Erma Fatima adakan majlis merisik secara maya dan ramai yang kagum siap jadikan contoh. Sekali tak nafikan tetap terjadi masalah ini.

Pelakon, penerbit dan usahawan terkenal Erma Fatima telah berkongsi momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya, Syamil Ikhwan, 27, yang dilangsungkan secara maya. Majlis tersebut yang berlangsung pada petang Sabtu disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida.

Walaupun talian internet terputus-putus, namun majlis tersebut berjalan dengan lancar dan rata-rata warganet memuji tindakan Erma dan Bade. Selain dihujani ucapan tahniah, ada di antara warganet yang mahu menjadikan majlis tersebut sebagai contoh.

Tambahan lagi ketika semua rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan pandemik dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Rata-rata memuji kedua-dua belah keluarga iaitu Erma dan bakal besan kerana mematuhi SOP ketika menjalankan majlis ringkas dan penuh bermakna tersebut. Selain Syamil Erma mempunyai empat orang anak angkat iaitu Ahmad Arir, 25, Ahmad Aifin, 23, Citra, 19 dan Nurain, 14. Komen Warganet:

Sumber : https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya cinta bertaut kembali. Terkini Mimi Lana dedahkan dia dah sedia untuk berumah tangga.

Mengesahkan sudah pun putus cinta pada Mei tahun lalu, bagaimanapun pelakon Mimi Lana mendedahkan kembali menjalin hubungan cinta dengan pelakon Syafiq Kyle. Seolah diberikan peluang kedua, Mimi berkata perpisahan sebelum ini menjadikan hubungannya dengan Syafiq selama enam tahun lebih matang.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syafiq kini baik-baik sahaja. Apa yang dapat disimpulkan, inilah adalah peluang kedua diberikan, jadi percintaan kami semakin matang. “Kami sudah lama menjalinkan hubungan cinta, hendak masuk enam tahun. Setiap tahun, daripada tahun pertama hingga sekarang, banyak perkara dipelajari,” katanya.

Mimi berkata tidak mahu lagi kesilapan sama berulang, mereka berdua perlu mengenali dan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum melakukan perkara sama kepada pasangan.

“Jika kita sendiri tidak mampu nak menyayangi diri sendiri, mana mungkin mampu melakukan perkara sama pada insan lain. Justeru, saya dan Syafiq perlu ada sifat ini untuk mencipta hubungan yang berlandaskan cinta sejati,” katanya.

Mengakui mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa lebih serius, bagaimanapun Mimi berkata belum masanya lagi. Namun dia mengakui sudah bersedia untuk berumah tangga.

“Apabila bercinta, memanglah kami ada perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya. Namun, dengan situasi sekarang, ia bukanlah masa yang sesuai. “Tarikh perkahwinan memang tiada lagi. Jika nak diikutkan, saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma, saya tidak tahu bila. Cepat atau lewat, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan.

“Pada waktu ini, saya hanya mahu menjadi seorang insan dan wanita yang lebih baik. Apapun, saya percaya, jika niat murni, Tuhan akan permudahkan,” jelasnya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya via TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Syafiq Kyle dedahkan bahawa hubungannya bersama Mimi Lana terputus di tengah jalan bukan disebabkan campur tangan pihak ketiga tapi disebabkan sesuatu ini dan harap semua tidak salah faham mengenai hubungan mereka.

Biarpun tidak lagi berpacaran selepas cinta disulam sejak lima tahun lalu kecundang, Syafiq Kyle dan bekas kekasih, Mimi Lana cukup profesional serta mampu berkerja dalam set penggambaran sama. Sifat profesionalisme kedua-dua pelakon itu mendapat pujian ramai. Namun, tindakan berkongsi foto bersama pada Instagram (IG) masing-masing membuatkan peminat tertanya-tanya apakah hubungan pasangan itu kembali bertaut?

Tidak cukup itu, peminat mendoakan kasih yang terlerai antara dua insan ini, Mei lalu, kembali terjalin dan berakhir di jenjang pelamin. Bagi Syafiq, biarpun tidak lagi menjalin hubungan intim dengan Mimi, tidak salah baginya untuk bekerja dengan bekas kekasih. Menurut Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 28, dia cuba bersikap profesional apabila bersetuju menerima tawaran berlakon yang membabitkan Mimi.

“Bagi saya, penting untuk bersikap profesional, lebih-lebih lagi apabila kita bekerja dalam bidang sama. “Pada saya, tidak perlu rasanya bermasam muka kerana ia hanya memberi kesan yang tidak baik kepada kerjaya kita. “Apa yang penting, kerja dapat diselesaikan dengan baik dan kemudian berjaya memuaskan hati penonton atau peminat dengan apa yang kita persembahkan,” katanya yang bakal muncul bersama Mimi dalam supertele, Saka Nan Sepi untuk siaran Astro First, bulan depan. Sebelum ini, mereka pernah digandingkan dalam siri mini Serikan Hatimu 2 yang menemui penonton TV3, Ogos lalu.

Hubungan Syafiq bersama Mimi Lana terputus di tengah jalan bukan disebabkan campur tangan pihak ketiga atau impak populariti. Sebaliknya, Mimi mengaku mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan tiada jodoh. Sementara itu, berkongsi mengenai pencalonannya pada ABPBH 33, Syafiq yang pernah memenangi Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Filem bersama Hannah Delisha menerusi filem Langsuir pada ABPBH 32, bersyukur namanya sekali lagi dicalonkan.

Biarpun pernah memenangi dua trofi tahun lalu, anak muda kelahiran Kuala Lumpur itu tidak mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya berikutan pesaing yang hebat-hebat. Namun, Syafiq tidak menafikan trofi atau anugerah amat penting untuk seorang artis. Baginya, kejayaan itu menjadi penanda aras kepada prestasi dan pencapaian mereka dalam industri. “Saya sering melihat majlis anugerah sebagai bonus untuk terus bekerja keras serta memperbaiki mutu lakonan.

“Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi nama saya dicalonkan. Jujurnya saya tidak ada strategi (untuk menang). “Jika peminat nampak keupayaan saya dan mereka sanggup bersusah payah mengundi, saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. “Apa saja keputusan pada malam kemuncak nanti, saya terima dengan hati terbuka,” katanya. Menurut Syafiz, menjadi kelazimannya meluangkan masa bersama kelab peminat, Skylovera FC. Namun, disebabkan pandemik COVID-19, dia mengambil pendekatan mendekati mereka melalui platform digital.

“Platform digital juga memudahkan saya sentiasa mengemas kini perkembangan terkini pada bila-bila masa dengan peminat,” katanya. Pada ABPBH 33, Syafiq tercalon dalam enam kategori iaitu dua kategori utama, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular. Selain itu, empat kategori online iaitu Artis Kontroversi Popular, Gandingan Serasi Filem Popular dan dua pencalonan dalam Gandingan Serasi Drama Popular.- BHONLINE