Terkini 12 pekerja termasuk bapa mertua seorang selebriti dikenakan kompaun gara gara melakukan solat berjemaah.

Terkini 12 pekerja termasuk bapa mertua seorang selebriti dikenakan kompaun gara gara melakukan solat berjemaah.

Pihak berkuasa telah menahan seramai 12 individu yang disyaki tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan. Kesemua mereka dipercayai telah mengadakan solat Jumaat berjemaah di sebuah premis perniagaan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak memaklumkan individu yang ditahan terdiri daripada enam lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing. Difahamkan pemilik syarikat pembersihan dan kawalan keselamatan itu merupakan bapa mentua kepada seorang selebriti.

Serbuan ke premis di Taman Nirwana tersebut dilakukan pada hari Jumaat sekitar jam 1.30 tengah hari. “Pemeriksaan mendapati 12 lelaki berada dalam premis sedang berkumpul untuk mengadakan solat Jumaat secara berjemaah. Siasatan mendapati kesemua mereka adalah pekerja di premis itu bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo yang dimiliki warga tempatan

“Pemilik syarikat dikenakan kompaun RM11,500 manakala pekerja tempatan dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang. Susulan itu, kes ini akan disiasat mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangk1t 2021 kerana menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan. Selain berkumpul dan tidak menjaga penjarakan fizikal sepertimana dimaklumkan pihak kerajaan.

Sumber: Harian Metro

Sumber : ohbulan

Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *