Selepas Neelofa sumbangkan katil pada pihak hospital. Ini pula sumbangan terbaru yang dapat diilhamkan daripada Neelofa.

MESKIPUN perkara itu tidak didedahkan Neelofa secara terbuka namun kebaikan dan keprihatinan selebriti itu menjadi buah mulut ramai yang kagum dengan tindakannya kerana ia antara bantuan yang amat diperlukan ketika ini. Kisah selebriti dermawan popular, Neelofa menyumbang katil hospital yang dilaporkan bernilai RM100,000 bagi kegunaan pesak1t Cov1d-19 menyentuh hati pelbagai pihak.

Pengarah Urusan MADAD, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusoff berkata, kisah Neelofa itu telah memberi ilham kepada pihaknya untuk membekalkan kemudahan peralatan pervbatan kepada hospital kerana ia amat diperlukan ketika ini.

Perkara itu juga mendorong Asri Ahmad Academy Sdn Bhd dengan kerjasama Murtadha Dakwah Centre (MADA) untuk melakukan perkara sama dalam usaha membantu golongan memerlukan terutamanya bagi meringankan beban pesak1t dan pihak hospital.

Yaakub menyampaikan sumbangan mesin ABG kepada Timbalan Pengarah Perubatan (4) Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Siti Norhani, sambil disaksikan oleh

Pengerusi Malaysia Relief Agency Kedah, Dr Mohd Saifullah Alhany. “Apabila terbaca kisah mengenai Neelofa pihak kami terfikir bahawa sebenarnya ada perkara lain juga yang boleh disumbangkan selain wang tunai, barangan keperluan atau kelengkapan PPE,” katanya.

“Lazimnya ramai memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan kelengkapan PPE namun apa lagi yang boleh disumbangkan dalam waktu sukar ini? Atas dasar itu, Yaakub memberitahu pihaknya membuat sumbangan mesin perubatan dipanggil Arterial Blood Gases (ABG) untuk kegunaan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Hospital Jitra dan Hospital Baling, Kedah baru-baru ini.

“ABG ini adalah satu prosedur invasif di mana darah diambil daripada arteri untuk diuji tahap keseimbangan as1d dalam menentukan konsentrasi karbon dioksida dan oksigen dalam dr4h pesak1t. Ia juga dapat menentukan tahap pH d4rh. Yaakub berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada Malaysia Relief Agency (MRA) tentang keperluan segera mesin tersebut di beberapa buah hospital di negeri itu.

Yaakob berharap lebih ramai pihak tampil membantu.

“Apabila mendapat maklumat bahawa beberapa mesin ini diperlukan segera jadi kami cuba bantu untuk menyediakannya apatah lagi ketika ini pesak1t Cov1d-19 semakin ramai dan wad Unit Rawatan Rapi juga penuh dengan pesak1t,” katanya.

Yaakob menjelaskan pihaknya membeli tiga buah mesin ABG yang berjumlah RM105,000 selepas merujuk kepada pihak MRA tentang spesifikasi dan pembekal berdaftar. “Setakat ini kami dimaklumkan ketiga-tiga hospital tersebut memerlukan segera mesin tersebut dan berharap dapat membantu lebih banyak hospital dengan alatan ini pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Yaakob berharap lebih banyak syarikat korporat atau persendirian yang tampil dalam usaha membantu menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan pihak hospital dalam menangani wab4k ini.

“Kita ibarat sedang berperang dan wajarlah kita sama-sama mempertahankan kesejahteraan negara kita. Lagi cepat pandemik ini dapat ditangani, maka lagi cepat kita boleh menjalani kehidupan kita seperti biasa,” ujarnya.

Sumber: MSTAR

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Lepas teruk dikritik oleh warganet kali ni Neelofa sumbangkan 15 katil yang bernialai Rm90k untuk pesakit covid 19 di hospital Melaka.

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa dikhabarkan telah melakukan sumbangan sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di bahagian kecemasan hospital tersebut menerusi sebuah posting di laman Instagram.
“Alhamdulillah… terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka,” Malah, selebriti sensasi berusia 32 tahun itu dan kakaknya Noor Nabila juga dilihat tinggalkan tanda suka pada posting tersebut.