Takde niat nak mengungkit kisah lama tapi ini la hakikatnya yang ramai tak tahu. Rupanya ini perangai anak Rita yang sama macam bekas suaminya.

Pelakon Rita Rudaini jadi perhatian wargamaya apabila berkongsi hidangan kegemaran anaknya, Airit Rayyan Rizqin iaitu mi goreng basah, sama seperti bapanya, pemain bola sepak Aidil Zafuan. Menerusi laman sosial Instagram, Rita memuat naik foto hidangan tersebut untuk tatapan umum.

“Mee goreng basah. Fav Ryan mee goreng. Memang turun pak dia suka makan mee goreng,” tulis Rita di ruangan kapsyen. Apa yang menarik perhatian lagi, Rita memaklumkan perkongsian tersebut bukan kerana dia mahu mengungkit kisah lama tetapi ia sesuatu yang boleh dikenang sehingga ke akhir hayat.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menyokong tindakan Rita yang sentiasa mengingatkan anak-anaknya tentang asal-usul mereka. Ramai wargamaya juga bersetuju bahawa dalam bilangan anak-anak, pasti ada yang akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.

“Ooo Ryan turun betui pak dia no,” kata seorang wargamaya. “Memang salah seorang anak akan ikut sama betul per4ngai mak dengan pak dia. Itupun kalau orang sana cakap you tak move on lagi tak tahu la nak cakap apa,” komen seorang wargamaya.

“Dah ada drh bapak dia juga dalam badan, bukan cerita lama pun. Akan selama-lamanya, hakikat cik puan oit,” luah seorang wargamaya. “Mesti kena sama pak dia sis rita haha,” usik seorang wargamaya.

“Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” ujar seorang wargamaya. “Anak bapak tu sis, mesti menurun,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka kurang tiga jam dimuat naik.

Imbas kembali, Rita berkahwin dengan Aidil pada tahun 2008 namun berpisah pada September 2013. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini di bawah jagaan Rita.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada pula peniaga yang berani minta guna foto Rita untuk produknya. Sekali ini pesanan Rita Rudaini buat semua tergamam.

Pelakon Rita Rudaini, 45, mengingatkan kepada semua peniaga agar tidak menggunakan jalan pintas untuk melariskan jualan. Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata perlu ada usaha serta rajin dalam mencari rezeki.

“Pada peniaga-peniaga nak nasihat sikit la. Nak berniaga kena ikhlas ya. Jangan malas! Jangan ikut jalan pintas. “Cari rezeki ni kena usaha. Bukan ambil kesempatan atas orang lain. Kena ikhlas ya kawan-kawan,” tulisnya di Instagram Stories. Sebelum ini, Rita ada menerima kiriman mesej daripada seorang individu yang meminta kebenaran untuk menggunakan gambarnya bagi satu produk.

“Assalamulaikum adik. Boleh tak guna gambar adik untuk letak gambar Minyak Herba Asmak tanpa menyebut nama adik? “Kalau tak boleh, kak Ana akan padam. Terima kasih. Salam Syawal,” tulis pengirim itu. Susulan itu, pelakon filem Kerana Korona menegaskan bahawa peniaga tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya diteruskan.

“Ini kerja salah. Peguam saya boleh sam4n. Jangan buat kerja macam ni ya untuk berniaga. Salah.. Tak perlu tanya, sah-sah memang salah,” balasnya.

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruja dengan kehamilan akhirnya Elly Mazelin dedahkan foto bayinya buat ramai yang tak sabar.

Sudah lama pelakon dan pengacara Elly Mazlein menginginkan anak dengan perkahwinan kedua beliau. Alhamdulillah impiannya tercapai apabila beliau sebelum ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil.

Teruja denga kehamilan itu, Elly telah berkongsi foto bayinya melalui imbasan ultrasound yang dibuatnya. Elly memberitahu bahawa beliau geram melihat anaknya yang masih dalam kandungan itu.

“Baby cakap ,cantikkkkkkk dikkkkk .. tgk tu ibu jari dia …mama gerammmmmm da .. Syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.. Doakn Kepom & baby selamat ya kesayangan”

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana kesihatannya dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu, Elly mendoakan supaya mereka yang masih menanti zuriat akan dipermudahkan untuk memilikinya.

“Kak kepom pun Doakn anda yg sedang usaha utk mendpt Zuriat, terus kekal usaha,Doa & tawakal ya .. kesihatan pun kena jaga juga .. senaman kena buat.. jaga mkn .. ambil ubat yg sesuai ya .. InsyaAllah Allah susun cantik buat kita semua.. cuma cepat & lambat je .. Bersangka baik selalu”

Kami di Hot FM mendoakan semoga Elly dan bayinya berada dalam keadaan sihat selalu dan dipermudahkan urusan melahirkan nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Tentang Reaksi Elly Mazlein Pandang Perempuan Yang Ada Hubungan Dengan Suami Orang. Sekali Elly Mazlein Tampil Dedahkan Situasi Sebenar Buat Ramai Yang Terkedu.

Astro kembali menyajikan sebuah program yang akan membuat penonton melekat di depan kaca televisyen. Program baharu yang dihoskan Elly Mazlein dan Awal Ashari tersebut diberi judul Borak Klamin.

Ia merupakan sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan. Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini,

Borak Klamin akan bersiaran sebanyak 10 buah episod. Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program Borak Klamin bakal mengetengahkan topik-topik

diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.

Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.

Episod terakhir program Borak Klamin yang dihoskan oleh gandingan pengacara, Elly Mazlein dan Awal Ashaari telah pun bersiaran, pada Isnin. Pada episod kali ini, program yang membincangkan mengenai isu kekeluargaan ini telah membahaskan topik hngat iaitu ‘Skndal Lunchtime’.

Antara tetamu undangan yang dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini ada berkongsi mengenai perglakan rumah tangganya yang pernah berlaku sebelum ini.

Malah, menerusi perkongsian di laman Instagram, Elly dilihat ada memuat naik sebuah video teaser yang memaparkan temu bualnya eksklusifnya bersama seorang wanita yang difahamkan telah menjadi punca kepada berlakunya kes tak setia melibatkan lima lelaki berstatus suami orang.

Video berdurasi hampir 30 saat itu nyata menarik perhatian ramai pihak lebih-lebih lagi selepas melihat reaksi Elly yang cuba menahan rasa marah sewaktu temu bual tersebut sedang berlansung. Malah, Awal juga dilihat tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya saat mendengar pendedahan daripada wanita tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa geram selain turut mengkritik tindakan wanita tersebut. “Muka Kak Lina tak boleh nak cover dah bila Tasya tu tanpa rasa segan silu dan

bangganya menceritakan kemak.siatan dia. “Mesti Kak Lina pun tahan geram macam kami,” luah seorang individu. “Hahaha, mengekek saya gelak tengok gelagat Kak Kepom. Marah Betoi tu,” komen seorang individu di Instagram. “Muka Kak Lina menahan geram je semalam. Awal pun macam terkedu,” kongsi individu lain pul

Kredit : MH/IGEllyMazlein

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Buat Perkongsian Dengan Pengikut Tentang Tips Kehamilan. Tetapi Ini Pula Yang Berlaku Dan Ini Komen Elly

Terbaru, Elly Mazlein yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara telah membuat luahan bahawa dia bengang dengan sikap sesetengah warganet yang mengkritik dirinya selepas berkongsi tips

kehamilan dengan pengikutnya di IG. Elly Mazlein yang baru sahaja muncul dengan single Dusta Cinta, meminta kepada warganet yang subur dan tak ada benda baik untuk bercakap menutup mulut.

Jelas Elly, niatnya hanya ingin membantu wanita yang memerlukan. Katanya lagi,,”Saya menerima banyak mesej langsung daripada wanita yang bertanyakan tips kehamilan sejak mengumumkan berita

kehamilan dalam IG, baru-baru ini.”Siapa sangka, ramai wanita berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah, ada yang sudah lama berkahwin lama belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.”

Untuk makluman, saya bukan pakar mahupun doktor, tetapi saya hanya ingin berkongsi tips yang diamalkan. Ada antara tips dikongsikan oleh orang lain kepada saya. Jadi, tidak salah untuk saya memanjangkan tips

berkenaan supaya menjadi lubuk pahala.”Memang rezeki datang dari Allah, tetapi kita tidak boleh hanya menadah tangan dan mengharapkan keajaiban berlaku. Sebaliknya, kita sendiri perlu ada usaha,”

katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom yang disiarkan menerusi RTM1. Dilaporkan Program 29 episod terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dengan kerjasama Minyak Masak Kijang Gold itu akan menemui penonton sepanjang Ramadan ini.

Sharifah Aida Mazlina atau nama pentasnya Elly Mazlein menjelaskan, dia merancang berkongsi tips dan pemakanan yang diamalkan untuk memperoleh zuriat menerusi sesi secara langsung di IG pada awal Ramadan ini.

Katanya, dia berhasrat mengendalikan sebuah majlis kecil agar dapat bertemu dengan wanita yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata, bagaimanapun keadaan tidak mengizinkan.

“Insya-Allah, saya akan mengadakan sesi secara langsung di IG, awal Ramadan ini. Saya akan menerangkan dengan jelas apa amalan yang dilakukan. Tanyalah apa sahaja, saya akan cuba jawab mana yang termampu.

”Mungkin sesi berkenaan akan mengambil antara satu hingga tiga jam, tetapi saya tidak kisah asalkan dapat memberi manfaat kepada pengikut. Sebab itu, saya kena pastikan jadual kosong barulah boleh melakukan sesi perkongsian ini.

“Pada wanita yang subur dan segar bugar tolonglah diam, jangan hanya tahu mengkritik. Saya paling geram apabila ada warganet kata tidak perlukan tips untuk mendapatkan zuriat.

”Wanita yang subur memanglah tidak memerlukannya, tetapi cuba memahami perasaan wanita lain yang terlalu mengharap untuk bergelar ibu. Jika tiada benda baik hendak diperkatakan, sila diam dan doakan mereka yang mengharapkan zuriat supaya dapat nikmat sebagai ibu,”

Seterusnya, berkongsi pengalaman mengandung kali kedua, Elly berkata, dia tidak mengalami alahan teruk. Sebaliknya, katanya, dia hanya kekurangan selera makan dan tidak boleh menghidu bau masak terutama bawang putih dan merah yang ditumis.

Katanya, dia gemar memakan sushi, tetapi hanya boleh menikmatinya di restoran sejak hamil. Bagaimanapun, Elly berkata, dia dapat merasakan perbezaan hamil anak pertama dan kedua pada usia 41 tahun.

“Walaupun usia kandungan baru tiga bulan, saya cepat mengah seakan-akan sudah mengandung enam bulan. Memang terasa perbezaan sewaktu mengandungkan Sefhia dengan sekarang.

”Berat badan tidak naik hinggakan doktor pula risau. Saya tidak mengamalkan sebarang makanan tambahan sepanjang mengandung, hanya mengikut apa yang doktor sarankan dan selebihnya menjaga makan serta minum.

“Insya-Allah, saya akan menghentikan aktiviti seni sekitar September depan. Saya tidak lagi menerima sebarang tawaran baharu, sebaliknya menghabiskan saki baki tawaran yang dipersetujui lebih awal.

”Ada satu lagi drama yang perlu disiapkan sebelum berehat panjang,” katanya. Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun berpisah pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.