Dalam diam rupanya anak bujang Dsv dah ada kekasih hati. Dedahkan wajah kekasih sekali benda ni pulak yang warganet perasan.

Siapa sangka rupa-rupanya dalam diam, anak bujang Dato’ Seri Vida iaitu Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan sudah mempunyai kekasih hati yang sangat cantik! Perkara itu didedahkan sendiri oleh Kacak di akaun TikTok miliknya sehingga membuatkan ramai yang berasa cembru!

Posting tersebut telah ditonton hampir 400ribu kali dan mendapat sebanyak 25,000 likes yang mana menunjukkan ramai ‘merestui’ hubungan mereka itu. Namun apa yang lebih menarik lagi ialah komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya di laman TikTok!

Rata-ratanya terkejut selepas mengetahui Kacak sudah mempunyai kekasih hati dan ada juga yang sempat membawa watak sebagai DSV pada ruangan komen tersebut. Bermacam-macam gaya ala-ala DSV ada dekat dalam komen tu sampai ramai yang turut terhibur.

Nampaknya tak lama lagi nanti DSV dah nak dapat menantu, maka ramai lah gadis di luar sana yang patah hati dengan Kacak ya. Agak-agak DSV tahu ke tak ya yang Kacak dah ada kekasih hati, tak sabar pula nak tahu apa reaction beliau! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:fm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Perkongsian DSV Dan Kak KM Jadi Antara Bahan Penghibur. Boleh Pula Buat Aksi Macam Ni.

Usahawan, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang tekenal dengan aksi dan gaya tersendiri bagi mempromosikan produk hingga mencetvskan kontr0versi. Namun terdapat satu video Liana Rosli telah mendapat perhatian selepas beliau berkongsi video beliau bersama dengan Dato Seri Vida.

Video yang berudasi beberapa saat tersebut telah mendapat pelbagai komen. Apa yang lebih menarik video tersebut menjadi video terhibur buat mereka. Jangan takut jatuh, kerana yang tak pernah memanjatlah yang tak pernah jatuh.

Selamat berhujung minggu

Sumber:Instagram Liana Rosli

Sumber : http://www.dnq.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berani Prank DSV Dan MK Tampil Berlakon Jadi PAk Guard Raih Perhatian Warganet. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Sehinggakan Ramai Yang Terhibur

Rasanya rancangan Trek Selebriti semakin membuatkan peminat seronok menonton gelagat lucu tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti tanah air yang tidak pernah dilihat mereka apabila segmen prank perlu dilakukan oleh selebriti jemputan.

Tidak kurang lucunya pula pada episod seterusnya ini dimana seperti biasa pengacara rancangan hiburan tersebut berkongsikan sedikit sedutan prank dan pada kali ini nampaknya pelakon dan penyanyi yang dikenali sebagai Cik B menjadi tetamu.

Walau bagaimanapun, seseorang yang dipilih untuk menjadi ‘bahan’ prank pula merupakan mamanya sendiri iaitu usahawan popular, DSV sehingga mengundang lucu ramai dengan lakonan Cik B.Apatah lagi tidak disangka-sangka juga kemunculan penyanyi rap, MK turut serta melakukan prank terhadap DSV atau Datuk Seri Vida dimana Cik B yang pada mulanya memohon keizinan untuk membeli PS5 namun lain pula yang berlaku ketika itu.

Menerusi posting, ratusan reaksi yang ditinggalkan warganet apabila melihat MK pula berlakon sebagai Pak Guard dalam video prank Cik B terhadap DSV.Manakala ada yang terhibur menyaksikan gelagat DSV selepas diprank bukan sahaja anaknya itu malah penyanyi rap itu turut serta.“Kalau guard macam tu semua merelakan diri dijaga hahahaha”Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Cik B Teruja Dapat Lihat Diri Sendiri Kat TV. Ternyata Luahan Cik B Tentang Lakonannya Di Twitter Raih Tumpuan Ramai Dan Mengejutkan Sekali Ben Amir Dan Mira Filzah Tinggalkan Komen

Siapa je kan yang tak kenal dengan anak kepada usahawan wanita terkenal Dato Seri Vida, iaitu Cik B?Untuk yang mengikuti perkembangan Cik B pasti tahu sekarang ini Cik B sudah mula berjinak di dalam dunia lakonan.Terbaharu, Cik B digandingkan bersama Naim Daniel dan Ismail Izzani di dalam sebuah drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta hasil adaptasi dari sebuah novel.

Wahhh bukan beshe-beshe lah Cik B sekarang!Melihat kepada ciapan-ciapan Cik B yang dimuat naik di Twitter, Cik B mengaku malu melihat dirinya di kaca televisyen.“Malu ahhh, sorry cikb tak reti berlakon korang jgn marah cikb” – tulis Cik B.Teruja melihat drama lakonan pertamanya, Cik B juga berkongsi video reaksi dirinya melompat gembira di laman sosial Twitter miliknya.Apa yang menarik perhatian adalah apabila Ben Amir pun turut join komen sekali!“Hopefully lepas ni dapat berlakon dengan cikb” – tulis Ben

OMG! Siapa je yang tak teruja bila pelakon kacak macam Ben ajak berlakon sekali kan? Cik B nampaknya terharu dan membalas komen itu dengan emoji terkejut berserta mini love.Bukan itu sahaja, Mira Filzah pun turut join membalas komen Ben mengatakan dia juga mahu berlakon bersama Cik B juga!“Eh sama!! Nak jugak!” – tulis Mira

Mira juga dilihat turut memberi kata-kata semangat kepada Cik B untuk teruskan berlakon.Alahai untung Cik B! Kami di Hot FM doakan semoga Cik B diberi lebih banyak peluang di dalam dunia seni, boleh lah Cik B teruskan bakat yang terpendam tu!Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Terkini Cik B Jadi Buah Mulut Warganet Gara Gara Imejnya. Sampai Ada Yang Minta Dato Vida Ambil Perunding Imej Untuk Cik B. Sekali Cik B Bersuara Memang Win Habis.

Usahawan muda Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, jadi perhatian wargamaya apabila gaya pemakaiannya menerima teguran ramai. Menerusi laman sosial Instagram, ibunya Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi foto terbaru anaknya itu untuk tatapan peminat.

“Tengoklah OOTD (outfit of the day) Cik B. Separuh-separuh dah. Hip hop + gils + bling dah,” tulis DSV di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu, Cik B mengenakan dress kuning yang dibutangkan senget di tengah dengan inner bewarna putih serta bercelana hitam.

Tambah menarik, Cik B turut menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan.  Malah, Cik B turut tinggalkan ulasan tentang fesyennya di ruangan komen foto tersebut.
“Yang tak tahu ni fesyen apa, ni fesyen ‘suka hatiku lah’,” balas Cik B.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan teguran tentang imej pilihan Cik B.  Namun, tidak kurang juga ada yang memuji pemakaian Cik B dan meminta dia untuk jadi diri sendiri. “Tiba-tiba nampak gambar ni di feed, speechless. Kesian pun ada,” komen seorang wargamaya.

“Nakal molek Cik B. Takpe Cik B, pelan-pelan. Ada duit semua boleh. Nanti dah dewasa cantik molek la tu,” sokong seorang wargamaya. “OMG, dia perlukan perunding imej dalam kadar segera,” tegur seorang wargamaya.
“Pakai macam orang ramai

ramai dah la, jangan pelik pada orang, sedih tengok,” kata seorang wargamaya. “Datuk, upahlah penata gaya untuk Cik B,” luah seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Tular Tentang Seorang Remaja Perempuan Yang Bawa Kereta Tanpa Lesen Sama Macam Cik B. Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Dato Seri Vida Tampil Bagi Respon Pada Buat Warganet Terkedu.

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini. Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018.  “Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak. Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu. “Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya. Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendkwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin. Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Mengejutkan Cik B Tetiba Upload Rakaman Yg Dia Tengah Hisap Rokok Di Laman Ig Nya. Tergamam Ini Yg Dato Seri Vida Lakukan Bila Dpt Tahu Tentang Kelakuan Anknya Itu.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) terkejut melihat aksi anak sulungnya, Cik B yang sedang menghisap vape. DSV telah memuat naik video aksi tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida.

“Cik B hisap vape? Macam ye ye jer.. Muka sikit punya feeling… Tapi yang penting… Cik B dah berjinak jinak dgn foundations… Kreatifnya dia punya imaginasi… Kejut mama tengok,” tulis DSV. Menerusi video tersebut, DSV merakam aksi Cik B yang kononnya sedang menghisap vape.

Objek yang sedang dihisap oleh Cik B merupakan sebotol bedak asas yang menyerupai bentuk vape. Selepas melakukan aksi menghisap ‘vape’, Cik B melakukan silap mata dan mengeluarkan kapas dari mulutnya. Di akhir video, Cik B mencalitkan bedak asas tersebut ke tangan dan menyapu bedak itu ke muka.

Aksi lawak Cik B nyata menghiburkan hati warganet, terutamanya pengikut laman Instagram DSV. Cik B sering melakukan video-video kreatif dan mengumpul peminat tersendiri di laman Instagram miliknya, @cikb_havoc66 yang kini mengumpul lebih 95,000 pengikut. Sebelum ini, Cik B pernah menghasilkan video kelakar berkenaan dengan topik jejaka yang ingin menghampiri ibunya.

Foto: Instagram @datoserivida

Artikel lain : Mana ada rappers pakai macam ni. Tergamam Dato Vida belanja gambar Cik B yg cun melecun.

Ramai mungkin sudah melihat gambar cover hadapan majalah Nona yang viral baru-baru ni, menampilkan Cik B iaitu anak kepada Dato’ Seri Vida kelihatan lebih feminin dan berpenampilan vogue dengan dress lip lapnya. Foto muka hadapan majalah ni obviously mendapat pujian ramai warganet,

yang mana rata-rata suka dengan rupa Cik B yang baru ni. Bukan saja warganet tau yang teruja, DSV sendiri pun apatah lagi siap kongsikan gambar tu di ig!  “Hambekkk… mana makcik bawang yang selalu dok kutuk Cik B?” 

Menerusi perkongsiannya, sebagai ibu yang berbangga dengan perubahan anak, DSV mempersoal kritikan orang ramai selama ini terhadap Cik B yang rata-rata mengatakan anaknya itu tidak reti berfesyen, berkulit gelap dan kurang feminin.

Namun penampilan Cik B dalam cover Nona ni ternyata berbeza malah dia kelihatan lebih classy dan vogue tau! “Cik B dah improve banyak. Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu, tak yakin diri….” tulis Dato’ Seri Vida. “Inilah pertama kali Cik B menyarung dress lip lap”

Dalam pada itu, managing editor bagi majalah Nona, Kiffy Razak juga sempat berkongsi gambar Cik B dan DSV dari sisi lain sambil memberitahu yang inilah kali pertama anak muda yang masih di bangku sekolah ni menyarung baju lip lap tersebut tau!

Yelah kan sebelum ni Cik B macam rappers sikit. Mana nak pakai dress…  So ada yang masih nak kutuk Cik B lagi tak? Siapa kata Cik B tak lawa? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Lobak Merah

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *