Lepas je peniaga laksa tu buat laporan polis. Tak boleh berdiam sekali akak peniaga keropok lekor tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar.

Ramai yang terjejas akibat pandemik Covid 19, dan antara cara untuk membolehkan mereka terus bernafas adalah berniaga. Namun, dunia perniagaan tidak boleh lari dari ujian dan cabaran, meskipun bisnes sekecil-kecil gerai.

Meniaga Laksa

Tindakan seorang wanita merosakkan barangan peniaga yang membuka gerai bersebelahan gerainya mencetuskan kemarahan warganet. Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook memaparkan tindakan wanita itu menterbalikkan beberapa bekas yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat laksa.

Dalam klip video berdurasi satu minit itu, kelihatan bahan-bahan membuat laksa milik seorang peniaga berterabur di bawah gerainya dipercayai telah diterbalikkan oleh wanita terbabit.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak perniagaan di Taman Koperasi LLN, Kajang. Berdasarkan perkongsian FB, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila wanita yang juga penjaja keropok lekor tidak berpuas hati dengan kehadiran peniaga lain di sebelah gerainya.

“Penjaja keropok lekor tak berpuas hati dengan kehadiran penjaja di sebelahnya yang menjual laksa. Habis laksa diterbalikkan olehnya, mengapa perlu busuk hati sesama penjaja kecil?,” soalnya di laman Facebook semalam.

Susulan kejadian itu, rata-rata warganet mengkritik tindakan penjaja keropok lekor itu yang dilihat mementingkan diri ketika ramai yang sedang bergelut mencari rezeki sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sedihnya tengok, sekarang semua orang terkesan dengan Covid 19 ini, sama-sama la cari makan. Rezeki Allah yang bagi, kenapa perlu ada perasaan macam tu. Sabarlah peniaga laksa, semoga rezeki awak melimpah-limpah kira dimana awak berniaga,”kata Farisha Nurralis.

Pada masa sama, warganet turut menyoal kenapa wanita itu perlu iri hati sedangkan peniaga sebelah hanya menjual laksa. “Bukan sebelah tu jual barang makanan sama pun, apehal pulak pergi terbalikkan barang niaga orang lain, hang jual keropok lekor, orang sebelah jual laksa,”tulis Hazriel Yusof.

Difahamkan penjual keropok lekor itu telah meminta maaf dengan abang ipar kepada peniaga laksa berkenaan. Namun, peniaga laksa telah membuat satu laporan polis semalam.

Peniaga Keropok Lekor Tampil Jelaskan

“3 tahun saya niaga kat sini, berlesean..Sekarang di dtg viralkan saya” Persaingan dalam perniagaan adalah menjadi lumrah & tidak dapat dieelakkan. Oleh itu, seorang usahawan harus sentiasa mencari jalan agar sentiasa relevan di dalam market & tidak ketinggalan berbanding pesaingnya.

Anda mula jual produk baru yang tak ada dalam pasaran, anda akan rasa selamat kerana pelanggan hanya beli dari anda sahaja. Tapi bila dah ada pesaing jual produk yang sama, anda mula mengalami mimpi ngeri dalam tidur anda.

Ye lah, selama ini pelanggan tiada pilihan untuk beli dari orang lain. Bila dah ada pilihan lain, pelanggan mula boleh buat pilihan. Banyak bisnes dah gulung tikar sebab kalah dalam persaingan bisnes. Mula-mula seronok berniaga sebab dapat untung berkali ganda, bila dah ada ramai pesaing, mula kita putus asa dan buka perniagaan lain

Yakinlah dengan produk yang anda jual.

Bisnes yang berjaya tak akan jadi kiranya produk yang dijual tidak diyakini. Buat sedikit rujukan dan kaji pasaran semasa sebelum memutuskan jenis produk yang ingin dijual. Bila berdepan dengan pesaing, jangan mengalah. Anda kena ingat yang produk anda ada kelebihan yang tidak diketahui oleh pesaing anda.

Dan, pesaing anda juga pasti ada kelemahan dalam bisnesnya.

Kredit : Kosmo/FB, online malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *