PM jelaskan jawatankuasa perlu dibentuk dengan teliti. Sekali Najib Razak tampil dedahkan cara senang nak buat persidangan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuatkan ini seperti kali pertama sidang Parlimen akan diadakan, kata Najib Razak. Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Bagaimanapun bagi Najib, perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibuat kajian. “Tak perlu kaji lagi, saya beri solusi. Langkah pertama: Hantar notis kepada Speaker untuk suruh Parlimen bersidang. Langkah kedua: Bersidang. Habis,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kata Najib lagi, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sudah bertitah agar sidang Parlimen diadakan secepat mungkin. “Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu tak titah untuk kamu bentuk jawatankuasa untuk kaji bagaimana Parlimen boleh bersidang. Seolah-olah ini adalah kali pertama Parlimen akan bersidang,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Muhyiddin berkata jawatankuasa yang akan turut dianggotai pembangkang itu antara lain akan meneliti sama ada sidang Parlimen akan dibuat secara fizikal atau hibrid. Katanya lagi, wujud keperluan untuk mengambil kira soal persiapan bagi urusan persidangan secara fizikal, termasuklah aturan tempat duduk ahli parlimen yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dalam satu hantaran berbeza, Najib secara menyindir berkata jika kerajaan masih tidak pasti sama ada selamat untuk 220 orang ahli Parlimen bersidang, kerajaan boleh saja belajar daripada kilang dan tapak pembinaan yang mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Parlimen sudah bersidang tahun lepas ketika kes Covid-19 mencecah ribuan kes sehari, walaupun ketika itu seorang (ahli Parlimen) pun tak pernah terima vaksin.

“Sekarang, semua ahli Parlimen sudah selesai divaksin dua kali,” katanya. Dia juga menyindir yang jika masih ada rasa tidak selamat untuk mengadakan sidang di bangunan Parlimen, ia boleh dilakukan di kilang dan tapak pembinaan yang mendapat kebenaran Miti untuk beroperasi pada masa ini.

Najib tunjuk cara senang untuk bukak Parlimen

Jawatankuasa dibentuk teliti persidangan Parlimen: PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan. Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen. Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya kerajaan perlu memperhalusi semua perkara bagi mengelak timbul masalah selepas pelaksanaannya. “Saya harus teliti. Saya faham sangat-sangat dan saya dinasihatkan bukan sahaja oleh Menteri Undang-Undang, tetapi oleh Peguam Negara supaya tindakan saya dan kerajaan selari dengan apa yang ada dalam perlembagaan,” katanya.

Jelasnya kerajaan antara lain perlu mengambil kira sama ada persidangan boleh diadakan secara fizikal, dan sama ada pelaksanaan secara hibrid selari adalah dengan peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.

Selain itu, jelasnya wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri, termasuklah aturan tempat duduk ahli Parlimen yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Muhyiddin berkata bukan niatnya untuk melengahkan pembukaan persidangan Parlimen, namun ini antara isu yang harus diperhalusi terlebih dahulu.

Katanya beliau berharap rakyat faham, dan menurutnya ia bukan soal kerajaan mahu menafikan hak ahli Parlimen atau menyanggah kenyataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu. “Saya faham tanggungjawab sebagai perdana menteri besar tetapi saya kena berlaku adil supaya nanti tidak timbul isu-isu dan masalah kemudian…Ini satu perkara yang harapnya rakyat faham dan tunggu,” katanya.

Sumber – Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ismail Sabri umumkan Pkp 3.0 tunjuk kesan positif. Tak boleh berdiam sekali Najib Razak dedahkan apa yang rakyat perlukan sekarang.

Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu terbukti selepas kes harian covid-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada bulan Mei kepada 5,419 semalam dan beliau berharap kes harian akan terus menunjukkan penurunan.

“Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut covid-19. Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

“Fasa pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengncm sistem kesihatan awam. Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.

Ismail Sabri juga berkata, Majlis keselamatan Negara (MKN) menerima 266 aduan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan pelbagai kementerian dan agensi dari 6 hingga 14 Jun lepas.

“INI APA YANG PATUT KERAJAAN BUAT” – Najib Razak

Menerusi laman facebook rasmi Najib Razak, beliau telah memuat naik satu posting tentang apa yang terjadi sepanjang PKP 3.0. Perkara ini sebenarnya telah pun berulang kali bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak utarakan.

Dengan kenyataan dari Menteri Ismail Sabri yang memberitahu bahawa ada kesan positif selepas PKP 3.0 dilaksanakan tetapi jika dilihat pada rakyat terutama golongan b40 pasti kerajaan akan tahu bahawa rakyat sedang susah. Justeru itu Najib Razak telah keluarkan beberapa cadangan kepada kerajaan.

1) Moratorium pinjaman automatik tanpa faedah untuk tempoh 3 bulan bagi B40, M40 dan PKS. Arahkan bank juga untuk hentikan panggilan dan surat menuntut bayaran dari peminjam selagi negara masih dalam Total Lockdown.

2) i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0. 3) Naikkan bantuan tunai bagi kategori B40, bujang dan perkenalkan bantuan tunai bagi M40. 4) Kembalikan diskaun bagi bil elektrik. Najib razak memohon agar

kerajaan jangan tunggu lagi dan laksanakan terus untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ini. Tidak sampai 30 minit, jumlah tanda suka pada posting beliau telah mencecah 14 ribu dan jumlah perkongsian menghampiri 600.

Komen Warganet:

“Terus perjuangkan nasib rakyat bossku, i sinar i lestari 2.0 kasi cepat, kilang diminta tutup beroperasi abis mana datang sumber pendapatan kalau tidak bekerja, fikir logik la menteri pakatan nasional allah taala bagi otak dan akal”

“Assalamualaikum Dato’seri.. Datuk seri Tolong la bangkit kan lagi berkenaan I-SINAR serta I-LESTARI Supaya di sambung lagi..Kami perlu kan duit sendiri. Menteri kewangan tak apa la gaji berpuluh ribu.. Tu rezeki dia. Kami nk duit kami ja” “Saya yakin cadangan datuk sri ini bernas dan mengambil kira kesimbangannya. Mana yg baik dan perlaksanaan nya manpu dilaksana buat rakyat kita mesti sokong”

Sumber : Sinar Harian / FB Najib Razak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.