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0. 3) Naikkan bantuan tunai bagi kategori B40, bujang dan perkenalkan bantuan tunai bagi M40. 4) Kembalikan diskaun bagi bil elektrik. Najib razak memohon agar

kerajaan jangan tunggu lagi dan laksanakan terus untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ini. Tidak sampai 30 minit, jumlah tanda suka pada posting beliau telah mencecah 14 ribu dan jumlah perkongsian menghampiri 600.

Komen Warganet:

“Terus perjuangkan nasib rakyat bossku, i sinar i lestari 2.0 kasi cepat, kilang diminta tutup beroperasi abis mana datang sumber pendapatan kalau tidak bekerja, fikir logik la menteri pakatan nasional allah taala bagi otak dan akal”

“Assalamualaikum Dato’seri.. Datuk seri Tolong la bangkit kan lagi berkenaan I-SINAR serta I-LESTARI Supaya di sambung lagi..Kami perlu kan duit sendiri. Menteri kewangan tak apa la gaji berpuluh ribu.. Tu rezeki dia. Kami nk duit kami ja” “Saya yakin cadangan datuk sri ini bernas dan mengambil kira kesimbangannya. Mana yg baik dan perlaksanaan nya manpu dilaksana buat rakyat kita mesti sokong”

Sumber : Sinar Harian / FB Najib Razak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah h

 

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *