Ramai yang rindu. Lama menyepi akhirnya Anita Sarawak tampil dengan khabar berita. Rupanya ini keadaan diri dia buat ramai yang tak sangka.

Setelah sekian lama peminat serta pada wartawan hiburan tertanya-tanya dimanakah hilangnya penyanyi lagenda Anita Sarawak, akhirnya terdapat perkhabaran baharu mengenai empunya nama sebenar Ithnaini Mohamed Taib.

Anita Dan Suami Sihat

Memetik artikel Astro Awani, Anita dan suami, Mahathir Abdullah berada dalam keadaan sihat selepas Mahathir membalas kiriman mesej ucapan selamat hari lahir buat rakan rapatnya yang juga merupakan wartawan hiburan, Shuib Taib. “Thank you so very much Shuib. We miss you,” tulis Mahathir buat Shuib

Lokasi Masih Tidak Diketahui

Meskipun hanya sekadar mesej pendek, namun ia begitu bermakna buat Shuib sebelum berkongsi khabar terbaharu mengenai pelantun Tragedi Buah Epal itu pada portal berita tersebut. Shuib berkata kedua-dua nya kini mahu menikmati kehidupan yang normal namun tidak memaklumkan mengenai lokasi sebenar pasangan itu menetap.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” kata Shuib yang pernah berkhidmat dengan akhbar New Straits Times. Sekadar info, sedekad yang lalu kehilangan ‘superstar’ ini

mencetuskan pelbagai spekulasi termasuklah dikatakan sudah berpisah dengan suami keempat nya itu, Mohammad Mahathir selain Anita didakwa mengalami sakit yang serius. Dakwan tersebut muncul selepas panggilan telefon mahupun e-mel rakan karib tidak berbalas. Malah keluarganya juga enggan membuka mulut setiap kali ditanya mengenai Anita.

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sekian lama menyepi dari industri tanah air kini Noorkumalasari tampil dedahkan perkembangan terkini Anita Sarawak dalam satu rancangan. Ini yang dikongsikannya.

Bintang senior, Noorkumalasari telah diundang menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa pada Khamis lalu di saluran Astro Ria. Menerusi program yang dihoskan oleh pengacara, Neelofa itu, aktres terkenal sekitar era tahun 80-an ini ada berkongsi kisah hidupnya bersama penonton. Dalam pada itu, Noorkumalasari ada memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat apabila ditanya Neelofa mengenai perkembangan Anita Sarawak. “Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.

“Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya. “Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah. “Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat. “Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka,” jawab Noorkumalasari. Terdahulu, penyanyi Anita Sarawak telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dan semakin menyepi daripada industri hiburan tanah air kira-kira 10 tahun yang lalu.

Sumber: Media Hiburan

Anita Sarawak tak mahu diganggu?

Dahulu, barangkali kasihan melihat penulis yang datang dari jauh, seorang wanita ini berusaha menghubungi Anita, tetapi talian memasuki peti simpanan suara. Bimbang jika permintaan itu menimbulkan curiga, penulis menjelaskan kepadanya, kunjungan ke situ sekadar inginkan kepastian mengenai keadaan Anita. “Berdasarkan pemerhatian saya, Anita dalam keadaan sihat. Tiada tanda dia skit, selain menjalani kehidupan biasa sama seperti jiran tetangga lain.

“Martin juga disenangi jiran, malah mereka pasangan yang baik dan mesra dengan penduduk di sekitar,” katanya ketika ditanya mengenai kesihatan Anita dan keakraban pasangan itu. Enggan mengambil masa terlalu lama, penulis turut memberikan kad perniagaan, berserta permohonan maaf jika kunjungan itu kurang disenangi. Sebelum berlalu, wanita terbabit menerima satu panggilan dan meminta penulis menunggu seketika.

Sambil meminta maaf, dia mendakwa, Anita baru menghubungi dan menyatakan, sudah berpindah ke kediaman baharu, tetapi terlupa untuk memberitahu. Pelbagai perasaan menyelubungi ketika itu. Sedih kerana tidak dapat bertentang mata dengan Anita, walaupun hanya lima langkah memisahkan kami. Namun, pada masa gembira apabila mengetahui dia sihat dan masih bahagia bersama suaminya.- HMETRO

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *