Dikatakan mudah terjebak dengan cinta lokasi. Tak boleh berdiam sekali Zul Ariffin cerita apa yang terjadi.

KUALA LUMPUR: Bukan perkara luar biasa apabila aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin, 34, terpalit dengan gosip cinta lokasi bersama heroin gandingannya dalam drama. Melihat keserasian aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-30 dan 31 itu bersama setiap heroin gandingan, mungkin ramai yang ingin mengetahui, bagaimana Zul mencipta keserasian dalam menghidupkan watak.

Adakah seseorang hero perlu mengenali heroin gandingan dengan lebih dekat untuk membuang rasa kekok apabila melakukan adegan bersentuhan? Bagi aktor yang sudah 13 tahun membina nama dan populariti itu, adegan bersentuhan tidak menjanjikan keserasian antara hero dan heroin untuk menghidupkan watak.

Ujarnya, ‘chemistry’ tidak semestinya wujud melalui sentuhan. Sebaliknya, jejaka kelahiran Taiping, Perak itu lebih suka mengambil pendekatan melihat kepada keselesaan heroin gandingannya terlebih dahulu. Paling penting, perlu ada rasa hormat pada mereka.

“Bagi saya, untuk mewujudkan keserasian tidak semestinya memerlukan sentvhan. Saya sentiasa menghormati ketidaksel3saan heroin dalam drama. Pelakon lain mungkin caranya berbeza. “Saya tahu ada sesetengah heroin selesa dengan cara bersentvhan, ada pula tidak suka cara begini.

“Apapun pendirian mereka, saya kena hormati. Lagipun, produksi drama berbeza daripada filem. Kebiasaannya, kami tidak sempat menghadiri kelas bacaan skrip untuk drama. “Jadi, saya hanya dapat mengenali heroin gandingan ketika di lokasi penggambaran. Hanya itu sahaja kesempatan yang ada untuk saya memahami heroin gandingan, apa yang selesa atau tidak,” katanya.

Zul ditemui pada majlis sidang media bagi mempromosikan drama baharu, Love Elsa yang menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat menerusi slot Mega Drama di Astro Ria.  Mengakui sudah lali dengan gosip cinta lokasi, malah pernah dikaitkan rapat dengan beberapa pelakon wanita, Zul men4fikan mudah terjebak dengan cinta lokasi.

Sebaliknya, pelakon filem J Revolusi dan Penunggng Agama itu pernah digandingkan dengan aktres, Mira Filzah, namun mereka tidak pernah dikaitkan dengan sebarang gosip. Zul berkata, dia tidak melat4h apabila sering dikaitkan dengan pelbagai gsip terutama membabitkan cinta lokasi. Ini kerana sudah masak dengan sepk terajng dunia glamor.

Namun, katanya, dia sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati, malah bimbang melayani heroin gndingannya dengan mesra, takut menimbulkan salah sangka. “Saya lebih suka bersikap hati-hati dan tidak terlalu mesra kerana tidak mahu disalah sangka.

Akhirnya, saya pula rasa tidak selesa di lokasi penggambaran. Apabila masuk lokasi, saya lebih gemar fokus pada kerja bagi mengelak diri daripada terjerat dengan perkara tidak dingini.

“Ada kala saya kasihan dengan heroin gandingan apabila terpalit gosip. Saya agak lama dalam industri, jadi sudah faham dengan keadaan ini. “Namun, mereka yang baru berlakon dan nak masuk industri seni tiba-tiba dipalit pula dengan gosip. Tentunya, mereka terkejut kerana baru hendak menyesuaikan diri.

“Selain itu, saya sangat menjaga hubungan baik dengan pelakon lain di lokasi penggambaran kerana tidak mahu mereka ada pengalaman buruk dengan saya. Apabila masuk industri hiburan, saya mahu kerjaya bertahan lama. Lagipun, pusing-pusing akan bertemu orang sama. Jadi, saya elak timbul masalah dengan pelakon lain,” katanya kepada BH Online.

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-26 itu berkata, dia juga sering mengingatkan pelakon baharu mengenai kehidupan berubah sebaik saja dikenali. “Bagi artis yang sudah lama berada dalam industri, mereka tidak lagi dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana orang biasa. Ia bukan lagi sesuatu yang pelik.

“Saya selalu beritahu, ini adalah bisnes hiburan. Kita akan dsrang dari atas, bawah, kiri dan kanan, jadi perlulah sentiasa bersedia. “Selain itu, saya juga mengingatkan mereka kehidupan tidak sama lagi selepas dikenali. Sebelum ini, tiada siapa peduli ketika mengisi minyak kereta, tetapi apabila sudah bergelar artis dan dikenali, kita terpaksa menerima hakikat hidup sering menjadi perhatian,” katanya.

Sementara itu, Zul berkata, dia tidak mempunyai masalah digandingkan dengan pelakon baharu. Malah, kurang bersetuju apabila sesetengah pihak yang memandang s1nis bakat baharu khususnya mereka yang mencipta nama melalui platform laman sosial.

“Saya tidak suka menghvkum seseorang tanpa terlebih dahulu bekerja dengan mereka. Lagipun, saya tiada masalah bekerjasama dengan pelakon yang baru kali pertama berlakon kerana saya percaya setiap perkara yang dilakukan mestilah ada kali pertama.

“Bukan semua pelakon masuk sahaja ke lokasi penggambaran terus pandai berlakon. Tentulah ada proses pembelajaran, sebab itu pentingnya kolaborasi. Sebagai pelakon berpengalaman, saya tidak boleh bersikap mementingkan diri. Kerjasama rakan sepasukan juga amat penting untuk menghidupkan sesebuah cerita,” katanya.

Berkongsi mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Zul berkata, dia lebih suka melihat musib4h yang berlaku dari sudut yang positif, berbanding mengelvh merat4pi nasib. Zul berkata, musib4h akibat pandemik COVID-19 menyebabkannya belajar mengutamakan antara keperluan dan kehendak.

“Pandemik membuatkan kehidupan ramai orang terjejas, tetapi ia mengajar saya banyak perkara. Saya kini sedar tidak boleh bersikap boros seperti dahulu, sebaliknya belajar menyimpan. “Kalau dahulu mungkin saya gemar membeli barang yang tidak perlu, tetapi kini saya semakin beringat.

“Bagi mereka yang mempunyai rezeki lebih, gunakanlah tempoh ini untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BH

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *