Aisar dikritik ramai gara gara pakai baju ini ketika suntikan vaksin. Boleh pula dianggap macam ni.

Selebriti instagram Aisar Khaled memang sering terpalit dengan pelbagai kontr0versi akibat dari perbuatannya itu. Kali ini, sekali lagi Aisar turut dikritik ramai apabila dianggap bagaikan menyusahkan frontliner dengan perbuatannya.

Memuat naik satu video di laman sosial instagramnya semalam, menunjukkan dirinya sedang menerima sunt1kan v4ksin CVD-19. Namun akibat memakai baju yang ketat, telah menyusahkan proses penyunt1kkan. Dalam video tersebut dapat dilihat baju yang dipakainya agak ketat pada bahagian lengan hingga membuatkan dirinya terpaksa membuka baju untuk menyel4k bahagian bahunya.  Turut kedengaran suara petugas yang mempersoalkan kenapa memakai baju yang ketat untuk sunt1k v4ksin sedangkan umum mengetahui v4ksin akan disunt1k di bahagian bahu.

 

Menjengah ke ruangan komen juga, Aisar dianggap telah menyusahkan frontliner untuk proses vaksinasi tersebut. Seharusnya kita perlu mengambil berat tentang proses vaksinasi ini dan perlu tahu pakaian yang sesuai untuk mengambil vaksin supaya tidak menyusahkan petugas kesihatan pada hari tersebut.

Sumber : Motif Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Penat asyik kena update Mysejahtera untuk menanti giliran vaksin. Sekali Azhan Rani luah rasa kecewa tunggu nak dapatkan vaksin.

LUAHAN pelakon Azhan Rani yang kecewa kerana masih tidak menerima panggilan untuk suntikan vksin menarik perhatian warganet di laman Instagram miliknya. Tampil menjelaskan perkara tersebut, Azhan berkata perkongsian itu bukan bermaksud ingin memprotes

atau menghentam mana-mana pihak namun dia sama seperti orang lain yang mengharapkan suntikan vaksin. Setiap hari memeriksa aplikasi MySejahtera, Pelakon berusia 46 tahun ini juga berharap agar diberi penjelasan yang tepat mengenai tempoh untuk menunggu.

Azhan kongsi luahan itu di Instagram miliknya.

“Saya bukan nak protes atau nak menghentm sesiapa… saya macam orang lain juga yang berharap untuk mendapatkan suntikan vaksin. “Setiap hari saya menunggu, nak kata salah letak info, saya dah periksa memang betul dan tak ada kesalahan pun. Tapi bila buka aplikasi MySejahtera, asyik diminta untuk update saja.

“Saya tahu kena tunggu tapi sekurang-kurangnya, kena la beri penjelasan yang tepat supaya kita tak keliru bila sebenarnya kita sepatutnya dapat vaksin itu,” kata Azhan ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, pelakon drama siri Nur itu berkongsi paparan skrin maklumat dirinya yang sudah mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera namun masih menunggu giliran sehingga kini.

Rata-rata warganet di ruang perkongsian tersebut turut berkongsi nasib yang sama dengan aktor itu dan berharap diberikan suntikan vaksin secepat yang mungkin. Dalam pada itu, Azhan yang sudah mendaftar vaksin sejak Februari lalu memberitahu dia enggan menunding jari kepada mana-mana pihak namun berharap sistem atau aplikasi itu diperbaharui menjadi lebih baik.

“Mungkin ada kelemahan pada sistem atau aplikasi. Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tapi mungkin boleh beri penjelasan lebih tepat. “Kalau orang yang ada masa dengan tengok handphone saja, tak apa la juga. Kalau kena dekat orang yang tak ada pengetahuan sangat fasal teknologi telefon ni macam mana?

“Setiap hari saya tengok berita asyik kata orang tak daftar vaksin… tapi orang yang daftar vaksin tak dapat-dapat lagi ini macam mana pula? Bila saya baca komen, rupa-rupanya ramai senasib dengan saya,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar